Datuk Dr Chamil Wariya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Kuala Lumpur dan merupakan bekas pengarang urusan TV3, bekas wartawan Utusan Melayu , Suara Rakyat dan Suara Merdeka.

Pendidikan sunting

  • 1959-1961 Sekolah Kebangsaan Kerling, Kerling, Selangor - menduduki peperiksaan Special Malay Class.
  • 1962-1964 Sekolah Jenis Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • 1965-1970 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris Kuala Kubu Bharu (sekarang Sekolah Menengah Datuk Kamaruddin, sempena bekas Orang Kaya Hulu Selangor) menduduki Malaysia School Certificate.
  • 1971 menuntut sekejap di Institut Teknologi Mara (ITM) pengurusan hotel .
  • 1975 mengambil peperiksaan Higher School Certificate (HSC)
  • April 1976 bekerja di BBC di London sambil belajar di London School of Journalism (diploma).
  • 1977 Polytechnic of Central London (PCL) (kini University of Westminter).
  • 1982 Master of Arts di University of Leicester
  • 1989 University of East Anglia, Norwich di England - bidang hubungan antarabangsa tajaan British Council.
  • 2015 Universiti Sains Malaysia (Phd)

Bidang kewartawanan sunting

1971 menjadi pemberita kadet di Utusan Melayu di Kuala Lumpur. Mengikuti kursus di Asrama Dr. Latif Kuala Lumpur. Gaji permulaan RM200.00 sebulan. Pernah menerima bimbingan daripada Mohd Nor Samsuddin (ketua pemberita Utusan Malaysia) , Zainuddin Maidin (pengarang berita Utusan Malaysia) , AR Kamaluddin (ketua penyunting Utusan Malaysia) dan Subky Latif (pengarang Mastika/Utusan Zaman).

Ketua Pengarang Kumpulan Utusan , Tan Sri Melan Abdullah dan Subky Latif banyak membantu beliau mengenali tokoh-tokoh politik Malaysia dan luar negara seperti Tan Sri Senu Abdul Rahman, Tan Sri Jaafar Albar, Tan Sri Syed Nasir Ismail, Tan Sri Mohamed Khir Johari dan banyak lagi.

1972 mengikuti kursus kewartawanan dua bulan dengan South East Asia Press Centre. Pada 1974, berkursus di Berlin Barat, Jerman dalam bidang penulisan pertanian dan pembangunan. 1975 berhenti dari Utusan. Beliau bersama Subky Latif dan Harun Hassan menerbitkan Suara Rakyat. Surat khabar mingguan diharamkan oleh pada Disember 1975 kerana mempertikaikan layanan baik kerajaan terhadap bekas pengganas komunis berbanding tentera yang mempertahankan negara. Suara Rakyat juga menyebelahi Tan Sri Jaafar Albar (Singa UMNO) dan Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris yang mahu disisihkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.

1976 bekerja dengan syarikar Amir Enterprise menerbitkan majalah Sarina (politik dan hal ehwal semasa). Amir Enterpise turut menerbitkan majalah Keluarga dan Kisah Cinta dan surat khabar mingguan Suara Merdeka. Sejak 1976 , beliau lebih menumpukan kepada penulisan buku tentang senario politik Malaysia.

April 1976-1982 menjadi wartawan radio di BBC, London. Kemudian 1982-1984 Zainuddin Maidin selaku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan melantik Chamil menjadi wakil Utusan di kota London. 1984 menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan menjadi penulis rencana pengarang dengan Utusan Malaysia. 1990 beliau menjadi pengarang rencana Utusan Malaysia dan 1994 dinaikkan menjadi Ketua Bahagian Majalah.

Mulai 17 Ogos 1998, Chamil dilantik sebagai pengarang kanan (khas) di TV3 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia . Mulai April 1999, beliau menjadi ketua editor / pengarang urusan Divisyen Berita dan Ehwal Semasa TV3 .Kemudian menjadi pengurus besar TV3 sehingga Disember 2007.

1984-1998, menjadi pengacara program mingguan Wawancara, TV1, kini RTM1. 1988/1989 dan 2007 menjadi penyarah sambilan di Universiti Malaya bidang kewartawanan. Kemudian menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Kuala Lumpur.

Cerpen 'Politik Baru YB J' sunting

Chamil Wariya bukanlah penulis cerpen di Malaysia. Cerpennya ini bukanlah cerpen dalam erti kata sebenar .Sebaliknya huraian senario politik perkauman di Malaysia . Tetapi cerpen yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008 itu dianggap menggalakkan pembunuhan tokoh-tokoh politik di Malaysia. Kiranya benar-benar terjadi , tentu mencetuskan polemik kesusasteraan . Chamil menafikan YB Joshepine sebagai Teresa Kok yang merupakan politikus kontroversi di kalangan masyarakat Melayu. Lantaran itu DAP dan Teresa Kok menyaman RM30 juta terhadap beliau dan Kumpulan Utusan.

Pada 24 Oktober 2008, pengurus program kanan Sister in Islam, Maria Chin Abdullah mengetuai 19 NGO menghantar surat bantahan kepada pengarang akhbar Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. 20 anggota polis termasuk unit simpanan persekutuan (FRU) memastikan keadaan terkawal.[1] Menteri Keselamatan Dalan Negeri, Datuk Syed Hamid Albar menyatakan surat khabar Utusan telah diberi amaran dan tidak dibiarkan begitu sahaja.

