Charles III

Raja United Kingdom sejak 2022

Raja Charles III (Charles Philip Arthur George; diputerakan 14 November 1948) ialah Raja United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel yang lain. Baginda menaik takhta pada 8 September 2022, selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II. Baginda merupakan pewaris takhta paling lama berkhidmat dalam sejarah British. Pada usia 73 tahun, baginda merupakan penyandang tertua yang pernah memegang takhta British.

Charles III
Ketua Komanwel
Gambar Charles berumur 69 tahun
Charles pada 2017 sebagai Putera Wales
Raja United Kingdom dan alam Komanwel yang lain
Pemerintahan8 September 2022 – kini
Didahului olehElizabeth II
Pewaris takhtaWilliam, Putera Wales
KeputeraanPutera Charles dari Edinburgh
(1948-11-14) 14 November 1948 (umur 74)
Istana Buckingham, London, United Kingdom
Pasangan
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Charles Philip Arthur George[fn 1]
KerabatWindsor
AyahandaPutera Philip, Duke Edinburgh
BondaElizabeth II
Pendidikan
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanUnited Kingdom[fn 2]
PerkhidmatanTentera Laut Diraja British
Tentera Udara Diraja British[fn 2]
Tahun perkhidmatan aktif1971–1977
PangkatLihat senarai
ArahanHMS Bronington

Charles diputerakan di Istana Buckingham semasa pemerintahan paduka nenda sebelah bondanya, Raja George VI. Apabila Charles berumur tiga tahun, paduka nendanya mangkat dan bondanya menaiki takhta, menjadikan baginda pewaris takhta. Charles telah dianugerahkan gelaran Putera Wales pada tahun 1958, dan istiadat pengurniaan gelaran itu diadakan pada tahun 1969. Baginda telah mendapat pendidikan di sekolah Cheam dan Gordonstoun, begitu juga paduka ayahandanya, Putera Philip, Duke Edinburgh. Charles kemudiannya menghabiskan setahun di kampus Timbertop di Geelong Grammar School di Victoria, Australia. Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Cambridge, Charles berkhidmat dalam Tentera Udara dan Tentera Laut dari 1971 hingga 1976. Pada tahun 1981, baginda berkahwin dengan Lady Diana Spencer, yang mempunyai dua anakanda lelaki, William dan Harry. Pada tahun 1996, baginda berdua bercerai selepas masing-masing terlibat dalam hubungan luar nikah yang dihebahkan secara meluas. Diana meninggal dunia pada tahun berikutnya. Pada tahun 2005, Charles berkahwin dengan pasangan lamanya, Camilla Parker Bowles.

Sebagai Putera Wales, Charles menjalankan tugas rasmi bagi pihak Elizabeth II. Baginda mengasaskan badan amal belia dikenali sebagai The Prince's Trust pada tahun 1976 yang menaja The Prince's Charities. Baginda juga merupakan penaung, presiden, atau ahli kepada lebih 400 badan amal dan organisasi lain. Baginda telah memperjuangkan pemuliharaan bangunan bersejarah dan kepentingan seni bina dalam masyarakat.[2] Seorang pengkritik seni bina moden, Charles mengusahakan pewujudan Poundbury, sebuah bandar baharu eksperimen berdasarkan cita rasa seni binanya. Baginda juga merupakan pengarang atau pengarang bersama untuk lebih 20 buku. Seorang pencinta alam sekitar, Charles menyokong pertanian organik dan tindakan untuk mencegah perubahan iklim semasa baginda menjadi pengurus estet Duchy Cornwall. Oleh hal yang demikian, baginda banyak menerima anugerah dan pengiktirafan daripada kumpulan alam sekitar.[3] Baginda juga merupakan pengkritik terkemuka terhadap penggunaan makanan yang diubah suai secara genetik.[4][5] Sokongan Charles untuk homeopati dan perubatan alternatif lain telah menjadi subjek kritikan.[6][7][8][9] Berikutan dakwaan mengenai pemberian penghormatan dan kewarganegaraan British kepada penderma, tindakan salah satu badan amal baginda, The Prince's Foundation, mendapat kritikan; pada masa ini, badan amal itu menjadi subjek siasatan yang sedang dijalankan Polis Metropolitan.

