Charles Brooke
Charles Anthoni Johnson (3 Jun 1829 - 17 Mei 1917), kemudiannya dikenali sebagai Charles Brooke memerintah Sarawak sebagai Raja Putih kedua dari 3 Ogos 1868 hingga dia mangkat. Dia menggantikan ayahanda saudaranya, James Brooke sebagai raja.
Charles Brooke | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Putih Sarawak Kedua | |||||||||
Pemerintahan | 3 Ogos 1867 – 17 Mei 1917 | ||||||||
Didahului oleh | James Brooke | ||||||||
Diikuti oleh | Charles Vyner Brooke | ||||||||
Keputeraan | Burnham-on-Sea | 3 Julai 1829||||||||
Kemangkatan | 17 Mei 1917 Gloucestershire, England | (umur 87)||||||||
Pemakaman | Gereja St Leonard, Sheepstor dekat Dartmoor | ||||||||
Anakanda | Charles Vyner Brooke dan lain-lain | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Raja Putih Sarawak | ||||||||
Ayahanda | Rev. Francis Johnson | ||||||||
Bonda | Emma Johnson |
Raja Putih Sarawak (Bekas keberajaan) |
---|
Raja-raja Putih Sarawak
|
Charles Brooke dilahirkan di Somerset, England dan merupakan anak kepada Francis Charles dan Emma Frances Johnson (adik James Brooke).
Francis dan Emma mempunyai beberapa anak yang lain iaitu Kapten John Brooke Johnson-Brooke (lebih tua daripada Charles), Kapten William Frederic Johnson, Henry Stuart Johnson Brooke, Mary Anna, Harriet Helena, dan Emma (semuanya lebih muda daripada Charles).
Memandangkan James Brooke tidak mempunyai sebarang anak, dia melantik anak saudaranya sebagai raja. Pada tahun 1861, dia menamakan Kapten John Brooke Johnson-Brooke, anak adiknya yang paling tua sebagai penggantinya. Dua tahun kemudian semasa Kapten John berada di England, James menggugurkan dan menegah Kapten John daripada menjadi raja dan memasuki Sarawak disebabkan Kapten John mengkritiknya. Pada tahun 1865, James Brooke menamakan Charles sebagai penggantinya.
Charles kemudiannya menukarkan namanya menjadi Charles Brooke dan menjadi Residen Lundu pada tahun 1852. Pada 28 Oktober 1869 dia mengahwini Margaret Alice Lili de Windt.
Charles menyambung kembali segala macam perkara yang pakciknya usahakan seperti menghalang lanun, memansuhkan penghambaan dan melarang aktiviti pemburuan kepala oleh kaum-kaum di Sarawak. Selepas kemangkatannya kerajaan British telah membenarkan Sarawak membina parlimen dan laluan kereta api dan terjumpanya telaga minyak.
Charles Brooke digantikan oleh anaknya Charles Vyner Brooke selepas kemangkatannya.
Kurniaan
suntingKurniaan British
Legasi
suntingSekurang-kurangnya dua spesies Borneo dinamakan sempena Charles Brooke:
- Tupai Brooke (Sundasciurus brookei), seekor tupai dinamakan oleh Oldfield Thomas
- Cervus brookei, seekor rusa dinamakan [1] oleh Charles Hose pada 1893
Didahului oleh James Brooke |
Raja Putih 3 Ogos 1867 - 17 Mei 1917 |
Diikuti oleh: Charles Vyner Brooke |
- ^ "Description of a new deer from Mount Dulit, Eastern Sarawak". Annals and Magazine of Natural History.