Anugerah sunting

  1. 2000 Kesateria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , Sultan Sallehudin Abdul Aziz Shah.
  2. 2001 Darjah kebesaran Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah (DSA).
  3. 2002 Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang diPertua Negeri Pulau Pinang
  4. 2003 Paduka Mahkota Selangor (DPMS)(gelaran Dato) dari Sultan Sharifuddin Idris Shah ,Sultan Selangor Darul Ehsan

Hasil penulisan sunting

Hasil pergaulan dengan pelbagai tokoh politik di Malaysia dan dunia kewartawanan , membolehkan beliau menghasilkan 36 buku berkaitan politik. Beliau cukup rapat dengan semua Perdana Menteri Malaysia, bermula dari Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi. UMNO dan Utusan Melayu cukup dekat sekali malah menjadi suara UMNO dan orang Melayu di Malaysia. Antara karya beliau ialah :

  1. Malaysia : asas pembinaan negara bangsa institusi pemerintahan lambang kebangsaan ,Media Global Matrix, 2010
  2. Parlimen Malaysia : perjalanan badan perundangan persekutuan ,Media Global Matrix, c2009
  3. Najib Razak : Prime Minister of Malaysia ,MPH Group Publishing, 2009.
  4. Terbilang : potret tokoh wartawan negara ,Malaysian Press Institute, 2009.
  5. Penulisan berkesan : media cetak, elektronik dan web ,Malaysia Press Institute, 2008.
  6. 50 ikon bangsa ,Media Global Matrix, 2007
  7. Malaysia : 50 fakta asas kenegaraan,Media Global Matrix, 2007.
  8. Endon Mahmood : potret srikandi berjasa , Media Global Matrix, 2006.
  9. Potret peribadi Abdullah Ahmad Badawi , Media Global Matrix, 2006.
  10. G.Palanivel: perjalanan ke dunia politik,The Institute for High Performance, c2006.
  11. Najib Razak : in his own right ,Media Global Matrix, 2006.
  12. Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo : kisah hidup dan bingkisan perjuangan ,Media Global Matrix, 2006.
  13. Najib Razak : 30 tahun dalam politik , Media Global Matrix, 2006.
  14. Perjuangan membela Melayu : UMNO Selangor 1946-2006 , Media Global Matrix, 2006
  15. Naik, jatuh dan bangun semula : Abdullah Ahmad Badawi dan politik Malaysia ,Times Editions, 2005.
  16. The survivor meets the challenge : Abdullah Ahmad Badawi and Malaysian politics (Terjemahan oleh Abdul Latiff bin Bidin) , Times Editions Marshall Cavendish, 2005.
  17. Abdullah Ahmad Badawi (perjalanan politik PM Ke-5), Utusan Publication & Distributors. : 2004.
  18. Kesinambungan dan perubahan : Malaysia di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi ,Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd, 2004.
  19. Politik dan raja , Fajar Bakti, 1992.
  20. UMNO Sabah : mencabar dan dicabar , Fajar Bakti, 1992.
  21. ZOPFAN : mitos atau realiti (Chamil Wariya dan B.A. Hamzah) ,Fajar Bakti, 1992.
  22. Pandangan politik era Mahathir , Fajar Bakti, 1990.
  23. Dasar Luar era Mahathir , Fajar Bakti, 1989.
  24. UMNO era Mahathir , Fajar Bakti, 1988.
  25. UMNO (Baru) Kelahiran dan perkembangan awal ,'K' Publishing & Distributors. : 1988.
  26. Politik kompromi ,'K' Pub. & Distributors, c1987.
  27. Dilema Pemuda UMNO ,Media Intelek, 1985.
  28. Siapa kuasai UMNO ,Media Intelek, 1985.
  29. Dilemma pemuda Umno, (Subky Latif dan Chamil Wariya), Amir Enterprise, 1976.
  30. Pergolakan Antarabangsa sejak 1945, 1989
  31. UMNO Sabah: Mencabar dan dicabar, 1990
  32. Politik dan Raja, 1990

ZOPFAN: Mitos dan Realiti (bersama Dr. B. A. Hamzah), 1990

  1. Perang Teluk – Kesan dan Pengajaran, 1990.
  2. Telunjuk Amerika-Soviet di Asia Tenggara, 1991
  3. Krisis Sultan-Menteri Besar: Apa sebenarnya terjadi, 1992
  4. Muhammad Muhd Taib: Dari pendidik ke pemimpin, 1994
  5. Suara Bicara Melayu Baru, 1995
  6. Pemilihan UMNO 1996: Profil, Prestasi dan Rekod Calon-calon Naib Presiden, 1996
  7. Perjalanan Politik PM ke-5, 2004
  8. Kesinambungan dan Perubahan, Malaysia di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, 2004
  9. Naik, Jatuh dan Bangun Semula – Abdullah Badawi dan Politik Malaysia, 2005
  10. Dari Sungai Panjang ke Bukit Megawati, Perjalanan Politik Dr. Mohamad Khir Toyo, 2005 edisi pertama, 2005 edisi kedua
  11. Malaysia 50 Fakta Asas Kenegaraan, 2007

Rujukan sunting