KeputeraanSunting

Charles diputerakan pada pukul 09:30 malam GMT pada 14 November 1948 di Istana Buckingham, London.[10] Paduka ayahandanya, Putera Philip, Duke Edinburgh, merupakan paduka anakanda sulung kepada Putera Andrew dari Yunani dan Denmark dan Puteri Alice dari Battenberg.[11] Manakala, paduka bondanya, Puteri Elizabeth, Duchess Edinburgh ialah anakanda sulung kepada Raja George VI dan Elizabeth Bowes-Lyon.[12] Paduka bonda Charles berada pada tempat pertama dalam susur-galur pewarisan takhta British pada ketika itu.[13] Selepas Charles, bondanya melahirkan tiga anak lagi: Anne (lahir 1950), Andrew (lahir 1960), dan Edward (lahir 1964).

 
Pembaptisan Charles pada tahun 1948 (dari kiri ke kanan): George VI, Puteri Elizabeth, bayi Charles, Philip, dan Permaisuri Elizabeth

Pada 15 Disember 1948, pada usia empat minggu, Charles telah dibaptiskan di Music Room di Istana Buckingham oleh Uskup Agung Canterbury, Geoffrey Fisher.[a]

Pada 6 Februari 1952, nenda Charles iaitu Raja George VI mangkat pada usia 56 tahun. Susulan itu, paduka anakanda sulung George iaitu paduka bonda Charles telah menaiki takhta dan menjadi Ratu Elizabeth II.

Selepas paduka bonda Charles menaiki takhta, baginda menjadi pewaris takhta, dan berada pada tempat pertama dalam susur-galur pewarisan takhta British. Baginda juga segera menjadi Duke Cornwall menurut piagam dari Raja Edward III yang menitahkan agar gelaran "Duke" diberikan kepada anakanda sulung kepada mana-mana raja. Menurut gelaran bangsawan Scotland pula, Charles diberi gelaran Duke Rothesay, Earl Carrick dan Baron Renfrew, Lord of the Isles, dan Prince and Great Steward of Scotland.

Pada 2 Jun 1953, Charles menghadiri istiadat kemahkotaan bondanya di Westminster Abbey bersama paduka nenendanya Permaisuri Elizabeth, dan paduka bonda saudaranya Puteri Margaret.

Di bawah surat kurnia yang dikeluarkan oleh nenda moyang Charles iaitu Raja George V, gelaran "Prince" (Putera) dan gaya "His Royal Highness" (Yang Teramat Mulia) hanya dikurniakan kepada putera dan cucunda raja sebelah ayahanda dan untuk anakanda sulung Putera Wales. Disebabkan Charles merupakan cucunda raja sebelah bonda, baginda mewarisi gelaran Duke Edinburgh dari ayahandanya dan gaya Earl Merioneth. Bagaimanapun, gelaran Putera atau Puteri dengan gaya Yang Teramat Mulia diberikan kepada semua anakanda Elizabeth II dengan surat kurnia baharu yang dikurniakan oleh George VI. Dengan ini, anakanda kepada pewaris takhta di sebelah perempuan mempunyai status diraja. Oleh itu, sejak keputeraannya, Charles dikenali sebagai His Royal Highness Prince Charles of Edinburgh (Yang Teramat Mulia Putera Charles dari Edinburgh).

