Cheritera (drama)

Cheritera ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Dato' Jurey Latiff Rosli, dibintangi oleh Jabir Meftah, Shalma Eliana dan Bella Dowanna. Siri ini akan memulakan tayangan di Dramedy, TV9 bermula 11 Disember 2021 menggantikan Budak Intern.

Cheritera
Genre
Ditulis oleh
  • Adza Irdawati Adenan
  • Adza Danina Martias
  • Adza Haiqal Martias
PengarahDato' Jurey Latiff Rosli
Dibintangi oleh
  • Jabir Meftah
  • Shalma Eliana
  • Bella Dowanna
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifAizad Rosli
Penerbit
  • Adha Kasim
  • Saini Kasim
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Threefive Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal11 Disember 2021 – 12 Mac 2022

SinopsisSunting

Pernahkah anda membayangkan kesinambungan kisah Bawang Merah dan Bawang Putih selepas Bawang Putih berkahwin dengan Putera Raja? Adakah Bawang Merah akan berdamai dengan Bawang Putih ataupun terus berdendam walaupun sudah mempunyai anak? Ketahui apakah yang akan berlaku pada mereka di zaman moden ini.

Bawang Putih selamat menikahi Putera Raja iaitu Raja Nazari. Mereka hidup bahagia dengan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Bella yang sudah meningkat dewasa dan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Perwatakan Puteri Bella yang nakal sangat berbeza dengan ibu bapanya. Di kolej, Puteri Bella telah bertemu dengan Luna. Walaupun Luna tidak buat jahat padanya, Puteri Bella amat membencikan Luna.

Semuanya terungkai kerana Luna ialah anak kepada Bawang Merah. Setelah lama menjejaki Bawang Putih, Bawang Merah sengaja mendaftarkan Luna di kolej yang sama dengan Puteri Bella. Hasrat Bawang Merah ialah mahu menghuru-harakan kehidupan Puteri Bella. Namun, ia sukar direalisasikan kerana Luna seorang yang sangat baik hati dan tidak bersetuju dengan ibunya yang masih mahu membalas dendam. Konflik bertambah selepas kemunculan Hang Zaim dari keturunan Hang Tuah yang telah menaruh hati dengan Luna dan pada masa yang sama Puteri Bella pula bersungguh-sungguh memisahkan hubungan mereka berdua.

PelakonSunting

RujukanSunting