Shim Chang-min (Hangul심창민; Hanja沈昌珉; lahir 18 Februari 1988), juga dikenal dengan nama panggung Max Changmin (최강창민최강창민; Choegang Changmin) atau hanya MAX, adalah seorang penyanyi Korea Selatan, pelakon dan ahli pop duo TVXQ. Lahir dan dibesarkan di Seoul, Korea Selatan, Changmin dijumpai oleh agen pencari bakat dari SM Entertainment ketika berumur empat belas tahun. Dia membuat debut sebagai anggota termuda dalam TVXQ pada bulan Disember 2003.[1]

Fasih dalam bahasa Korea dan Jepun, Changmin telah mencapai kejayaan komersial di seluruh Asia sebagai ahli TVXQ. Dia juga telah membintangi beberapa drama.

Kehidupan awal sunting

Changmin dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea Selatan kepada keluarga Buddha. Beliau mempunyai dua adik perempuan, dan kedua ibu bapanya adalah guru. Ketika beliau berumur empat belas tahun, seorang pencari bakat dari SM Entertainment melihat Changmin menyanyi dan bermain badminton pada masa yang sama semasa dalam kelas gim. Pencari bakat menyarankan beliau menghadiri ujibakat untuk S. M., tetapi Changmin tidak tertarik untuk menjadi seorang penyanyi. Ibunya, yang ingin sekali bertemu BoA,[2] menggesa Changmin untuk menghadiri ujibakat juga. Tiga hari setelah ujibakat, S. M. memanggil Changmin untuk ujibakat kedua, dimana beliau berjaya melepasinya. Setelah memenangi Penyanyi Terbaik dan anugerah Artis Terbaik di Pertandingan Remaja Tahunan Ke-6 anjuran S.M. Entertainment, Changmin menandatangani kontrak dengan syarikat tersebut.[3]

Kerjaya Muzik sunting

TVXQ sunting

Barisan ahli sah untuk TVXQ terdiri dari Changmin, U-Know Yunho, Kim Jaejoong, Park Yoo-chun, dan Kim Jun-su. Kumpulan ini secara rasmi debut pada 26 Disember 2003 dalam pertunjukan BoA dan Britney Spears. Mereka mempersembahkan single debut bertajuk "Hug", yang menjadi hit di Korea Selatan. TVXQ telah melancarkan album-album nombor satu di Korea sejak album studio kedua mereka Rising Sun (2005), yang juga album yang memberikan mereka anugerah Daesang (대상) mereka yang pertama, atau Anugerah Utama, di Mnet KM Music Festival. Album Korea yang keempat Mirotic (2008) adalah Album Terbaik pada Festival Muzik Mnet KM 2008 dan Anugerah Golden Disc 2008. Album ini menampilkan lagu mereka yang amat dikenali dan single yang paling laris, "Mirotic."

Pada tahun 2005, TVXQ debut di Jepun dengan single "Stay With Me Tonight" yang mencapai kedudukan ke-37 dalam Carta Single Oricon pada masa pelancaran. Mereka menyambar single nombor satu buat pertama kali di Jepun dengan "Purple Line" (2008). Album Jepun keempat mereka berjudul The Secret Code merekodkan penjualan platinum untuk single "Dōshite Kimi o Suki ni Natte Shimattandarō?" dan "Share The World" (2009), lagu tema untuk animasi One Piece.

TVXQ telah terlibat dalam kes undang-undang dimana ahli Jaejoong, Yoochun dan Junsu mengemukakan injunksi terhadap agensi mereka pada Julai 2009. Ini telah membawa kepada perpecahan kumpulan dimana mereka bertiga meninggalkan TVXQ yang menerima publisiti meluas pada tahun 2010. Setahun kemudian, Changmin dan Yunho kembali sebagai duo, melancarkan album-album di Korea Selatan dan Jepun. Sebagai duo, TVXQ telah meletakkan tanda aras untuk rekod jualan album dan rekod kedatangan konsert di Jepun, menjadi artis luar negara yang paling laris dan kutipan tertinggi di Jepun.[4]

S. M. The Ballad dan karier solo sunting

Pada tahun 2014, Changmin menyertai kumpulan balada S.M. the Ballad, sebuah projek kecil yang menggabungkan semua penyanyi S.M. Entertainment yang mempunyai vokal yang hebat yang memfokuskan pada genre balada, pada mulanya dibentuk oleh S.M. Entertainment pada 2010. Dalam album kedua kumpulan ini berjudul Breath, beliau menyanyikan versi Jepun untuk lagu "Breath" bersama Krystal Jung, ahli kumpulan f(x).[5]