PendidikanSunting

Seperti anak-anak kerabat diraja yang lain, seorang pengasuh telah dilantik untuk mengajar Charles. Baginda telah diasuh oleh Catherine Peebles yang telah mendidiknya dari usia lima hingga lapan tahun. Pada 1955, Istana Buckingham telah melakukan suatu perkara yang tidak pernah dilakukan kepada seorang pewaris takhta. Charles telah dihantar untuk belajar di sekolah dan tidak lagi di rumah seperti kelazimannya. Charles telah menghadiri Hill House School di barat London, dan kemudiannya di Cheam School di Berkshire, yang juga merupakan alma mater ayahandanya.

Charles menamatkan pendidikannya di Gordonstoun School, sebuah sekolah berasrama peribadi yang terletak di timur laut Scotland. Menurut laporan, Charles membenci sekolah itu sepanjang masanya di sana kerana baginda kerap menjadi sasaran pembuli.

Pada 1966, Charles menghadiri Geelong High School di Victoria, Australia, selama dua penggal di mana baginda telah melawati Papua New Guinea dengan gurunya, Michael Collins Persse. Sekembalinya ke Gordonstoun, baginda mengikut jejak ayahandanya dengan menjadi ketua pelajar lelaki. Baginda meninggalkan Gordonstoun dengan dua A-level dalam mata pelajaran sejarah dan bahasa Perancis.

Menurut tradisi, selepas tamat persekolahan, pewaris takhta lazimnya akan berkhidmat dalam angkatan tentera selepas. Bagaimanapun, Charles telah mengubah perkara ini apabila baginda melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti di Trinity College, Cambridge di mana baginda mempelajari antropologi dan kaji purba, dan kemudiannya sejarah. Charles berjaya meraih ijazah kelas kedua. Baginda ialah ahli keluarga diraja British yang pertama menerima ijazah dari universiti. Baginda juga telah menghadiri Universiti Kolej Wales, Aberystwyth, dengan tujuan untuk mempelajari bahasa Wales, menjadi putera diraja pertama untuk berbuat demikian.

Putera WalesSunting

 
Ratu Elizabeth secara rasmi mengangkat Charles sebaga Putera Wales dengan memahkotakannya Mahkota Putera Wales

Pada tahun 1958, bonda Charles, Elizabeth II, secara rasmi mengangkat anakandanya itu sebagai Prince of Wales and Earl of Chester (Putera Wales dan Earl Chester) walaupun istiadat pengurniaan rasmi tidak diadakan sehingga 1969. Ia merupakan sebuah upacara istiadat yang dilangsungkan di Istana Caernarfon di utara Wales, tempat gelaran "Putera Wales" diciptakan pada kurun ke-13. Dahulunya, istiadat pengurniaan lazimnya dilangsungkan di berbagai tempat termasuk Istana Westminster, lokasi Parlimen dan Pekan Wales. Swansea, dikurniakan status bandar untuk menandakan peristiwa ini.

Istiadat pengurniaan itu juga telah membangkitkan permusuhan di kalangan nasionalis orang Wales dan mereka mengancam untuk melakukan keganasan dan pengeboman semasa upacara tersebut, walaupun ancaman ini lebih berkait dengan kempen mereka untuk memerdekakan Wales dan juga hak lebih besar untuk bahasa Wales. Dua anggota kumpulan nasionalis, Mudiad Amddiffyn Cymru, telah cuba melancarkan serangan bom sehari sebelum upacara pengurniaan. Walau bagaimanapun, sewaktu mereka menjalankan percubaan, mereka terkorban.

Pada lewat 1970-an, Putera Charles menjadi ahli keluarga diraja yang pertama selepas Raja George I untuk menghadiri sebuah mesyuarat Kabinet atas undangan Perdana Menteri dari Parti Buruh pada masa itu, James Callaghan, supaya baginda dapat mengetahui tugas seharian kerajaannya.

Pada awal 1980-an, Charles telah meluahkan keinginannya untuk menjadi Gabenor Jeneral Australia. Namun, pada masa ini, pandangan rakyat Australia adalah hanya rakyat Australia sahaja yang seharusnya layak memegang jawatan itu. Oleh itu, hasrat Charles tidak kesampaian.

