Charok Pasu (Jawi: چاروق ڤاسو), atau juga dikenali sebagai Caruk Pasu merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[1] Charok Pasu mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Pasu dan tamat di pertemuan Sungai Agon.[2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Charok Pasu
Caruk Pasu
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Nguan
 • lokasiutara Kampung Pumok
 • ketinggian228 meter (748.0 ka)
MuaraSungai Agon 
 • lokasi
barat laut Kampung Pumok
 • koordinat
6°23′53″N 100°39′22″E / 6.398°N 100.656°E / 6.398; 100.656Koordinat: 6°23′53″N 100°39′22″E / 6.398°N 100.656°E / 6.398; 100.656
 • ketinggian
148 meter (485.6 ka)
PanjangTidak diketahui
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai AgonSungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Sistem sungaiLembangan Sungai Kedah
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sejarah sunting

Tinjauan awal mengenai kewujudan Charok Pasu telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey). Nama Charok Pasu turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945, berskala 1:63,360, di rujukan grid RG3890 (dengan nama Charok Pasu).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Charok Pasu pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°25′N 100°39′E / 6.417°N 100.650°E / 6.417; 100.650.[1]

Ciri-ciri fizikal sunting

Sungai Charok Pasu berpunca di Bukit Nguan, dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 228 meter (748.0 ka). Sumber sungai Charok Pasu terletak hanya di utara kawasan perkampungan Kampung Pumok di Mukim Batang Tunggang Kiri, dan terletak berdekatan dengan sumber saliran lain seperti Charok Chong Hom. Charok Pasu akan membuat pergerakan dengan ke arah barat daya, di samping menelusuri kawasan perhutanan kelas Hutan Dipterokarpa Pamah. Charok Pasu akan tamat di pertemuan antara Sungai Agon, di barat laut Kampung Pumok, di ketinggian dari aras laut iaitu 148 meter (485.6 ka).[3][4]

Ciri-ciri lembangan sunting

Charok Pasu merupakan salah satu sungai dalam sistem Lembangan Sungai Kedah dalam sub-lembangan Sungai Padang Sanai.[2] Menurut peta FMS Survey, terdapat tiga sungai tanpa nama bermuara di Charok Pasu. Kesemua anak sungai Charok Pasu adalah berpunca daripada Bukit Nguan.[3][4]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar lembah Charok Pasu perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[5][6] Kawasan lembah Charok Pasu dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur aduk kegunaannya merangkumi industri pertanian, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[7][8] Dalam peta 1945, lokasi muara Charok Pasu terletak berhampiran dengan kawasan penanaman buah-buahan yang tidak berpagar yang ditanam oleh penduduk asal Kampung Pumok.[3][4]

Klimatologi sunting

Iklim di sekitar kawasan lembah Charok Pasu ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di lembah sungai Charok Pasu pada tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[9][10] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,434 milimeter (95.8 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[9][10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Charok Pasu, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 29 Mac 2023. Dicapai pada 29 Mac 2023.
  3. ^ a b c d Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  4. ^ a b c d Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  5. ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  6. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
  7. ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi] (dalam bahasa Inggeris). NASA/MODIS. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  8. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampong Seraya, Kedah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  10. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.