Chelodina (Macrochelodina) expansa, juga dikenali sebagai Kura-kura Sungai Punggung Lebar atau Kura-kura Leher Ular Punggung Lebar,[2] ialah kura-kura air tawar berleher sisi dan salah satu kura-kura leher panjang bersaiz besar.[3] Haiwan ini mempunyai tahap kematangan tertua dan spesies kura-kura air tawar berusia panjang.[4] Kura-kura ini mendiami kawasan yang sama dengan spesies Emydura macquarii dan Chelodina longicollis. C. expansa disenaraikan sebagai ‘terjejas’ di Australia Selatan dan ‘terancam’ di Victoria.[3]

Chelodina expansa
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Macrochelodina
Spesies:
C. (M.) expansa
Nama binomial
Chelodina expansa
(Gray, 1857)
Sinonim [1]
  • Chelodina expansa Gray, 1857
  • Chelodina expansas Goode, 1967 (ex errore)
  • Chelodina oblonga expansa Blackmore, 1969
  • Macrochelodina expansa Wells & Wellington, 1985

Taburan dan habitat sunting

Haiwan ini mendiami sepanjang Sungai Murray-Darling yang terletak di tenggara Australia dan beberapa populasi terasing ditemui di sepanjang kawasan tengah dan perairan Queensland .[2]

C. expansa kebanyakannya ditemui di kawasan berair keruh dengan kedalaman melebihi tiga meter.[3] Kura-kura ini biasanya mendiami kawasan berair kekal [2] seperti sungai, tasik ladam, kolam bekas banjir, tasik mati, dan paya[3] dipenuhi kura-kura.[2] Kura-kura ini juga mendiami kawasan yang tiada gangguan haiwan lain serta dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan. Mereka memilih kawasan yang dipenuhi kayu-kayu reput dan pokok-pokok mati, supaya terhindar daripada pemangsa. Perubahan musim dan peningkatan paras air juga mempengaruhi pemilihan habitat mereka.[3]

Ciri-ciri sunting

Kura-kura ini mempunyai cangkerang yang luas, bujur, dan rata bersaiz sekitar 50 cm.[2] Kura-kura betina memiliki karapas yang lebih panjang berbanding jantan.[3] Kura-kura ini mempunyai warna coklat-hitam pada bahagian atasnya. Manakala bahagian bawah badan pula berwarna krim keputihan. Plastronnya kecil dan sempit. Cangkerangnya dua kali lebih panjang dan luas pada bahagian sisi (penyambung). Kepalanya lebar dan leper dengan matanya bersifat dorsolateral.[2] Panjang lehernya boleh mengatasi saiz karapas.[3]

Perlakuan sunting

Kura-kura ini biasanya aktif apabila tiba musim bunga (Oktober) sehingga musim luruh (April) di Australia. Pergerakannya menjadi perlahan apabila tiba musim sejuk.[3] C. expansa dikatakan punya kelebihan membersihkan dirinya. [5]

Chelodina expansa menghabiskan masanya di dalam air.[4] Apabila paras air mula cetek, mereka berpindah mencari kawasan berair di tempat lain. Kura-kura ini juga menanam dirinya ke dalam lumpur, melalui proses estivasi sehinggalah musim hujan tiba dan air memenuhi tasik semula.[4]

Pembiakan sunting

C. expansa membina sarang ketika musim luruh[2] tiba atau awal musim sejuk semasa suhu tanah jatuh.[6] Mereka juga membina sarang semasa musim bunga. Walaupun kura-kura betina berjalan sejauh satu kilometer untuk bertelur, namun jaraknya dari kawasan berair adalah dalam 100m. Sarang telur yang dibina juga ditimbunkan ke dalam pasir di sepanjang Sungai Murray.[3] Pada musim luruh, suhu sarang jatuh dan kekal rendah sepanjang musim sejuk, kemudian perlahan-lahan meningkat semasa musim bunga dan mencapai suhu maksimum pada musim panas.[7]

