Dato’ Haji Che Mat Bin Jusoh dilahirkan pada 3 Oktober 1949 . Beliau berasal dari Kampung Raja, Besut. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, kemudian beliau menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Tengku Mahmud dan Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi B.A (Hons) Sejarah.

Beliau mendirikan rumahtangga bersama To’ Puan Hajjah Zainab Binti Ahmad pada tahun 1972 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pegawai Khas Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, pegawai kepada Perdana Menteri dan beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu dari April 2004 sehingga 2009.

Antara jawatan beliau dalam bidang politik ialah Timbalan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Terengganu, Pengerusi Penyelaras Dun Batu Buruk dan Ketua Cawangan Umno Kg Nibong Hilir. Beliau turut dicalonkan untuk PRU 13 iaitu calon untuk Dun Batu Burok.

Dato’ Haji Che Mat Bin pernah menerima Anugerah pingat Tokoh Belia Negeri Terengganu dan Jasa Kecemerlangan MAYC Malaysia di atas jasa beliau yang aktif menggerakkan aktiviti bersama golongan belia. Beliau kini memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).


Che Mat Bin Jusoh
Presiden PBSNT
Butiran peribadi
Lahir (1949-10-03) 3 Oktober 1949 (umur 74)
Terengganu Kampung Raja, Besut, Terengganu
Parti politik Barisan Nasional UMNO
PasanganTo’ Puan Hajjah Zainab Binti Ahmad

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.