Charles Pic (lahir 15 Februari 1990) di Montélimar, Perancis) ialah seorang pemandu kereta lumba Formula Satu profesional. Pic kini memandu untuk Caterham F1, setelah membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu bersama Marussia F1 pada tahun 2012.

Charles Pic
Pic di acara Race of Stars pada tahun 2013
Lahir (1990-02-15) 15 Februari 1990 (umur 34)
Montélimar, Drôme, Perancis
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanPerancis Perancis
Entri32
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2012
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2023
Kedudukan 2012Ke-21 (0 mata)

Kerjaya sunting

Sukan kart sunting

Pic amat berjaya dalam perlumbaan kart. Beliau memenangi beberapa kejuaraan dan perlumbaan yang kecil dan hampir memenangi kejuaraan European Championship ICA Junior.

Formula Renault sunting

Pic berlumba dalam kejuaraan Formula Renault Campus di Perancis pada tahun 2006, di mana beliau mendapat tempat ketiga. Pic juga berlumba dalam Championnat de France Formula Renault 2.0 dan Eurocup Formula Renault 2.0 pada tahun 2007, di mana Pic menamatkan musim di tempat keempat dalam siri Perancis dan ketiga dalam kejuaraan Eurocup.

Formula Renault 3.5 Series sunting

 
Pic di Silverstone ketika bertanding dalam kejuaraan Formula Renault 3.5 Series musim 2008.

Bagi tahun 2008, Pic menyertai Tech 1 Racing untuk bertanding dalam kejuaraan Formula Renault 3.5 Series.[1] Beliau menjadi rakan sepasukan Julien Jousse dan mendapat tempat keenam dalam kejuaraan ini selepas memenangi perlumbaan di Circuit de Monaco - selepas bermula dari petak pertama dan mendapat pusingan terptnas - dan di Le Mans. Beliau kekal dengan Tech 1 untuk musim berikutnya dan memenangi dua kali lagi, di Silverstone dan Nürburgring, yang membantu beliau untuk mendapat tempat ketiga dalam kedudukan akhir. Pada tahun 2009, beliau juga merupakan seorang ahli Pemandu Pembangunan Renault.[2]

Formula Satu sunting

Pada bulan November 2011, Pic membuat penampilan sulungnya dalam kereta Formula Satu dengan memandu untuk Marussia Virgin Racing dalam acara Ujian Pemandu Muda yang diadakan di Litar Yas Marina di Abu Dhabi.[3] Beliau dijadualkan untuk memandu untuk satu hari dan separuh daripada ujian penuh, tetapi pasukan Virgin memutuskan untuk memberi beliau setengah hari lagi selepas beliau menghadapi masalah enjin pada hari kedua ujian tersebut.[4]

Semasa ujian, beberapa sumber berita melaporkan bahawa Pic telah menandatangani perjanjian untuk berlumba dengan pasukan tersebut bagi musim 2012.[5]

Marussia (2012) sunting

 
Pic memandu untuk Marussia di Grand Prix Malaysia 2012.
 
Pic di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Selepas tamatnya Grand Prix Brazil 2011, ia telah disahkan bahawa Pic akan menjadi rakan sepasukan Timo Glock untuk pasukan Marussia bagi musim 2012. Ia juga disahkan bahawa Pic akan dibimbing oleh bekas pemandu Formula Satu, Olivier Panis. Ia telah dilaporkan di Grand Prix Hungary bahawa terdapat persengketaan antara Pic dan Glock selepas Pic menghalang Glock semasa pusingan kelayakan. Pic menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-20. Di Grand Prix Belgium, Pic menetapkan masa pusingan terpantas pada sesi latihan bebas kedua. Beliau menamatkan musim di tempat ke-21 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia.

Caterham (2013) sunting

 
Pic memandu untuk Caterham di Grand Prix Malaysia 2012

Pada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa Pic telah menandatangani kontrak untuk berlumba bersama Caterham F1 pada musim 2013.[6] Rakan sepasukannya ialah bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2 Series, Giedo van der Garde. Pic juga menjadi duta untuk Renault Sport F1. Di Australia, Pic mendapat tempat terakhir pada pusingan kelayakan dan gagal mencatat masa pusingan di bawah masa 107%. Namun begitu, beliau dibenarkan memulakan perlumbaan dan akhir menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Pic mendapat tempat ke-14 di Grand Prix Malaysia, dan ia merupakan keputusan terbaiknya pada musim ini.

