Charok Pumuk (Jawi: چاروق ڤوموق), atau juga dikenali sebagai Charok Pumu dan Caruk Pumuk merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2] Charok Pumuk mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Koh Mai dan tamat di pertemuan Sungai Agon.[1][3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Charok Pumuk
Caruk Pumuk, Charok Pumu
Charok Pumuk is located in Bumi
Charok Pumuk
Charok Pumuk (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimBatang Tunggang Kiri
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Koh Mai
 • koordinat6°25′44″N 100°39′00″E / 6.429°N 100.65°E / 6.429; 100.65[1]
 • ketinggian554 meter (1,817.6 ka)
MuaraSungai Agon 
 • lokasi
utara Kampung Pumok
 • koordinat
6°24′22″N 100°38′28″E / 6.4061°N 100.641°E / 6.4061; 100.641Koordinat: 6°24′22″N 100°38′28″E / 6.4061°N 100.641°E / 6.4061; 100.641[1]
 • ketinggian
74 meter (242.8 ka)
Panjang3.7 kilometer (2.3 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Agon → Sungai Padang SanaiSungai Padang TerapSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Sistem sungaiLembangan Sungai Kedah
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kananCharok Koksan

Sejarah sunting

Tinjauan awal mengenai kewujudan Charok Pumuk telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey). Nama Charok Pumuk turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945, berskala 1:63,360, di rujukan grid RG3692 (dengan nama C. Pumuk).[4][5] Kedudukan koordinat mengenai Charok Pumuk pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°25′N 100°39′E / 6.417°N 100.650°E / 6.417; 100.650.[2]

Ciri-ciri fizikal sunting

Sungai Charok Pumuk berpunca di Bukit Koh Mai (Bahasa Thai: เขาไหม้ใหญ่; RTGSKhao Mai Yai), dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 554 meter (1,817.6 ka). Sumber sungai Charok Pumuk terletak di barat kawasan perkampungan Kampung Seraya di Mukim Batang Tunggang Kiri, dan terletak berdekatan dengan sumber saliran lain seperti Charok Koksan.[4][5] Charok Pumuk akan bergerak ke penamat nya dengan pergerakan ke arah selatan, dengan menelusuri kawasan perhutanan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai. Charok Pumuk diteruskan hingga di penamatnya, di pertemuan antara Sungai Agon (atau Sungai Agong) di ketinggian dari aras laut iaitu 74 meter (242.8 ka) di dusun buah-buahan yang ditanam oleh penduduk Kampung Pumok.[4][5]

Ciri-ciri lembangan sunting

Charok Pumuk merupakan salah satu sungai dalam sistem Lembangan Sungai Kedah dalam sub-lembangan Sungai Padang Sanai.[1][3] Menurut peta FMS Survey, terdapat enam sungai tanpa nama bermuara di Charok Pumuk,[4][5] manakala Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia menyatakan bahawa, ada 11 batang sungai tanpa nama bermuara di saliran ini.[1] Kesemua anak sungai Charok Batu Letak ialah berpunca daripada Bukit Koh Mai.

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar lembah Charok Pumuk perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[6][7] Kawasan lembah Charok Pumuk dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[8][9] Dalam peta 1945, lokasi muara Charok Pumuk telah dijadikan sebagai kawasan penanaman buah-buahan yang tidak berpagar oleh penduduk asal Kampung Pumok.[4][5]

Klimatologi sunting

Iklim di sekitar kawasan lembah Charok Pumuk ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di lembah sungai Charok Pumuk pada tahun 2000 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F) dan bulan paling sejuk ialah Januari dengan suhu 26.4 °C (79.5 °F).[10][11] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,152 milimeter (84.7 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 314.1 milimeter (12.4 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Julai dengan 101.0 milimeter (4.0 in).[10][11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b "Charok Pumu, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  4. ^ a b c d e Survey Department, Federated Malay States (1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11. Malaysia.
  5. ^ a b c d e Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1949) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11. Malaysia.
  6. ^ "NASA Earth Observations: Population Density" [Pemerhatian Bumi NASA: Kepadatan Penduduk]. NASA/SEDAC (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  7. ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
  8. ^ "NASA Earth Observations: Land Cover Classification" [Pemerhatian Bumi NASA: Klasifikasi Penutup Bumi] (dalam bahasa Inggeris). NASA/MODIS. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  9. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kelian Pintu Wang, Kedah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  11. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.