Kura-kura betina membina sarang sedalam 20cm dengan kaki belakangnya. Biasanya 5 hingga 28 biji telur dihasilkan. Kura-kura ini juga menunjukkan perlakuan unik dengan memendapkan tanah yang telah dikorek. [8] Mereka akan bertelur sama ada siang ataupun malam berdasarkan hujan. Mereka memilih kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari sepenuhnya untuk membina sarang. Sarang yang dibina berjauhan dengan sungai bagi mengelakkan kebanjiran. Anak kura-kura yang lahir biasanya terdedah dengan bahaya ketika kecil.[8] dan tempoh pengeraman panjang kerana pembentukan embrio dalam telur yang perlahan,[6] iaitu antara 324 dan 360 hari.[3] Pembentukan embrio yang perlahan disebabkan oleh dua fasa diapause.[3][6] Fasa diapause pertama berlaku dalam tubuh induk kura-kura betina, manakala fasa kedua pula berlaku selepas telur dikeluarkan, terutamanya ketika suhu jatuh dan mempengaruhi pertumbuhan kandungan di dalamnya.[3] Anak kura-kura lahir pada musim bunga,[2] Kelahiran yang tidak serentak disebabkan oleh faktor persekitaran. [6] Selepas keluar dari telur, anak kura-kura biasanya kekal di dalam sarangnya, menunggu hujan lebat bagi melembutkan tanah dan memudahkan mereka mengorek sarang keluar ke permukaan.

Diet sunting

Kura-kura ini bersifat maging.[3] Menjadikan katak,[9] krustasia, serangga air, dan ikan kecil sebagai makanan.[3]

Pemangsa sunting

Serigala merah (Vulpes vulpes) dan gagak (Corvus spp.) ialah ancaman utama sarang telur kura-kura ini. 93% sarang yang dibina sering diserang oleh serigala, bermakna masih terdapat risiko, walaupun populasinya tidak terlalu terjejas. Selain itu, pemangsa lain juga merangkumi biawak, ibis, kucing hutan, burung dan khinzir. Walau bagaimanapun, kura-kura ini sangat berhati-hati dengan aktiviti pemangsa. Terdapat juga laporan menyatakan anak kura-kura mati disebabkan dehidrasi, manakala ada yang mati disebabkan kemalangan semasa melintas jalan raya. Di dalam air, mereka juga terdedah dengan pemangsa seperti ikan barramundi. terutamanya populasi dari Queensland.[3]

Ancaman sunting

Kura-kura ini menghadapi ancaman parasit seperti cacing (D. pearsoni dan D. megapharynx). Cacing ini menjadikan bahagian perut dan usus C. expansa sebagai perumah.[10]

Galeri sunting

Gambar dan peta taburan habitat haiwan ini boleh diakses melalui: https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Chelodina_expansa.

Rujukan sunting

  1. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 335–336. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g h Cogger, Harold (2014). Reptiles and amphibians of Australia. CSIRO Publishing.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o Ercolano, Ellyn (2008). "Aquatic and terrestrial habitat use of the Australian freshwater turtle, Chelodina expansa". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b c Loudon, F.K.; Spencer, R.J. (2012). Applying theories of life history and ageing to predict the adaptive response of Murray River turtles to climate change and habitat. Wildlife and Climate Change: Towards robust conservation strategies for Australian fauna.
  5. ^ Legler, J.M. (1978). "Observations on behavior and ecology in an Australian turtle, Chelodina expansa (Testudines: Chelidae)". Canadian Journal of Zoology. 56 (11): 2449–2453. doi:10.1139/z78-330.
  6. ^ a b c d Booth, D (2002). "The breaking of diapause in embryonic broad-shell river turtles (Chelodina expansa)". Journal of Herpetology: 304–307. doi:10.2307/1566007.
  7. ^ Booth, D.T. (1998). "Nest temperature and respiratory gases during natural incubation in the broad-shelled river turtle, Chelodina expansa (Testudinata: Chelidae)". Australian Journal of Zoology: 183–191. doi:10.1071/zo98003.
  8. ^ a b Booth, D.T. (2010). "The natural history of nesting in two Australian freshwater turtles". Australian Zoologist. 35: 198–203. doi:10.7882/AZ.2010.008.
  9. ^ Chessman, B.C. (1983). "Observations on the Diet of the Broad-Shelled Turtle, Chelodina Expansa Gray (Testudines: Chelidae)". Wildlife Research. 10: 169–172. doi:10.1071/WR9830169.
  10. ^ Jue Sue, L; Platt, T.R. (1999). "Description and life-cycle of three new species of Dingularis ng (Digena: Plagiorchiida), parasites of Australian freshwater turtles". Systematic Parasitology: 175–207. doi:10.1023/a:1006163819279.

Pautan luar sunting