Cheikhou Kouyaté (lahir 21 Disember 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Senegal yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United.

Cheikhou Kouyaté
Kouyaté bersama Anderlecht pada tahun 2011
Maklumat peribadi
Nama penuh Cheikhou Kouyaté
Tarikh lahir (1989-12-21) 21 Disember 1989 (umur 34)
Tempat lahir Dakar, Senegal
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah / Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor 8
Kerjaya remaja
1996–2006 ASC Yego Dakar
2006–2007 Brussels
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Brussels 10 (0)
2008–2014 Anderlecht 153 (4)
2008–2009Kortrijk (pinjam) 26 (3)
2014– West Ham United 31 (4)
Pasukan kebangsaan
2007 Senegal B20 3 (2)
2012 Olimpik Senegal 4 (0)
2012– Senegal 17 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:34, 26 Mei 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 07:52, 28 Januari 2015 (UTC)

Kouyaté berpindah dari Senegal ke Belgium pada tahun 2006 selepas ditawarkan kontrak belia di Brussels. Selepas menembusi skuad utama, dia hanya membuat sepuluh penampilan sebelum berpindah ke Anderlecht ketika berumur 19 tahun. Pada bulan Jun 2014, dia menyertai West Ham United. Dia mewakili negaranya ketika Sukan Olimpik 2012.

Karier sunting

 
Kouyaté berdoa sebelum perlawanan West Ham, 2014

Awal karier sunting

Kouyaté memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1996 di tempat asalnya bersama ASC Yego Dakar dan telah dicari bakat oleh Brussels pada bulan September 2006. Brussels kemudiannya menandatangani pemain itu pada bulan Januari tahun berikutnya.[2] Dia kemudiannya membuat sepuluh penampilan liga untuk pasukan utama diantara tahun 2007 dan 2008.[3]

Anderlecht sunting

Selepas Kouyaté berumur 19 tahun, dia meninggalkan Brussels selepas kelab itu tidak membayarnya tiga bulan gaji dan berpindah ke Anderlecht dengan perjanjian empat tahun.[4] Dia kemudiannya membuat 143 penampilan liga untuk Anderlecht, menjaringkan empat gol dalam lima musim di kelab itu. Dia memenangi empat kejuaraan liga bersama kelab itu pada musim 2009-10, 2011–12, 2012–13 dan 2013–14. Dia juga memenangi Piala Super Belgium pada musim 2010–11, 2012–13 dan 2013–14.[3][5]

West Ham United sunting

2014–2015 sunting

Pada 18 Jun 2014, Kouyaté menyertai West Ham United dengan kontrak empat tahun.[6] Kouyaté membuat penampilan sulungnya untuk West Ham pada 16 Ogos 2014 ketika kekalahan 1–0 kepada Tottenham Hotspur. Pada 28 Disember, Kouyaté menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham ketika kekalahan 1–2 kepada Arsenal.[7] Gol keduanya musim itu datang pada 8 Februari 2015 ketika seri 1–1 dengan Manchester United. Dia kemudiannya menjaringkan dua lagi gol musim itu ketika seri 2–2 dengan Tottenham Hotspur dan ketika kekalahan 2–1 kepada Leicester City.[8][9] Kouyaté mengakhiri musim itu dengan bermain 31 daripada 38 perlawanan liga.[10]

Karier antarabangsa sunting

Kouyaté dipanggil ketika berumur 18 tahun ke pasukan Senegal B-20 pada tahun yang sama dia membuat penampilan sulung untuk Brussels. Dia menjaringkan dua gol daripada tiga perlawanan untuk pasukan itu pada tahun 2007.

Pada bulan Februari 2012, Kouyaté dipanggil ke pasukan utama Senegal. Pada tahun yang sama, dia disenaraikan dalam pasukan Olimpik Senegal. Pada bulan Januari 2015, dia disenaraikan dalam skuad Senegal untuk Piala Negara-Negara Afrika 2015 di Equatorial Guinea.[11]

Statistik karier sunting

Sehingga 20 Jun 2015[12][13]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Brussels 2007–08 Divisyen Pertama Belgium 10 0 0 0 10 0
Jumlah 10 0 0 0 10 0
Anderlecht 2009–10 Liga Pro Belgium 21 1 3 1 9 0 33 2
2010–11 Liga Pro Belgium 23 1 2 0 8 0 33 1
2011–12 Liga Pro Belgium 38 0 0 0 10 0 48 0
2012–13 Liga Pro Belgium 33 1 4 0 8 0 45 1
2013–14 Liga Pro Belgium 38 1 2 0 7 0 47 1
Jumlah 153 4 11 1 42 0 206 5
Kortrijk (pinjam) 2008–09 Divisyen Pertama Belgium 26 3 0 0 0 0 26 3
Jumlah 26 3 0 0 0 0 26 3
West Ham United 2014–15 Liga Perdana Inggeris 31 4 1 0 0 0 32 4
Jumlah 31 4 1 0 0 0 0 0 32 4
Jumlah karier 220 11 12 1 0 0 42 0 274 12

Rujukan sunting

  1. ^ "Premier League Player Profile Cheikhou Kouyaté". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-19. Dicapai pada 26 January 2015.
  2. ^ FC BRUSSELS Players Diarkibkan 2009-04-30 di Wayback Machine on www.rwdm-brussels.be
  3. ^ a b "CHEIKHOU KOUYATE". www.whufc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-15. Dicapai pada 1 February 2015.
  4. ^ Cheikhou Kouyaté moet van de rechter naar Anderlecht on www.nieuwsblad.be
  5. ^ Biodata Cheikhou Kouyaté di Soccerway
  6. ^ Hammers complete Kouyate transfer Diarkibkan 2014-10-28 di Wayback Machine on www.whufc.com
  7. ^ "West Ham United 1–2 Arsenal". Jamaica Observer. Dicapai pada 29 December 2014.
  8. ^ "Tottenham 2–2 West Ham". BBC Sport. Dicapai pada 31 May 2015.
  9. ^ "Leicester City 2-1 West Ham United". BBC Sport. Dicapai pada 31 May 2015.
  10. ^ "Games played by Cheilhou Kouyate in season 2014–15". www.soccerbase.com. Dicapai pada 31 May 2015.
  11. ^ "Senegal off to the perfect start". www.whufc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-21. Dicapai pada 21 January 2015.
  12. ^ "C. KOUYATÉ". Soccerway. Dicapai pada 20 June 2015.
  13. ^ "Cheikhou Kouyaté". Soccerbase. Dicapai pada 20 June 2015.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Senegal Sukan Olimpik 2012 Templat:Skuad Senegal Piala Negara-Negara Afrika 2015