Kisah percintaanSunting

Kisah percintaan Charles sering menjadi topik spekulasi dan buah mulut orang ramai. Baginda sering dikaitkan dengan beberapa orang wanita termasuk Georgiana Russell (anak perempuan Duta Britain ke Sepanyol), Lady Jane Wellesley (anak perempuan kepada Duke Wellington ke-8), Davina Sheffield, model Penthouse Fiona Watson, pelakon Susan George, Lady Sarah Spencer (kakak kepada Lady Diana Spencer), Lady Tryon (isteri kepada Baron Tryon ke-3), dan Jane Wad (seorang janda). Tetapi, tiada dari mereka yang dianggap layak untuk berkahwin dengannya.

 
Charles di muka depan majalah Time pada tahun 1978

Sebagai pewaris takhta, Charles harus memilih seorang wanita yang dara dan juga anggota agama Protestan Gereja England, serta mempunyai salasilah keluarga yang baik. Charles telah memilih seorang gadis 19 tahun bernama Diana Spencer yang merupakan anak kepada Earl Spencer yang ke-8 sebagai calon isteri. Istana Buckingham mengumumkan pertunangan Charles dan Diana pada 24 Februari 1981.

Perkahwinan dengan Diana SpencerSunting

Pada 29 Julai 1981, perkahwinan Charles dan Diana telah berlangsung di Katedral St Paul di hadapan 3,500 tetamu jemputan, dan disaksikan sekitar 750 juta orang di seluruh dunia. Semua raja Eropah berkenan berangkat dan ketua negara Eropah telah hadir dalam upacara ini.

Disebabkan perkahwinannya dengan seorang pewaris takhta, Diana kini menerima gelaran Her Royal Highness Princess of Wales (Yang Teramat Mulia Puteri Wales). Charles dan Diana bersemayam di sebuah rumah di Highgrove, dekat Tetbury di Gloucestershire, dan di Istana Kensington. Setahun selepas perkahwinan itu, Diana selamat melahirkan seorang bayi lelaki iaitu William. Dua tahun selepas itu, pasangan itu dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Harry.

 
Putera dan Puteri Wales meninggalkan Katedral St Paul untuk menuju ke Istana Buckingham selepas upacara perkahwinan mereka

Bagaimanapun, ketidakserasian pasangan itu dan jurang perbezaan umur mereka yang besar menyebabkan perkahwinan itu renggang selepas hanya lima tahun. Charles telah menghidupkan semula hubungannya sepenuhnya dengan Camilla Parker Bowles menjelang November 1986. Diana berkata pada tahun 1992 bahawa beliau sedang bercinta dengan seseorang pada tahun 1986. Adalah dipercayai bahawa Diana merujuk kepada Barry Mannakee, yang pada tahun 1986 dihantar ke Skuad Perlindungan Diplomatik selepas pengurusnya memutuskan bahawa hubungannya dengan Diana adalah tidak wajar. Kemudian, Diana memulakan hubungan dengan bekas pengajar menunggang kuda, Mejar James Hewitt.

Charles dan Diana digelar "The Glums" oleh media kerana mereka kelihatan tidak selesa antara satu sama lain. Diana mendedahkan hubungan Charles dan Camilla kepada umum dalam buku Andrew Morton bertajuk Diana, Her True Story. Terdapat juga rakaman audio perhubungan zinanya sendiri. Hewitt dan Harry berkongsi beberapa ciri fizikal, yang telah membawa kepada khabar angin berterusan bahawa Hewitt ialah bapa kepada Putera Harry. Harry, sementara itu, telah pun dilahirkan apabila hubungan Diana dengan Hewitt bermula.

