Chelodina canni (McCord & Thomson 2002),[1] juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Ular Cann, ialah spesies kura-kura yang ditemui di utara dan timur laut Australia. Dahulunya spesies dianggap spesies yang sama dengan Chelodina novaeguineae dari New Guinea, namun kajian terkini (2002), mengesahkan kedua-dua spesies ini adalah berbeza dari segi genetik dan morfologi.

Kura-kura Kepala Ular Cann
Kura-kura Kepala Ular Cann
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
C. (C.) canni
Nama binomial
Chelodina (Chelodina) canni
McCord & Thomson, 2002[1]
Taburan spesies C. canni di Australia.
Sinonim[2]
  • Chelodina rankini Wells and Wellington 1985: 8 (nomen nudum)
  • Chelodina canni McCord and Thomson 2002: 256[1]
  • Chelodina rankini Wells 2007a: 2 (07:86, 10:43) (nomen nudum)

Taksonomi sunting

Order: Testudines Linnaeus, 1758
Suborder: Pleurodira Cope, 1864
Keluarga: Chelidae Ogilby, 1905
Subkeluarga: Chelodininae Baur, 1893: 211[3]

Tip data. - Holotip: NTM 24515; Seekor kura-kura dewasa betina (Panjang karapas= 215.3mm; Lebar karapas = 167.2mm), diawetkan dalam alkohol; dipungut dengan bantuan penduduk asli di Malogie Waterhole, berhampiran Scarlet Hill di Stesen Kalala (16° 08' S, 133° 36' E), Wilayah Utara, Australia.

Etimologi. - Nama spesies diambil daripada John Robert Cann (lahir 1938) dari Sydney, Australia sempena usaha beliau terhadap pemuliharaan kura-kura air tawar Australia.[4]

Sejarah Taksonomi - Dahulunya spesies ini dianggap disjungsi dan sekunder dari populasi Chelodina novaeguineae Boulenger, 1888.[5] Kini, tanggapan ini berubah. Terdapat usaha meletakkannya sebagai spesies Chelodina rankini oleh Wells dan Wellington (1985)[6] namun tindakan ini hanyalah dianggap nomen nudum oleh Iverson et al., 2001,[7] Akhirnya, spesies ini dibincangkan oleh William McCord dan Scott Thomson pada 2002.

Subkeluarga spesies ini dibincangkan semula selepas fosil dari keluarganya dijumpai dan mendapati yang kedua-dua spesies dari Amerika Selatan dan Australia adalah monofiletik, kerana mempunyai hubungan disebabkan kedudukan benua (Georges et al., 1998).[8]

Taburan sunting

Chelodina canni diketahui wujud di Sungai Roper (termasuklah Pulau Maria di Teluk Carpentaria) di Wilayah Utara, ke timurnya melalui saliran Teluk Carpentaria di barat laut Queensland. Di Cape York haiwan ini ditemui di saliran dari Cairns di utara ke bawah hingga Rockhampton di selatan di mana terdapat zon kacukan dengan spesies Chelodina longicollis (Georges et al., 2002[9])

 
Chelodina canni muda

Ciri-ciri sunting

 
Kura-kura dewasa betina Chelodina canni

Kura-kura dewasa boleh dibezakan melalui bentuk karapas yang bulat dan luas, dengan vertebral tengah yang sederhana dalam; sama ada wujud atau tiada jungkir dari karapasnya, populasi timur yang boleh diperhatikan; plastron luas dengan kedutan gelap; skut marginal pertama dan kedua sama atau hampir sama dengan permukaan dorsal; kepala luas dengan serakan warna merah jambu pada kepala, leher, dan kaki; dan bertuberkel. Anak kura-kura yang baru menetas mempunyai warna jingga-kemerahan pada ventral kepala, leher, dan corak plastron hingga ke dorsal skut marginal.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c McCord W, Thomson S. 2002. A new species of Chelodina (Testudines: Pleurodira: Chelidae) from Northern Australia. Journal of Herpetology 36 (2): 255-267.
  2. ^ Turtle Taxonomy Working Group [van Dijk PP, Iverson JB, Rhodin AGJ, Shaffer HB, Bour R]. 2014. Turtles of the world, 7th edition: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution with maps, and conservation status. In: Rhodin AGJ, Pritchard PCH, van Dijk PP, Saumure RA, Buhlmann KA, Iverson JB, Mittermeier RA (Editors). Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs 5(7):000.329–479, doi:10.3854/ crm.5.000.checklist.v7.2014.
  3. ^ Baur G. 1893. Notes on the classification and taxonomy of the Testudinata. Proceedings of the American Philosophical Society 31: 210–225.
  4. ^ Beolens B, Watkins M, Grayson M. 2011. The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Chelodina canni, p. 47).
  5. ^ Boulenger GA. 1888. On the chelydoid chelonians of New Guinea. Annali Museo Civico di Storia Naturale di Genova. (2) 6: 449-452.
  6. ^ Wells R, Wellington R. 1985. A classification of the Amphibia and Reptilia of Australia. Australian Journal of Herpetology, Supplementary Series 1: 1-61.
  7. ^ Iverson J, Thomson S, Georges A. 2001. Validity of the taxonomic changes for turtles proposed by Wells and Wellington. Journal of Herpetology 35: 365-368.
  8. ^ Georges A, Birrell J, Saint K, McCord WP, Donnellan S. 1998. A phylogeny for side-necked turtles (Chelonia: Pleurodira) based on mitochondrial and nuclear gene sequences. Biological Journal of the Linnean Society 67: 213-246.
  9. ^ Georges A, Adams M, McCord W. 2002. Electrophoretic delineation of species boundaries within the genus Chelodina (Testudines: Chelidae) of Australia, New Guinea and Indonesia. Zoological Journal of the Linnean Society 134 (4): 401-422.

Pautan luar sunting