Che Puan Besar Khaleeda Bustamam

suri kepada Tunku Mahkota Johor
(Dilencongkan dari Che Puan Khaleeda Bustaman)

Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam (dilahirkan pada (1993-07-16)16 Julai 1993 di Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim .

Che Puan Besar Khaleeda
YANG AMAT MULIA ISTERI TUNKU MAHKOTA JOHOR
Keputeraan(1993-07-16)16 Julai 1993 (Umur 28 tahun, 2 bulan dan 12 hari)
Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganTunku Ismail Idris (k. 2014)
Anakanda
Nama penuh
Che Puan Khaleeda binti Bustamam
AyahandaBustamam bin Daud
BondaAziyah binti Abdul Aziz
AgamaIslam

PendidikanSunting

Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 hingga 2003),Sekolah St. George's Hanover Square,London (2003 hingga 2004),Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 hinnga Julai 2008) dan Sekolah Sri Utama,Kuala Lumpur (2010).

KeluargaSunting

YM Che' Puan Khaleeda merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Bustamam dan Aziyah Berumah tangga di Kuala Lumpur.

PerkahwinanSunting

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YM Che' Puan Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

YM Che’ Puan Khaleeda telah dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015 oleh DYMM Sultan Johor dan pada 23 Mac 2019 Che'Puan Khaleeda dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI) sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.

Pasangan diraja dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016.[1]. Baginda dikurniakan anakanda kedua dan putera sulung diberi nama YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017. Baginda dikurniakan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 16 Julai 2019.

Keluarga dan KerabatSunting

YM Che' Puan Khaleeda berkahwin dengan Tunku Ismail. Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang puteri dan dua orang putera.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia
Tunku Khalsom Aminah Sofiah
(2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 5 tahun, 3 bulan dan 3 hari
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
(2017-10-14)14 Oktober 2017 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 3 tahun, 11 bulan dan 14 hari
Yang Amat Mulia
Tunku Abu Bakar Ibrahim
(2019-07-17)17 Julai 2019 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 2 tahun, 2 bulan dan 11 hari
Yang Amat Mulia
Tunku Zahrah Zarith Aziyah
(2021-04-21)21 April 2021 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 5 bulan 7 hari

Penglibatan dengan masyarakatSunting

Beliau kini merupakan Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton negeri Johor[2]

Penganugerahan Kurniaan Darjah KebesaranSunting

YM Che' Puan Khaleeda telah dianugerahkan,

Nama Penuh Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, DK I., SPMJ

Gelaran dan dihormatiSunting

Gelaran hormat bagi
Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Che' Puan Besar
  • 16 Julai 1993 - 24 Oktober 2014 : Cik Khaleeda binti Bustamam
  • 24 Oktober 2014 - 15 September 2019  : Yang Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
  • 15 September 2019 - 23 Mac 2021  : Yang Amat Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
  • 23 Mac 2021 - kini  : Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam

RujukanSunting

Lihat jugaSunting