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2006 Formula Renault Campus France La Filière 13 1 2 ? 8 162 Ke-3
2007 Eurocup Formula Renault 2.0 SG Formula 14 1 2 1 6 88 Ke-3
French Formula Renault 2.0 13 0 1 0 4 69 Ke-4
2008 Formula Renault 3.5 Series Tech 1 Racing 17 2 1 2 4 69 Ke-6
2009 Formula Renault 3.5 Series Tech 1 Racing 16 2 2 3 3 94 Ke-3
2009–10 GP2 Asia Series Arden International 8 1 1 0 2 18 Ke-5
2010 GP2 Series Arden International 20 1 1 0 2 28 Ke-10
2011 GP2 Asia Series Barwa Addax Team 4 0 0 0 0 0 Ke-18
GP2 Series 18 2 3 0 5 52 Ke-4
2012 Formula Satu Marussia F1 Team 20 0 0 0 0 0 Ke-21
2013 Formula Satu Caterham F1 Team 12 0 0 0 0 0* Ke-20*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap GP2 Series sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DC Mata
2010 Arden International ESP
FEA

1
ESP
SPR

7
MON
FEA

11
MON
SPR

7
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

DNS
VAL
FEA

6
VAL
SPR

5
GBR
FEA

10
GBR
SPR

8
GER
FEA

3
GER
SPR

17
HUN
FEA

11
HUN
SPR

9
BEL
FEA

4
BEL
SPR

Ret
ITA
FEA

11
ITA
SPR

8
ABU
FEA

20
ABU
SPR

11
Ke-10 28
2011 Barwa Addax Team TUR
FEA

7
TUR
SPR

4
ESP
FEA

1
ESP
SPR

19
MON
FEA

8
MON
SPR

1
VAL
FEA

Ret
VAL
SPR

Ret
GBR
FEA

11
GBR
SPR

10
GER
FEA

2
GER
SPR

DSQ
HUN
FEA

2
HUN
SPR

13
BEL
FEA

Ret
BEL
SPR

19
ITA
FEA

2
ITA
SPR

Ret
Ke-4 52

Keputusan lengkap GP2 Asia Series sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 DC Mata
2009–10 Arden International ABU1
FEA

Ret
ABU1
SPR

15
ABU2
FEA

10
ABU2
SPR

8
BHR1
FEA

5
BHR1
SPR

1
BHR2
FEA

3
BHR2
SPR

19
Ke-5 18
2011 Barwa Addax Team ABU
FEA

9
ABU
SPR

21
ITA
FEA

21
ITA
SPR

11
Ke-18 0

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2012 Marussia F1 Team Marussia MR01 Cosworth CA2012 V8 AUS
15
MAL
20
CHN
20
BHR
Ret
ESP
Ret
MON
Ret
CAN
20
EUR
15
GBR
19
GER
20
HUN
20
BEL
16
ITA
16
SIN
16
JPN
Ret
KOR
19
IND
19
ABU
Ret
USA
20
BRA
12
Ke-21 0
2013 Caterham F1 Team Caterham CT03 Renault RS27-2013 V8 AUS
16
MAL
14
CHN
16
BHR
17
ESP
17
MON
Ret
CAN
18
GBR
15
GER
17
HUN
15
BEL
Ret
ITA
17
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-20* 0*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan sunting

  1. ^ English, Steven (2008-02-06). "Tech 1 aiming to retain crown". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 2008-03-06.
  2. ^ "The Renault Driver development Programme announces its 2009 class". f1technical.net. f1technical. 19 Januari 2009. Dicapai pada 26 Ogos 2013.
  3. ^ Elizalde, Pablo (11 November 2011). "Charles Pic menyertai Virgin bagi ujian di Abu Dhabi". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 22 November 2011.
  4. ^ "Hari kedua Yas Marina – Vergne masih di atas untuk Red Bull". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 16 November 2011. Dicapai pada 22 November 2011.. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Noble, Jonathan (15 November 2011). "Charles Pic akan berlumba untuk Virgin pada tahun". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 22 November 2011.
  6. ^ Beer, Matt (23 November 2011). "Caterham menandatangani pemandu Marussia, Charles Pic, untuk Formula Satu musim 2013". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 23 November 2011.

Pautan luar sunting