Chapters (album Yuna)

Chapters ialah album studio keenam dan album studio antarabangsa yang ketiga oleh penyanyi Malaysia, Yuna. Ia dikeluarkan pada 20 Mei 2016 oleh The Verve Music Group dan Universal Music yang menampilkan Usher dan Jhené Aiko. Album ini telah mengungguli carta 10 teratas 10 Album R&B Terbaik 2016: Pilihan Pengkritik oleh Billboard[1] dan senarai 20 Album R&B Terbaik 2016 oleh Rolling Stone.[2]

Chapters
Album studio oleh
Dilancarkan pada20 Mei 2016
Dirakamkan pada2015-2016
TempatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Studio
  • Westlake Recording Studios
  • Silent Sound Studios
  • The Ship
  • 4220 Studios
  • Fisticuffs Gym
  • Verve Studios
  • The Village
Genre
Panjang
  • 39:40 (Edisi standard)
  • 50:55 (Edisi Deluxe)
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatVerve Music Group
Penerbit
  • Fisticuffs (eksekutif)
  • Ben Willis (eksekutif)
  • Robin Hannibal
  • Paul Salva
  • Jochem van der Saag
  • David Foster
  • DJ Premier
Kronologi Yuna
Material
(2015)
Chapters
(2016)
Rouge
(2019)
Single daripada Chapters
  1. "Places To Go"
    Dikeluarkan: 19 Februari 2016 (2016-02-19)
  2. "Crush"
    Dikeluarkan: 26 Februari 2016 (2016-02-26)
  3. "Lanes"
    Dikeluarkan: 7 Mei 2016 (2016-05-07)
  4. "Mannequin"
    Dikeluarkan: 09 September 2016 (2016-09-09)
  5. "Poor Heart"
    Dikeluarkan: 27 Oktober 2016 (2016-10-27)
  6. "Best Love"
    Dikeluarkan: 09 Januari 2017 (2017-01-09)
  7. "Unrequited Love"
    Dikeluarkan: 08 Februari 2017 (2017-02-08)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Salah satu lagu dalam album ini, "All I Do" telah dipilih sebagai runut bunyi untuk musim ke-13 siri televisyen Amerika Syarikat, Grey's Anatomy.[3][4][5]

Latar belakang sunting

Pada 19 Februari 2016, Yuna mengumumkan album studio kelima antarabangsanya, Chapters bersama kulit album di New York, yang akan dikeluarkan pada 20 Mei 2016 oleh Verve Records.[6] Album ini merupakan susulan kepada album terdahulu beliau, Nocturnal yang dikeluarkan pada 2013.

Single sunting

Album ini didahului oleh single utama dan juga trek bonus dalam album edisi deluxe, "Places To Go", yang diterbitkan oleh DJ Premier. Single ini merupakan susunan semula genre R&B-pop yang menarik dengan beberapa susunan yang kelihatan elegan dan asal. "Places To Go" telah ditayangkan secara eksklusif di The FADER[7] dan dikeluarkan pada 19 Februari 2016. Bersama-sama pra-tempahan untuk album di iTunes, beliau mengeluarkan lagu bersama Usher yang bertajuk "Crush" pada 26 Februari. Lagu ini memulakan kerjaya di nombor 24 setakat ini dan memuncak di nombor 1 di Malaysia Music Weekly, menjadi single yang paling cepat ke senarai teratas dalam hanya seminggu.[8] Pada 9 Mac, lagu tersebut telah memuncak pada nombor 12, 17 dan 6 secara berturut-turut untuk carta Indonesia, Singapura dan Kemboja.

Ulasan kritis sunting

Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Idolator      [9]
Sputnikmusic      [10]
Pop Magazine      [11]
Star2.com           [12]
Spin           [13]
Exclaim!           [14]
PressPLAY OK      [15]
Spin or Bin Music      [16]

Gail Mitchell dari Billboard menulis bahawa album yang menarik ini membuktikan melalui pilihan pengaruh Sade seperti "Best Love" dan "Unrequited Love".[17] Rolling Stone berpendapat bahawa Chapters, dibahagi seperti halaman-halaman yang terkoyak dari buku harian, daripada kostum yang jarang sekali berlaku atau penerbitan dari perintis R&B Robin Hannibal.[17] Menulis untuk Star2.com, Angelin Yeoh memuji Yuna atas keupayaan beliau untuk menjadikan Chapters sebagai karya yang meruntun jiwa.[18] Stail.my dalam ulasan retrospektif menyatakan: "Penantian peminat Yuna nyata bukan sesuatu yang sia-sia kerana album ini cukup bagus sekali penghasilannya dan kematangan Yuna sebagai seorang pemuzik juga berada di tahap yang begitu mengagumkan."[19] Majalah Pulse memuji "Chapters" sebagai karya terbaik Yuna kerana album itu sempurna menyoroti kematangan vokalnya.[20] Sputnikmusic memuji hasil penerbitan album, menyatakan "Ia harus mengatakan penerbitan luas Chapters melakukan keajaiban untuk soprano tender Yuna, dan ketika kedua unsur itu berhasil menggabungkan jumlah yang jujur, seperti dalam "All I Do" dan “Too Close", hasilnya cukup baik untuk membuat orang-orang sezaman Adele dan Jessie Ware memerah." Walau bagaimanapun, pada sisi negatif, ia menggambarkan sebahagian besar bahan yang dia bekerjasama, "sayangnya, berada pada tahap yang lebih rendah".[10]

Senarai akhir tahun sunting

Penerbitan Penghargaan Kedudukan
Billboard Billboard's Best R&B Albums of 2016: Critic's Picks 7[17]
Rolling Stone 20 Best R&B Albums of 2016 13[21]