Perpisahan secara perundangan antara Charles dan Diana telah diumumkan di Parlimen oleh John Major, perdana menteri Britain pada masa itu, pada Disember 1992. Charles mengaku mempunyai hubungan luar nikah dengan Camilla dalam satu temu bual filem. Baginda mendakwa bahawa perkahwinannya dengan Diana telah "tidak dapat dipulihkan" sebelum baginda menyambung semula hubungannya dengan Camilla pada tahun 1986. Pengakuan Diana sendiri mengenai isu perkahwinan dalam satu wawancara para tahun 1995 dengan BBC turut didedahkan. Diana berkata, "Sebenarnya, ada tiga orang dalam perkahwinan ini, jadi ia agak sesak," merujuk kepada hubungan Charles dengan Camilla. Diana juga mempersoalkan kelayakan suaminya untuk menjadi bakal raja.

Selepas menerima nasihat rasmi daripada Ratu pada Disember 1995 untuk menamatkan perkahwinan mereka, Charles dan Diana bercerai pada 28 Ogos 1997.

Diana terkorban dalam kemalangan kereta pada 31 Ogos 1997, di Paris. Charles kemudian terbang ke Paris bersama adik-beradik Diana untuk membawa pulang jenazah Diana ke Britain.

Perkahwinan dengan Camilla Parker BowlesSunting

Pada 10 Februari 2005, Charles dan Camilla Parker Bowles mengesahkan pertunangan mereka. Charles menghadiahkan cincin kepunyaan nendanya sebagai cincin pertunangan. Ratu berkenan dengan perkahwinan itu semasa mesyuarat Majlis Privi pada 2 Mac.

Upacara sivil untuk perkahwinan itu diadakan di Windsor Guildhall. Perkahwinan itu telah ditangguhkan dari tarikh yang dijadualkan pada 8 April ke hari berikutnya, empat hari sebelum perkahwinan, untuk memberi Charles dan beberapa orang kenamaan yang dijemput masa untuk menghadiri pengebumian Paus Ioannes Paulus II.

Hanya Charles, ahli keluarga diraja, berkahwin dalam upacara sivil dan bukannya sebuah gereja di England.

Bonda dan ayahanda Charles tidak menghadiri majlis perkahwinan itu. Keengganan Ratu untuk hadir mungkin disebabkan peranannya sebagai Gabenor Tertinggi Mazhab Gereja England. Walaupun begitu, mereka hadir untuk upacara pemberkatan, dan mereka kemudiannya mengadakan jamuan di Istana Windsor untuk pengantin baru itu.

Persemayaman rasmiSunting

Kediaman rasmi Putera Wales di London adalah Clarence House, rumah yang pernah didiami oleh Ratu Elizabeth, Ibu Ratu. Bangunan dari kurun ke-18 ini telah menjalani pemulihan dan pengubahsuaian supaya ia dapat digunakan oleh Charles, isterinya, dan kakitangan mereka. Kediaman rasmi Charles yang dulu di sebuah pangsapuri di Istana St. James. Beliau juga mempunyai sebuah estet swasta, Highgrove di Gloucestershire dan di Scotland beliau menggunakan estet Birkhall berdekatan Istana Balmoral yang dulunya dimiliki oleh Ratu Elizabeth, Ibu Ratu.

Penginapan rasmi putera-putera Wales yang lampau adalah di Marlborough House tetapi ia tidak digunakan lagi. Marlborough House telah diberikan kepada Sekretariat Komanwel oleh Ratu Elizabeth II untuk kegunaan mereka selepas kematian Queen Mary, balu kepada Raja George V pada 1953, yang juga merupakan penghuni terakhir rumah tersebut.

