Dr. Chen Man Hin (14 November 1924 - 17 Ogos 2022) merupakan ahli politik DAP di Malaysia kelahiran Taiwan. Beliau menang bertanding dalam pilihan raya kecil Rahang 1965 . Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Seremban, negeri Negeri Sembilan. Beliau bertanding atas tiket DAP menentang parti Barisan Nasional. Sejak 1965 , beliau berkecimpong dalam politik DAP memperjuangkan keadilan , demokrasi dan keamanan sebagaimana perjuangan DAP. Pada tahun 1999, Chen Man Hin, Karpal Singh dan Lim Kit Siang tewas di kawasan masing-masing.[1] Ketika itu, DAP melancarkan Projek Langkawi dan membentuk Barisan Alternatif bersama PAS dan Keadilan.


Chen Man Hin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Seremban, Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1983–1990
Digantikan olehYim Chee Chong
Dalam jawatan
1974–1982
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehLee San Choon
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Rahang
Dalam jawatan
1965–1982
Didahului olehHan Hiu Fong
Digantikan olehHu Sepang
Butiran peribadi
Lahir14 November 1924
Republik China
Meninggal dunia17 Ogos 2022(2022-08-17) (umur 97)
Parti politikDAP
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor
Laman web rasmiBlog Chen Man Hin

Latar belakang sunting

Chen Man Hin dilahirkan di China dan belayar ke Tanah Melayu pada usia muda, sebelum Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, beliau menyambung pengajiannya di King Edward VII Medical College di Singapura dan lulus pada tahu 1952. Selepas itu bekerja sebagai pegawai perubatan awam di Singapura dan kemudiannya berhijrah ke Hospital Seremban, Negeri Sembilan sehingga tahun 1956. Selepas itu beliau meninggalkan pekerjaanya sebagai penjawat awam dan terus membuka kliniknya sendiri.

Pengasas dan penasihat DAP sunting

Chen Man Hin menjadi pengasas DAP di Seremban bersama pemimpin lain seperti Lim Kit Siang, Dr. Tan Seng Giaw, peguam Karpal Singh (CEC) dan Hu Sepang. Kemudian, beliau dilantik sebagai Penasihat Seumur Hidup DAP. Ibu pejabat DAP ketika itu terletak di Bangunan Choo Teik, Seremban. Era 1980-an, Negeri Sembilan pernah menjadi kubu kuat DAP.[2] Pemimpin awal DAP ialah Chan Tech Chan, Dr Liew Ji Sheng, peguam Lim Koon Jie, Chan Kok Kit, Wang Rui Ai, Walter Loh (Setapak), Devan Nair (Setiausaha, kemudian Presiden Singapura), peguam Lee Ming Chang dan Goh Hock Guan. Pemimpin lain ialah Lai Teo Kuan, Mahdevan Nair, Ibrahim Singgeh, Richard Ho, Fadzlan Yahya dan Mohamed Nor Jetty sebagai Timbalan Pengerusi DAP. Dr Siva sebagai Bendahari. Manakala Datuk Lee Yuen Fong dan Yip Chee Keong kemudiannya menyertai Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Pilihan raya sunting

Ekoran kematian ADUN Rahang dari Parti Perikatan yang diwakili oleh MCA di Rahang, Negeri Sembilan, Chen Man Hin telah bertanding sebagai calon Bebas dan beliau menang. Pilihan raya kecil Rahang diadakan pada 9 Disember 1965. Beliau menggunakan lambang bunga 'cherry blossom'. Ketika itu DAP dalam proses penubuhan dan berjaya didaftarkan pada 18 Mac 1966. Kemenangan itu membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi kebangsaan DAP. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964, kumpulan parti pembangkang utama tewas berikutan perpecahan Parti Rakyat dan Parti Buruh. Pada ketika itulah parti DAP bangkit. Ahmad Boestamam pemimpin Parti Rakyat masih lagi di dalam penjara pada ketika itu membantah tindakan Parti Buruh yang mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu [3] oleh beberapa pemimpin utama dari Parti Buruh termasuk Pengerusinya, Lim Kean Siew yang mempersoalkan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Seterusnya beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 dan Pilihan raya umum Malaysia 1982. Pilihan raya umum Malaysia 1986, parti pumpinannya menang 24 kerusi dewan Parlimen dan 56 kerusi dewan undangan negeri. Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau tewas di P118 Rasah, Negeri Sembilan kepada Datuk Goh Siow Huat (BN-MCA).[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ UMNO Diseru Tubuh Dana Seperti Projek Langkawi
  2. ^ Misi `hidup atau mati' pembangkang di Negeri Sembilan[pautan mati kekal]
  3. ^ Politik Negeri Sembilan[pautan mati kekal]
  4. ^ "Keputusan Pilihan raya 1999". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-05. Dicapai pada 2012-01-31.