Senarai runut sunting

Chapters – Edisi standard[22]
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Mannequin"
Fisticuffs3:35
2."Lanes"
  • Zarai
  • Robin Braun
  • Paul Salva
  • Robin Hannibal
  • Paul Salva
3:14
3."Crush" (menampilkan Usher)
Fisticuffs4:03
4."Unrequited Love"
  • Zarai
  • Robinson
  • Warfield
Fisticuffs4:08
5."Best Love"
  • Yunalis Zarai
  • Brenda Chapman
  • Marianne Laurie Bartley
  • Jamshied Sharifi
  • Robin Braun
  • Itai Shapira
  • Joel Van Dijk
Hannibal4:51
6."Used to Love You" (menampilkan Jhené Aiko)
Fisticuffs3:29
7."Too Close"
  • Zarai
  • Braun
Hannibal4:13
8."Best of Me"
  • Zarai
  • Braun
  • Salva
  • Hannibal
  • Salva
3:53
9."Your Love"
  • Zarai
  • Robinson
  • Warfield
  • Salva
  • Hannibal
4:38
10."All I Do"
  • David Foster
  • Jochem Van Der Saag
3:36
Jumlah masa: 39:40


Carta sunting

Carta (2016) Kedudukan
carta
US Heatseekers Albums (Billboard)[23] 5
US Top R&B/Hip-Hop Albums (Billboard)[24] 16

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh keluaran Format Label
Amerika Syarikat 20 Mei 2016 CD, LP, Muat turun digital[25] Verve Records

Rujukan sunting

  1. ^ Helmi Majid (10 Disember 2016). Pengkritik Billboard pilih 'Chapters' Yuna sebagai 10 Album R&B Terbaik 2016 Astro Awani. Dicapai pada 18 Jun 2017.
  2. ^ Madiha Abdullah (26 Jun 2016). Majalah Rolling Stone angkat album Yuna antara yang terbaik tahun ini Astro Awani. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  3. ^ Yuna’s ‘All I Do’ featured in ‘Grey’s Anatomy’ The Malay Mail (29 September 2016). Retrieved on 26 December 2016.
  4. ^ FMT Reporters (29 September 2016). Yuna’s All I Do chosen for pilot of Grey’s Anatomy 13 Diarkibkan 2019-12-26 di Wayback Machine Free Malaysia Today. Retrieved on 26 December 2016.
  5. ^ Listen to Yuna’s ‘All I Do’ from Grey’s Anatomy — Beautiful and So Sweet Leo Sigh. Retrieved on 26 December 2016.
  6. ^ Yuna announces third studio album Diarkibkan 2016-03-08 di Wayback Machine Yunamusic.com. Dicapai pada 18 Jun 2016.
  7. ^ Rawiya Kameir (19 Februari 2016). "Yuna announces a new album with the DJ Premier-produced "Places to Go"". The Fader. Dicapai pada 14 April 2016. The Malaysian singer-songwriter’s forthcoming third LP Chapters will be out on May 20’ she'll hit the road this spring for a U.S. tour.
  8. ^ "musicweekly.asia/charts/top-30-singles-chart-malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-22. Dicapai pada 2016-03-16.
  9. ^ "Chapters by Yuna reviews | Idolator". www.idolator.com. Dicapai pada 14 November 2016.
  10. ^ a b "Review: Yuna - Chapters". Sputnikmusic. May 22, 2016. Dicapai pada November 14, 2016.
  11. ^ Perkins, Mai (May 25, 2016). "Review: Yuna - Chapters". Pop Magazine. Dicapai pada November 14, 2016.
  12. ^ "Review: Yuna - Chapters". Star2.com. May 20, 2016. Dicapai pada November 14, 2016.
  13. ^ "Review: Yuna - Chapters". Spin. August 26, 2016. Dicapai pada November 14, 2016.
  14. ^ "Review: Yuna - Chapters". Exclaim!. May 20, 2016. Dicapai pada November 14, 2016.
  15. ^ "Review: Yuna - Chapters". PressPLAY OK. May 20, 2016. Dicapai pada November 14, 2016.
  16. ^ "Review: Yuna - Chapters". Spin or Bin Music. June 16, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-26. Dicapai pada November 14, 2016.
  17. ^ a b c Gail Mitchell (12 September 2016). 10 Best R&B Albums of 2016: Critic's Picks Billboard. Dicapai pada 21 September 2016.
  18. ^ Angelin Yeoh (20 Mei 2016). Review: Chapters by Yuna Diarkibkan 2019-04-25 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 21 Mei 2016.
  19. ^ Review: Yuna - Chapters Diarkibkan 2019-06-18 di Wayback Machine Stail.my. Dicapai pada 18 Jun 2016.
  20. ^ Yuna is officially the first Malaysian artist to break into top ten of Billboard chart Diarkibkan 2019-04-25 di Wayback Machine Pulse Radio. Dicapai pada 22 Jun 2016.
  21. ^ 20 Best R&B Albums of 2016 Rolling Stones (14 Disember 2016). Dicapai pada 18 Jun 2017.
  22. ^ "Chapters by Yuna". United States: Rate Your Music. Dicapai pada May 20, 2016.
  23. ^ "Yuna Chart History (Heatseekers Albums)". (dalam bahasa Inggeris) Billboard. Dicapai pada June 1, 2016.
  24. ^ "Yuna Chart History (Top R&B/Hip-Hop Albums)". (dalam bahasa Inggeris) Billboard. Dicapai pada June 1, 2016.
  25. ^ Muat turun digital:

Pautan luar sunting