Chef Masin Pahit 4 Rasa

Chef Masin Pahit 4 Rasa ialah sebuah telefilem Malaysia yang disiarkan di RTM TV1 pada 13 September 2008. Telefilem terbitan Tenview Sdn Bhd ini dibintangi oleh Rusdi Ramli, Jue Aziz, Zaibo dan Zul Yahya. Chef Masin Pahit 4 Rasa dicalonkan untuk Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009.

Sinopsis sunting

Malik (Rusdi Ramli) yang bertugas sebagai pereka grafik beria-ia hendak menjadi tukang masak, walaupun ditegah ibunya sendiri. Bapa Malik membantu anaknya mengecapi impian itu dengan mengajarnya masak secara senyap-senyap di dapur rumah, tetapi setelah diketahui ibunya, maka Malik pun meninggalkan keluarganya ke sekolah memasak.

Di sekolah memasak, Malik dan rakan-rakan sekelasnya dari Chef Zainal (Zaibo) yang digeruni kerana kepedasannya ketika mengulas hasil masakan para pelajarnya. Pada suatu hari, setelah diuji kemahiran memasak habis-habisan, Malik menyampaikan "masak lemak peria 4 rasa" untuk diuji oleh Chef Zainal. Sejelas mana penjelasan Malik mengenai hasil masakannya, Chef Zainal tetap meluat akan rasa masakan Ramli itu, sehingga mereka berdua bertengkar sehingga Malik dibuang sekolah.

Kemudian, Malik merayu kepada Chef Zainal agar menerimanya kembali agar tidak memalukan keluarga sendiri. Rayuan itu diterima dengan syarat bahawa Malik perlu menyediakan sepuluh masakan dalam masa dua jam.