Changmin melancarkan album solo Jepun pertama berjudul Close To You pada 18 November 2015, satu hari sebelum beliau menyertai khidmat tentera. Lagu utama adalah sebuah lagu balada berjudul "Into The Water", diantara enam lagu lain. Dipakejkan bersama sebuah DVD yang mengandungi sebuah muzik video dan klip-klip belakang tabir, album ini merupakan edisi terhad dan hanya terbuka untuk ahli kelab peminat Jepun mereka, Bigeast.[6]

Televisyen dan karier lakonan sunting

Changmin debut dalam bidang lakonan bersama-sama ahli TVXQ dalam mini drama berjudul Vacation, dimana tayangan perdananya ditayang di auditorium utama di Universiti Yonsei. Beliau juga menyertai beberapa episod dalam Banjun Drama, sebuah mini drama popular yang bersiaran di rangkaian SBS.[7][8]

Pada tahun 2010, Changmin tampil sebagai peranan jemputan dalam drama Athena: Goddess of War, sebagai pakar letupan dari NIS.[9]

Pada tahun 2011, Changmin memainkan peranan utama buat pertama kali dalam drama komedi romantik bertajuk Paradise Ranch berganding dengan Lee Yeon-hee. Beliau juga menggunakan suara beliau sendiri dalam versi Jepun untuk drama yang sama.[10]

Pada tahun 2012, Changmin debut di layar perak dalam filem Jepun Fly With The Gold berdasarkan novel oleh Takamura Kaoru. Beliau memainkan peranan Momo, seorang perisik Korea Utara yang menyamar sebagai pelajar kejuruteraan.[11][12] Beliau telah dipuji untuk dialek Osaka yang fasih dalam filem tersebut oleh pengarah Izutsu Kazuyuki.[13] Changmin telah dicalonkan untuk Anugerah Pendatang Baru dalam Anugerah Filem Hochi ke-37 (Hochi Film Awards) yang berprestij, menjadi artis Korea pertama untuk dicalonkan dalam kategori tersebut. Pada 21 Januari 2013, Changmin diumumkan telah memenangi Anugerah Pendatang Baru dalam Anugerah Akademi Jepun ke-36 (36th Japanese Academy Award).[14]

Pada tahun 2013, Changmin menjadi pengacara bersama dengan Kang Ho-dong dalam rancangan hiburan terbitan KBS bertajuk Moonlight Prince. Ini merupakan pengalaman pertama beliau sebagai pengacara. Apabila rancangan ini berakhir dalam bulan Mac, beliau menyertai rancangan hiburan sukan Cool Kiz On The Block sebagai ahli tetap dan meninggalkan rancangan tersebut pada 2014.[15]

Pada tahun 2014, Changmin membintangi mini drama empat episod terbitan Mnet berjudul Mimi. Kemudian beliau membintangi drama fantasi sejarah Scholar Who Walks The Night sebagai Putera Mahkota Lee Yoon.[16]

Kesenian sunting

Changmin diketahui untuk vokal tenornya yang tinggi, terutama sekali jeritan dan nota tinggi. Beliau juga aktif sebagai penulis lirik dan telah menulis untuk album TVXQ sendiri termasuk "Evergreen" (album Only Love) pada 2007, versi Korea untuk lagu "Love in the Ice" (album Mirotic), "Confession" (album Keep Your Head Down) dan "I Swear" (album Catch Me).[17][18]

Changmin juga telah menullis untuk kumpulan dan artis lain; seperti "Sleepless Night", trek dalam album ketiga SHINee Chapter 2. Why So Serious? - The Misconceptions of Me; dan "Ace", lagu utama dalam album solo pertama Taemin (SHINee) berjudul Ace; juga "My Thoughts,Your Memories", lagu dalam album solo pertama Kyuhyun (Super Junior) berjudul "At Gwanghwamun".

Kehidupan peribadi sunting

Selain bahasa ibunda beliau, Changmin juga fasih dalam bahasa Jepun. Beliau tamat sekolah dari Sekolah Tinggi Gaepo pada 2006 dan diterima masuk ke Universiti Kyung Hee pada 2009, major dalam bidang muzik pasca modern. Pada 2011, beliau mengambil sarjana muda kedua dalam bidang Seni dan Filem di Universiti Konkuk. Beliau kemudian melanjutkan pengajian sarjana di Universiti Inha. Beliau juga mempunyai minat untuk menjadi jurugambar profesional dan merupakan pelajar kepada jurugambar Kim Young-joon.[perlu rujukan]

Kerja sukarela sunting

Pada Januari 2008, Changmin menawarkan diri dengan ayahnya dalam pembersihan pantai di Taean, Korea Selatan berikutan tragedi tumpahan minyak terburuk dalam sejarah. Perjalanan beliau ke Taean dilakukan secara rahsia semasa rehat pendek dari aktiviti TVXQ sewaktu cuti tahun baru dan hanya diketahui umum apabila sukarelawan lain memuatnaik kehadiran beliau dalam sebuah laman peminat. Insiden ini kemudian disahkan oleh agen TVXQ.[19]

