Chepor

terletak di utara bandar Ipoh, negeri Perak, negara Malaysia

Chepor terletak di utara bandar Ipoh, negeri Perak, negara Malaysia. Pada tahun 1980-an kawasan ini merupakan kawasan lombong bijih timah jenis lombong pancur. Beberapa ladang ternakan babi berada di sini berhampiran Sungai Chepor. Kawasan lain yang dibangunkan sejak 1985 iaitu Kampung Ulu Chepor, Kampung Ulu Chepor Tambahan, Taman Mas, Bandar Baru Seri Kelebang, Kampung Dusun Gilap, Kampung Kuala Kuang, Taman Hartawan, Kampung Kanthan, Sungai Kuang dan lain-lain.

Pada 1980-an, kawasan ini ramai setinggan Melayu dan India yang menghuni sekitar kiri dan kanan Sungai Chepor. Mereka mandi manda dan membasuh kain serta bekalan air minuman , padahal ladang ternakan babi terletak berdekatan. Tahun 1985, hanya tinggal 1-2 lombong bijih timah sahaja di sini dan kini telah lama ditutup . Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad yang baru naik ketika itu (1981) telah 'mengarahkan' lombong bijih timah ditutup kerana harganya menjunam di pasaran dunia.

Tarikan sunting

Terdapat hutan rekreasi yang agak menarik untuk penduduk tempatan berkelah iaitu di Ulu Chepor. Ia berdekatan dengan bandar Jelapang di Ipoh. Antara tempat berhampiran ialah Kampung Tawas, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek, Jelapang, Kantan, Chemor dan lain-lain. Kawasan ini semakin membangun dengan adanya Kawasan Perindustrian Tasek dan Kawasan Perindustrian Kanthan.