Gelaran utama yang digunakanSunting

 
Jata peribadi Putera Charles

Sejak kelahirannya hingga ibu beliau menjadi Ratu pada 1952, Charles dikenali sebagai:

  • His Royal Highness Prince Charles of Edinburgh
    Yang Teramat Mulia Putera Charles dari Edinburgh

Sejak penabalan ibunya hingga 1958, beliau dikenali sebagai:

  • His Royal Highness The Duke of Cornwall (di luar Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia Duke Cornwall
  • His Royal Highness The Prince Charles, Duke of Rothesay (dalam Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay

Sejak 1958, beliau dikenali sebagai:

  • His Royal Highness The Prince of Wales (di luar Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia, Putera Wales
  • His Royal Highness The Prince Charles, Duke of Rothesay (dalam Scotland)
    Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay

Sejak 8 September 2022,beliau dimasyhurkan sebagai Raja United Kingdom selepas kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II,kini beliau bergelar:

  • His Majesty the King of the United Kingdom and 14 other Commonwealth realms
    Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel

Gelaran penuhnya (jarang digunakan):

His Royal Highness The Prince Charles Philip Arthur George, Prince of Wales, Duke of Cornwall and Earl of Chester, Duke of Rothesay, Earl of Carrick, Baron of Renfrew, Lord of the Isles, Prince and Great Steward of Scotland, Knight Companion of the Most Noble Order of the Garter, Knight of the Most Ancient and Most Noble Order of the Thistle, Great Master and First and Principal Knight Grand Cross of the Most Honourable Order of the Bath, Member of the Order of Merit, Knight of the Order of Australia, Companion of the Queen's Service Order, Member of Her Majesty's Most Honourable Privy Council, Aide-de-Camp to Her Majesty.

Dengan kemangkatan Elizabeth II, andainya Putera Charles mahu menyimpan namanya, beliau akan dikenali sebagai Raja Charles III apabila menaiki takhta. Namun, Putera Charles mengatakan bahawa beliau tidak begitu suka dengan nama "Charles" kerana kaitannya dengan kejadian-kejadian buruk dalam sejarah diraja Britain. Contohnya, peristiwa Charles I yang telah dipancung akibat Perang Saudara Inggeris pada permulaan pentadbiran Britain yang singkat sebagai sebuah republik oleh Oliver Cromwell. Anak Charles I, Charles II dibuang negeri selama 18 tahun dan pulang ke England pada 1660 dan mendapat gelaran "Raja yang Ria" disebabkan ramai perempuan-perempuan simpanannya. Nama "Charles" juga sering dikaitkan dengan Bonnie Putera Charlie, seorang bangsawan dari Scotland yang ingin mengambil takhta Inggeris dan memerintah sebagai Charles III. Langkah Putera Charles untuk tidak menggunakan namanya apabila ditabal kelak bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku. Contohnya, tiga daripada enam raja Britain pada masa lampau telah memilih nama yang lain daripada nama lahir mereka. Dilaporkan bahawa nama yang mungkin dipilih oleh Charles kelak adalah "George VII" bagi memperingati mendiang datuknya.[14]

AnakandaSunting

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakanda
Tarikh Pasangan
William, Putera Wales 21 Jun 1982 29 April 2011 Catherine Middleton Putera George dari Wales
Puteri Charlotte dari Wales
Putera Louis dari Wales
Putera Harry, Duke Sussex 15 September 1984 19 Mei 2018 Meghan Markle Archie Mountbatten-Windsor
Lilibet Mountbatten-Windsor

KeturunanSunting

CatatanSunting

  1. ^ Para orang tua baptis baginda ialah ayahandanya sendiri, Permaisuri Mary, Puteri Margaret, Puteri Victoria dari Hesse dan Rhine, David Bowes-Lyon, Lady Brabourne, Raja Haakon VII dari Norway dan Putera George I dari Yunani.
  1. ^ Sebagai ahli kerabat diraja yang berhak dipanggil Duli Yang Teramat Mulia, Charles biasanya tidak menggunakan nama keluarga. Namun apabila diperlukan, nama keluarganya ialah Mountbatten-Windsor.[1]
  2. ^ a b Tambahan kepada perkhidmatan aktif yang tersenarai di bawah, Charles memegang pangkat dan pelantikan kehormat dalam angkatan bersenjata Australia, Kanada, New Zealand dan Papua New Guinea serta United Kingdom.

