Chase: Cold Case Investigations - Distant Memories

permainan video terbitan tahun 2016

Chase: Cold Case Investigations - Distant Memories (Bahasa Jepun: -CHASE- 未解決事件捜査課 ~遠い記憶~, Romaji: -Chasu- mi kaiketsu jiken sōsa ka ~ tōi kioku ~) adalah permainan video pengembaraan novel visual yang dibangunkan oleh Arc System Works untuk Nintendo 3DS. Ia dikeluarkan di Jepun pada 11 Mei 2016 dan di Amerika Utara serta Eropah pada 13 Oktober 2016. Permainan video ini diterbitkan oleh Aksys Games.

Chase: Cold Case Investigations - Distant Memories
PembangunArc System Works
Penerbit
PengarahTaisuke Kanasaki
PlatformNintendo 3DS
Pelepasan
  • JP: 11 Mei 2016
  • NA: 13 Oktober 2016
  • EU: 13 Oktober 2016
GenreNovel visual, pengembaraan
ModPemain tunggal

Gambaran keseluruhan sunting

Chase didasarkan pada dua detektif, Shounosuke Nanase dan Koto Amekura, yang diberitahu oleh pemanggil tanpa nama bahawa letupan lima tahun sebelumnya, yang sebelumnya disahkan sebagai kemalangan, adalah satu insiden yang disengajakan untuk menyembunyikan suatu pembunuhan, menyebabkan penyiasatan baru terhadap kes tersebut.[1]

Tatamain sunting

Pemain mengambil peranan sebagai detektif Shounosuke Nanase dalam menyoal siasat setiap tertuduh yang dipanggil ke bilik soal siasat. Nanase dibantu oleh pembantu muda Koto Amekura yang memberi analisis dan pendapat bagi setiap petunjuk dan objek yang didapati di tempat kejadian atau dari analisis gambar. Pemain harus memilih antara soalan yang diberikan dan mengelakan kesilapan yang memungkinkan permainan untuk tamat.

Pembangunan dan keluaran sunting

Chase dibangunkan oleh Arc System Works yang terdiri oleh bekas kakitangan dari studio Cing, termasuk pengarah Taisuke Kanasaki. Permainan ini secara naratif dan tematik serupa dengan Hotel Dusk: Room 215 dan Last Window: The Secret of Cape West, permainan detektif yang dikembangkan oleh Cing sebelum penutupannya akibat muflis.[2]

Permainan ini dikeluarkan di Jepun sebagai permainan digital sahaja untuk Nintendo 3DS eShop pada 11 Mei 2016. Aksys Games mengendalikan penyetempatan dan menerbitkan permainan ini untuk Amerika Utara dan Eropah pada 13 Oktober 2016.[1][3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Lada, Jenni (3 Julai 2016). "Chase: Cold Case Investigations Won't Be A Distant Memory In North America". Siliconera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Julai 2016.
  2. ^ Frank, Allegra (11 Mac 2016). "Hotel Dusk team regroups to tell hard-boiled detective story on Nintendo 3DS". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Julai 2016.
  3. ^ McGregor, KYle (3 Julai 2016). "Hotel Dusk successor Chase is coming west on 3DS". Destructoid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Julai 2016.
  4. ^ Lada, Jenni (16 September 2016). "Chase: Cold Case Investigations – Distant Memories Will Be Released On October 13, 2016". Siliconera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 September 2016.

Pautan luar sunting