Chess.com ialah pelayan catur Internet, laman sesawang berita dan laman web rangkaian sosial.[3] Laman sesawang ini mempunyai model freemium di mana beberapa ciri disediakan secara percuma, dan ciri yang lain khas untuk akaun yang berlanggan. Catur dalam talian secara langsung boleh dimainkan menentang pengguna lain dalam kawalan masa harian, pantas, blitz atau peluru, dengan beberapa varian catur juga disediakan. Enjin catur, analisis komputer, teka-teki catur dan sumber pengajaran juga disediakan.

Chess.com, LLC
Maklumat umum
URLwww.chess.com
Jenis perniagaanPelayan catur Internet, laman web rangkaian sosial
JenisPelayan catur Internet
Tersedia dalamAfrikaans, azərbaycanca, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, bosanski, Català, čeština, Dansk, Deutsch, eesti, English, Español, Français, Galego, Hrvatski, Íslenska, Italiano, Kiswahili, latviešu, lietuvių, Magyar, Nederlands, Norsk, Oʻzbekcha, Pilipino, polski, Português, Português, (BR), Română, shqipe, slovenčina, slovenščina, suomi, Svenska, Tagalog, Tiếng Việt, Türkmençe, Tϋrkçe, Vlaams, Ελληνικά, Белару́ская, Български, Русский, Српски, Українська, ქართული, Հայերեն, עברית, العربية, فارسی, हिन्दी, বাংলা, (baɛṅlā), 한국어, 中文, 中文(中華人民共和國香港特別行政區), 中文(台灣), 日本語
Senarai bahasa
Afrikaans, azərbaycanca, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, bosanski, Català, čeština, Dansk, Deutsch, eesti, English, Español, Français, Galego, Hrvatski, Íslenska, Italiano, Kiswahili, latviešu, lietuvių, Magyar, Nederlands, Norsk, Oʻzbekcha, Pilipino, polski, Português, Português, (BR), Română, shqipe, slovenčina, slovenščina, suomi, Svenska, Tagalog, Tiếng Việt, Türkmençe, Tϋrkçe, Vlaams, Ελληνικά, Белару́ская, Български, Русский, Српски, Українська, ქართული, Հայերեն, עברית, العربية, فارسی, हिन्दी, বাংলা, (baɛṅlā), 한국어, 中文, 中文(中華人民共和國香港特別行政區), 中文(台灣), 日本語
DitubuhkanMei 2007; 16 tahun yang lalu (2007-05)
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikChess.com Edit the value on Wikidata
Pengasas
  • Erik Allebest
  • Jay Severson
Orang penting
  • Erik Allebest (Penubuh bersama & CEO)
  • Jay Severson (Penubuh bersama & Ketua Penasihat Teknikal)
  • Daniel Rensch (Ketua Pegawai Chess)
  • Brenan Klain (Ketua Pegawai Pemasaran)
Kandungan dan sokongan
IndustriInternet
PendaftaranPilihan
Pengguna100 million+
Status terkiniAktif
Ditulis dalamJava,[1] JavaScript, PHP
Perangkaan
Bil. kakitangan400+[2]
Kedudukan Alexa976 (30 November 2017) Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabat
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: chess Twitter: chesscom Instagram: wwwchesscom Youtube: UC5kS0l76kC0xOzMPtOmSFGw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Salah satu platform catur terbesar di dunia,[4] dengan mencecah 100 juta pengguna pada 16 Disember 2022, Chess.com telah menganjurkan kejohanan dalam talian termasuk Titled Tuesdays, PRO Chess League, Kejohanan Catur Laju, PogChamps, Online Chess Olympiads dan acara komputer lawan komputer.

Sejarah sunting

Domain Chess.com pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Aficionado, sebuah syarikat yang berpusat di Berkeley, California, untuk menjual perisian pengajaran catur yang dinamakan "Chess Mentor".[5] Kemudian, pada tahun 2005, usahawan Internet, Erik Allebest dan rakan kongsi, Jarom ("Jay") Severson, yang bertemu semasa sarjana muda di Universiti Brigham Young, membeli nama domain itu dan menubuhkan pasukan pembangun perisian, membangunkan semula laman sesawang itu sebagai portal catur.[6] Laman web ini kemudiannya dilancarkan semula pada tahun 2007[3] dengan kempen dan promosi yang heboh di media sosial.