RujukanSunting

  1. ^ "The Royal Family name". Official website of the British monarchy. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2009. Dicapai pada 3 February 2009.
  2. ^ "Profession reacts to Prince Charles' 10 design principles". architectsjournal.co.uk. 22 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2018. Dicapai pada 3 December 2018.; Forgey, Benjamin (22 February 1990). "Prince Charles, Architecture's Royal pain". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2020. Dicapai pada 3 December 2018.; "How the Poundbury project became a model for innovation". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2020. Dicapai pada 12 July 2018.
  3. ^ Rourke, Matt (28 January 2007). "Prince Charles to receive environmental award in NYC". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2013. Dicapai pada 19 April 2013.; Alderson, Andrew (14 March 2009). "Prince Charles given 'friend of the forest' award". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2013. Dicapai pada 11 May 2013.; Lange, Stefan (29 April 2009). "Prince Charles collects award in Germany". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2013. Dicapai pada 11 May 2013.; "2012 Lifetime Achievement Award Winner – HRH The Prince of Wales". greenawards.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2013. Dicapai pada 7 August 2013.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Spangenburg tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Carrington tidak disediakan
  6. ^ Weissmann, Gerald (September 2006). "Homeopathy: Holmes, Hogwarts, and the Prince of Wales". The FASEB Journal. 20 (11): 1755–1758. doi:10.1096/fj.06-0901ufm. PMID 16940145. S2CID 9305843.
  7. ^ Brady, Brian (21 July 2013). "He's at it again: Prince Charles accused of lobbying Health Secretary over homeopathy". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada 28 November 2015.
  8. ^ "Prince Charles and Alternative Medicine | Science-Based Medicine". sciencebasedmedicine.org (dalam bahasa Inggeris). 15 February 2022. Dicapai pada 10 September 2022.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan guardian-coffee-cancer tidak disediakan
  10. ^ Ruby Mellen; Kenneth Dickerman (9 September 2022). "Who is Britain's new king? A visual biography of Charles III" [Siapa raja baharu Britain? Biografi visual Charles III] (dalam bahasa Inggeris). The Washington Post. Dicapai pada 4 Oktober 2022.
  11. ^ Tracey Furniss (21 Mac 2021). "Did you know Prince Philip is related to royals in Greece, Denmark and Russia?" [Tahukah anda Putera Philip mempunyai kaitan dengan kerabat diraja di Greece, Denmark dan Rusia?] (dalam bahasa Inggeris). South China Morning Post. Dicapai pada 4 Oktober 2022.
  12. ^ Perry Carpenter (6 March 2020). "Is Queen Elizabeth still the Duchess of Edinburgh" (dalam bahasa Inggeris). Cheat Sheet. Dicapai pada 5 Oktober 2022.
  13. ^ Heather Finn (21 September 2022). "Inside Queen Elizabeth II's Remarkably Close Relationship With Her Father, King George VI" [Di dalam Hubungan Luar Biasa Ratu Elizabeth II Dengan Ayahandanya, Raja George VI] (dalam bahasa Inggeris). Good Housekeeping. Dicapai pada 5 Oktober 2022.
  14. ^ Pierce, Andrew (24 Disember 2005). "Call me George, suggests Charles". Times Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2008.
  15. ^ Paget, Gerald (1977). The Lineage and Ancestry of H.R.H. Prince Charles, Prince of Wales (2 vols). Edinburgh: Charles Skilton. ISBN 978-0-284-40016-1.

Petikan teksSunting

  • (Inggeris) Dimbleby, Jonathan. The Prince of Wales: A Biography. ISBN 0-316-91016-3
  • (Inggeris) Paget, Gerald. The Lineage and Ancestry of H.R.H. Prince Charles, Prince of Wales. 2v. Edinburgh: Charles Skilton, 1977.
  • (Inggeris) Pierce, Andrew & Gibb, Frances (Feb. 14, 2005). "Camilla might still become Queen". The Times.

Pautan luarSunting