Channing Tatum atau nama sebenarnya Channing Matthew Tatum dilahirkan pada 26 April 1980 di Cullman, Alabama merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat dan juga bekas peragawan. Setelah berjaya dalam peragaan fesyen, Channing melebarkan kerjayanya menerusi beberapa peranan dalam lakonan. Beliau muncul menerusi filem Havoc, Coach Carter dan Supercross yang ditayangkan dalam tahun 2005. Manakala pada tahun 2006, beliau memegang watak utama menerusi filem She's the Man, kemudiaannya Step Up, dan juga A Guide to Recognizing Your Saints.

Channing Tatum
Kelahiran
Channing Matthew Tatum

(1980-04-20) 20 April 1980 (umur 43)

Awal Kehidupan sunting

Dilahirkan di Cullman, sebuah bandar kecil di Alabama, beliau merupakan kacukan berdarah Perancis, Ireland dan penduduk asli Amerika. Beliau mengikut keluarganya berpindah ke Mississippi sewaktu berusia enam tahun.

Beliau juga aktif dalam sukan bola sepak, trek, bola keranjang dan seni mempertahankan diri. Sewaktu berada di gred sembilan, beliau mendapat tawaran untuk meneruskan dalam akademik tentera ataupun sekolah swasta dan beliau memilih sekolah swasta iaitu Tampa Catholic High School. Beliau tamat persekolahan pada tahun 1998 dan dipilih sebagai olahragawan. Setelah itu, beliau juga memperoleh biasiswa sukan untuk ke Glenville State College di West Virginia, walaupun beliau mula hilang minat pada sukan dan menolak biasiswa tersebut.

Kerjaya sunting

Pengalaman pertama Channing adalah sebagai peragawan untuk industri fesyen. Beliau kemudiannya menjadi penari untuk video music Ricky Martin, "She Bangs" selepas menjalani temuduga di Orlando, Florida. Beliau mendapat $400 sahaja untuk kerja terbabit.. Beliau kemudiannya menandatangani perjanjian kontrak bersama sebuah agensi permodelan di Miami, Page 305 (Page Parkes Modeling Agency), dan pernah muncul menerusi majalah Vogue. Beliau juga terbabit dalam kempen seperti Abercrombie & Fitch, Nautica, Dolce & Gabbana, American Eagle Outfitters, dan Emporio Armani. Beliau juga terbabit dalam beberapa iklan televisyen seperti American Eagle Outfitters, Pepsi dan Mountain Dew, dan telah dipilih oleh majalah Tear Sheet sebagai "50 Most Beautiful Faces" pada Oktober 2001.

Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai pelakon pada 2004, apabila muncul dalam sebuah episod menerusi siri televisyen, CSI: Miami. Beliau mula mendapat perhatian pembikin filem pada tahun 2005 apabila dilamar untuk berlakon dalam Coach Carter, sebagai Jason Lyle, disamping pelakon terkenal Samuel L. Jackson; beliau juga kelihatan dalam video music Twista, "Hope". Walaupun menyukai bidang peragaan, Channing membuat keputusan untuk berehat seketika dalam bidang tersebut dan menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang lakonan.

Tatum telah dipilih untuk memegang watak sebagai Genghis Khan menerusi filem Mongol, tetapi telah digantikan dengan pelakon Tadanobu Asano. Beliau juga pernah menghadiri uji bakat untuk watak Gambit menerusi X-Men: The Last Stand, tetapi watak tersebut terpaksa dibatalkan dalam filem terbabit. Produser, Lauren Shuler Donner, melamar Channing untuk filem She's the Man. Filem tersebut disiarkan pada 17 Mac 2006.

Wataknya menerusi filem Step Up, Channing membawa watak seorang penari dan sebagai Antonio menerusi filem yang mengambil latar 1980-an merupakan filem-filemnya untuk tahun 2006. Menerusi watak Antonio juga, Tatum telah disenaraipendekkan untuk merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Festival Filem Sundance 2006 tetapi gagal merangkul pulang.

Pengiktirafan sunting

Tahun Kumpulan Anugerah Filem Keputusan Nota
2006 Independent Spirit Award Best Supporting Male A Guide to Recognizing Your Saints Pencalonan Anugerah dimenangi oleh Alan Arkin untuk Little Miss Sunshine
Sundance Film Festival Anugerah Khas Juri Pemenang Bersama Robert Downey Jr., Shia LaBeouf, Rosario Dawson, Chazz Palminteri, dan Dianne Weist

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2005 Coach Carter Jason Lyle
Havoc Nick Direct-to-video
Supercross Rowdy Sparks
2006 She's the Man Duke Orsino
Step Up Tyler Gage
A Guide to Recognizing Your Saints Antonio
2007 The Trap TBA
Battle in Seattle Johnson
2008 Stop-Loss Steve Shriver
Pinkville Hugh Thompson, Jr.
Fighting Sean Arthur
Step Up 2’' Tyler Gage
2009 Dear John TBA
Parkour TBA

Pautan Luar sunting