Khidmat tentera sunting

Pada 7 Julai 2015, Changmin memohon untuk menyertai Polis Tentera untuk menunaikan tugas beliau sebagai warganegara Korea Selatan, iaitu khidmat tentera selama 2 tahun. Beliau dimasukkan ke Angkatan Tentera Republik Korea sebagai polis tentera pada 19 November 2015. Changmin menerima latihan asas selama lima minggu di Kem Latihan Tentera Chungnam Nonsan dan merupakan ketua untuk skuad beliau. Beliau tamat dan dilepaskan secara rasmi pada 18 Ogos 2017.[20][21]

Album sunting

Tajuk Butiran Album Senarai Trek
Close To You
  • Dikeluarkan: 18 November 2015 (terhad)
  • Bahasa: Jepun
  • Label: Avex Trax
  • Format: CD+DVD
Track listing

CD

  1. "Into The Water"
  2. "Michinori" (Jepun: 道程) (The Journey)
  3. "Oh No!"
  4. "Rock with U"
  5. "Gold Dust"
  6. "Admit it, You love it"
  7. "Kogarashi ga Todoku Koro ni" (Jepun: 木枯らしが届く頃に) (When the Cold Winter Wind Comes)

DVD

  1. "Into The Water" (Video clip)
  2. Jacket Making Movie
  3. Off Shot Movie

Single sunting

Tahun Lagu Album Nota
2008 "Wild Soul" Two Hearts/Wild Soul
2010 "Big Time" Dipersembahkan di SM Town Live '10 World Tour
2011 "고백 (Confession)" Keep Your Head Down
2012 "눈물 같은 사람 (A Person Like Tears)"[22] Jeon Woo-chi Asal Soundtrack
2013 "Rock With U" Close To You Dipersembahkan di Time: Live Tour 2013
"Gold Dust" Dipersembahkan di siri konsert lawatan The Mission II
2014 "Breath" (versi Jepun) SM the Ballad Vol. 2 – Breath duet dengan Krystal - f(x)
"Heaven's Day" Spellbound
"슬픔 속에 그댈 지워야만 해 (Because I Love You) – versi akustik"[23] Mimi Original Soundtrack
"Over" Dipersembahkan di Tree: Live Tour 2014
"사랑한다 그 말을 못해서 (Because I couldn't say the words "I Love You")"[24] Penjaga Malam ini Jurnal Asal Soundtrack
2015 "Rise as One" Rise as God
"Apology"
2017 "In a Different Life" TVXQ! WEEK - STATION SPECIAL PACKAGE
2018 "Closer" New Chapter #1: The Chance of Love

Kredit Lirik sunting

Tahun Lagu Artis Album Nota
Tahun 2007 "Evergreen" TVXQ 2007 Winter SMTown – Only Love
2008 "Love In the Ice" Mirotic versi Korea untuk "Love In the Ice"
Tahun 2009 "12시 34분 (Nothing Better)" 2009 Summer SMTown – We are Shining
2011 "고백 (Confession)" Max Changmin Keep Your Head Down Dimuat juga dalam album runut bunyi untuk drama Paradise Ranch
2012 "I Swear" TVXQ Catch Me
"기억을 따라서 (Everlasting)" Live World Tour: Catch Me in Seoul versi Korea untuk lagu "Toki o Tomete"
2013 "떠나지 못해 (Sleepless Night)" Shinee Why So Serious? – The Misconceptions of Me
2014 "Rise..." TVXQ Tense
"Heaven's Day" Max Changmin Spellbound
"Ace" Taemin Ace
"나의 생각, 너의 기억 (My Thoughts, Your Memories)" Kyuhyun At Gwanghwamun
2017 "In a Different Life" Max Changmin
2018 "Sun & Rain" TVXQ New Chapter No. 1: The Chance of Love

Filmografi sunting

Filem sunting

Tajuk Tahun Peranan Nota
Dating on Earth Tahun 2009 Changmin Langsung ke video
I AM. 2012 Dirinya sendiri Film dokumentari
Fly with the Gold Momo Filem Jepun
SMTOWN The Stage 2015 Dirinya sendiri Film dokumentari

Siri televisyen sunting

Tajuk Tahun Peranan Nota
Banjun Theater 2005 Max Changmin
Vacation 2006 Max Changmin Episod: "Beautiful Life"
Athena: Goddess of War 2010 Choi Tae-hyun Peranan Tetamu
Paradise Ranch 2011 Han Dong-joo
Welcome to the Show 2011 Dirinya sendiri Kameo (Episod 1)
Saki 2013 Pelanggan kafe Kameo (Episod 11)[25]
Mimi 2014 Han Min-woo
Scholar Who Walks the Night 2015 Putera Mahkota Lee Yoon
Tensai Bakabon 3 2018 Changmin Kameo

