CDG Express merupakan sebuah laluan kereta api yang dirancang antara Gare de l'Est di Paris dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris untuk mengurangkan kesesakan dalam laluan RER B. Laluan ini dijangka akan dibuka pada awal 2027.[1] Laluan ini berpanjang 32 kilometer dan jumlah masa perjalanannya adalah kurang daripada 20 minit. Setiap tiket pula akan berharga €24.[2]

CDG Express
Umum
TerminalGare de l'Est
Lapangan Terbang Charles de Gaulle
Laman sesawangwww.cdgexpress.com
Operasi
Dirancang dibukaAwal 2027
PengendaliKeolis
Kumpulan RATP
Stok kereta apiAlstom Coradia Liner
Teknikal
Panjang aliran32 km (20 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai

Sejarah sunting

Pada Junn 2000, SNCF, Réseau Ferré de France dan Aéroports de Paris menubuhkan CDG-Express, sebuah groupement d'intérêt économique, untuk membangunkan sebuah laluan kereta api berkelajuan tinggi dari Paris ke Charles de Gaulle Airport. Tarikh pembukaan yang dicadangkan adalah pada 2006.[3]

Pada Julai 2008, sebuah konsortium yang terdiri daripada Vinci, Caisse des dépôts et consignations, Axa dan Keolis telah ditubuhkan untuk membiayai, membina dan mengurus laluan tersebut yang dijadualkan untuk mula beroperasi pada 2013.[4] Namun projek tersebut kemudiannya telah ditangguhkan. Projek ini akan dilancarkan semula pada Januari 2014.[5]

Laluan ini akan dibina dan dioperasi oleh sebuah 50:50 usahasama antara SNCF dan Paris Aéroport.[6] Hello Paris, sebuah usahasama antara Keolis dan Kumpulan RATP, akan mengoperasi laluan tersebut selama 15 tahun mulai Januari 2024 dengan a kumpulan kereta api Alstom Coradia.[7]

Pada 29 Mei 2019, Menteri Pengangkutan Perancis Élisabeth Borne mengumumkan bahawa tarikh pembukaan CDG Express akan ditangguhkan sehingga akhir tahun 2025,[1] selepas Sukan Olimpik Musim Panas 2024, untuk berfokus kepada kerja infrastruktur yang lain di kawasan subbandar utara Paris.[8][9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Allix, Grégoire (2019-05-29). "La future ligne de train CDG Express ne sera finalement pas en service pour les JO de 2024" [Laluan kereta api CDG Express yang dirancang akhirnya tidak aka mula beroperasi ketika Sukan Olimpik 2024]. Le Monde (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2020-10-12.
  2. ^ "Transport: full steam ahead for the CDG Express project". gouverment.fr. Dicapai pada 17 April 2019.
  3. ^ Roissy - CDG link deal Railway Gazette International Julai 2000
  4. ^ Preferred bidder selected for CDG Express concession Railway Gazette International 2 Julai 2008
  5. ^ Charles-de-Gaulle Airport rail link project relaunched Railway Gazette International 24 Januari 2014
  6. ^ Charles-de-Gaulle Airport rail linking funding model approved Railway Gazette International 26 Jun 2017
  7. ^ Operator selected for CDG Express airport rail link Railway Gazette International 20 November 2018
  8. ^ Vigoureux, Thierry (2019-05-30). "Le CDG Express sur une voie de garage" [CDG Express di sisi]. Le Point (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2019-05-30.
  9. ^ "Le CDG Express reporté à «fin 2025», annonce la ministre des Transports" [CDG Express ditangguhkan sehingga "akhir tahun 2025", umum Menteri Pengangkutan]. Le Figaro (dalam bahasa Perancis). Agence France-Presse. 2019-05-29. Dicapai pada 2019-05-30.

Pautan luar sunting