Muzikal sunting

Tajuk Tahun Peranan Nota
Hologram Musical: School Oz[26] 2015 Oscar Peranan utama

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2012 Hochi Film Awards Artis Baru Terbaik Fly with the Gold Tercalon
2013 Japan Academy Awards Pendatang Baru Terbaik Menang
2013 Japan Films Critics Awards Artis Baru Terbaik[27] Menang
2013 KBS Entertainment Awards Penghibur Terbaik (Hiburan)[28] Cool Kiz On The Block Menang
2013 KBS Entertainment Awards Pendatang Baru Terbaik Moonlight Prince Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Mark Russell (29 April 2014). K-Pop Now!: The Korean Music Revolution. Tuttle Publishing. m/s. 42. ISBN 978-1-4629-1411-1.
  2. ^ "Changmin became a singer because of BoA". Newsen (dalam bahasa Korean). 2 March 2011. Dicapai pada 2013-11-30.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "SBS Person Profile – Choikang Changmin" (dalam bahasa Korea). SBS. Dicapai pada 2009-05-22. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ "[INTERVIEW] TVXQ! member Max Changmin". 10Asia.
  5. ^ "SM the Ballad back for more". Korea JoongAng Daily. 5 February 2014.
  6. ^ "【Bigeast オフィシャルショップ限定】2015/11/18(水)CHANGMIN from 東方神起SOLO MINI ALBUM「Close To You」". Tohoshinki Official Website at Avex Group (dalam bahasa Japanese). 7 October 2015. Dicapai pada 2015-10-08.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  7. ^ "All About Dong Bang Shin Ki Season 2 DVD Releases in 12 Days". The DongA Ilbo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2009-05-22.
  8. ^ "TVXQ Banjun Theatre Dangerous Love". SBS (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-25. Dicapai pada 2009-05-18.
  9. ^ ""Athena" brilliant cameo Changmin, explosives specialist". Hancinema.
  10. ^ "Shim Changmin lends his voice for "Paradise Farm" DVD in Japan". 10Asia.
  11. ^ "TVXQ's Chang-min to make his Japanese film debut". Korea JoongAng Daily.
  12. ^ "TVXQ! Max Changmin's Japanese Debut Movie to Open in Korea". 10Asia.
  13. ^ "TVXQ′s Max Changmin Praised by ′Run with the Gold′s′ Director for Perfect Acting". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-21. Dicapai pada 2018-10-09.
  14. ^ "DBSK's Max Changmin Will Receive Newcomer of the Year Award in Japan". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2018-10-09.
  15. ^ "MAX Changmin to Step off from "Cool Kiz on the Block"". 10Asia.
  16. ^ Doo, Rumy (7 July 2015). "Lee Joon-gi, TVXQ Changmin turn vampire, prince in new TV drama". The Korea Herald.
  17. ^ "'07 Winter SMTown – TVXQ to Participate in Composition" (dalam bahasa Korea). The DongA Ilbo. 4 October 2007. Dicapai pada 2009-05-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  18. ^ "TVXQ! Reveals "Catch Me" With Max Changmin's Self-written Song". 10Asia. 24 September 2012.
  19. ^ "Choikang Changmin Found Secretly Working at Taean" (dalam bahasa Korea). Newsis News Agency. 8 January 2008. Dicapai pada 2009-05-16. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ "TVXQ, Super Junior singers enlist". The Korea Times.
  21. ^ "Changmin and Choi Si-won to be discharged on the 18th". Hancinema. 17 August 2017.
  22. ^ "TVXQ (DBSK)'s Max Changmin Takes Part in 'Jeon Woochi' OST". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2018-10-09.
  23. ^ "TVXQ Max Changmin's OST for 'Mimi' to Release Today (3/7)". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2018-10-09.
  24. ^ "TVXQ's Max Changmin Sings U-Know Yunho's Drama Love Theme Song". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2018-10-09.
  25. ^ "TVXQ eats some cake for Japanese drama". Korea JoongAng Daily.
  26. ^ "SM to Launch Hologram Musical 'School Oz' Starring TVXQ's Max Changmin, SHINee's Key, EXO's Su Ho, Xiu Min and More". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2018-10-09.
  27. ^ "TVXQ′s Max Changmin to be Awarded a Rookie Award from Japanese Movie Critics". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2018-10-09.
  28. ^ "TVXQ's Max Changmin Expresses His Gratitude for Winning Entertainment Award". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2018-10-09.