2 tahun kemudian, Chess.com memperoleh laman web rangkaian sosial catur yang serupa, chesspark.com.[7] Pada Oktober 2013, Chess.com juga memperoleh laman web berita catur yang berpusat di Amsterdam, chessvibes.com. Laman berita ini, yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh wartawan catur Peter Doggers dari Belanda, terus mengulaskan kejohanan catur dalam persekitaran digital.[8][9]

Laman web ini mencapai kejayaan pada tahun 2014, apabila diumumkan bahawa lebih satu bilion permainan langsung telah dimainkan di laman web tersebut, termasuk 100 juta permainan koresponden.[10] Pada Januari 2016, Chess.com mengumumkan pembaikpulihan antara mukanya (dinamakan 'v3'). Laman web tersebut memperkenalkan ciri baharu termasuk analisis komputer terhadap permainan, dan varian catur crazyhouse, catur tiga cek, <i>king of the hill</i>, chess960 dan bughouse.[11] Chess.com mengecapi satu lagi pencapaian pada Jun 2017, kerana permainan ke-2,147,483,647 (= 231-1) telah dimainkan, menyebabkan aplikasi iOS chess.com berhenti berfungsi untuk mereka yang mempunyai peranti Apple 32-bit. Ini berlaku kerana masalah limpahan integer yang mana bilangannya terlalu besar untuk diwakili dalam bilangan bit storan yang digunakan.[12][13][14]

Pada Mei 2018, Chess.com memperolehi enjin catur komersial, Komodo yang dinilai dengan 3300+ Elo, yang berada di kedudukan ke-3 di belakang enjin Stockfish dan Houdini pada masa itu.[15] Sempena itu, pasukan Komodo mengumumkan penambahan kaedah probabilistik pembelajaran mesin carian pokok Monte Carlo, kaedah sama yang digunakan oleh projek catur baru seperti AlphaZero dan Leela Chess Zero.[16]

Pada November 2020, Chess.com memperoleh hak untuk menyiarkan Kejohanan Catur Dunia 2021, yang disiarkan pada platform penstriman langsung, Twitch.[17]

Sebagai respons kepada krisis Rusia-Ukraine pada 2022, Chess.com menerbitkan dua artikel yang mengkritik pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022, dan menggantikan bendera Rusia dengan pautan ke artikel ini. Sejurus itu, Chess.com telah diharamkan dan disekat di Rusia. Laman web itu menyekat Sergey Karjakin, grandmaster Rusia (dahulunya Ukraine), atas sokongannya terhadap pencerobohan itu, dan Karjakin pula menyokong penyekatan Rusia bagi laman web itu.[18][19][20][21]

Pada September 2022, Chess.com terlibat dalam kontroversi mengenai penipuan dalam permainan catur profesional. Sebuah kontroversi tercetus dengan tuduhan oleh grandmaster Magnus Carlsen terhadap Hans Niemann.[22][23] E-mel yang bocor mendedahkan bahawa sesetengah orang menipu dalam permainan pada platform Chess.com dalam permainan yang melibatkan hadiah wang tunai dan Chess.com membuangar beberapa akaun pemain, termasuk grandmaster Maxim Dlugy, yang telah didapati menipu dalam permainan.[24]

Pada November 2022, Kejohanan Global Chess.com telah dirasmikan dengan jumlah hadiah $1,000,000.[25] 8 pemain yang mara dari CGC Knockout bersaing untuk memenangi dana hadiah berjumlah $500,000 dan gelaran Juara Global di peringkat akhir yang berlangsung di Toronto, Kanada . Wesley So meraih gelaran Juara Global Chess.com pertama, menewaskan Nihal Sarin pada peringkat akhir dengan mata perlawanan 4.5-1.5.[26]

Dalam rekod terbarunya, Chess.com diumumkan mempunyai lebih daripada 100,000,000 ahli setakat Disember 2022.[27]

Pada Januari 2023, Chess.com menambah lima bot catur "kucing" baharu, termasuk Mittens.[28] Bot-bot ini kemudiannya dibuang dan digantikan oleh bot AI pada Februari 2023.[29]

Baru-baru ini, disebabkan lonjakan populariti catur, pangkalan data mereka kerap ranap.[30]

Ciri-ciri sunting

Chess.com mengendalikan model perniagaan freemium: ciri-ciri utama adalah percuma tetapi yang lain terhad atau tidak tersedia dalam beberapa aspek kecuali dengan langganan.[31]

Langganan sunting

Chess.com mengendalikan model freemium yang mempunyai tiga tahap langganan berbeza, setiap satu menawarkan lebih banyak penggunaan perkhidmatan yang disediakan. Langganan boleh dibilkan secara bulanan atau tahunan. Tiga langganan tersebut merupakan Gold, Platinum dan Diamond, masing-masing berbeza dari segi harga dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Mainan catur sunting

Kawalan Masa dan Catur Harian sunting

Pengguna boleh bermain dalam kawalan masa berbeza yang terbahagi kepada Rapid, Blitz, Bullet dan Daily (catur koresponden).

Varian sunting

Pengguna boleh bermain beberapa varian catur popular pada pelayan langsung tersebut seperti crazyhouse, three-check, catur empat pemain, King of the Hill, chess960, atomic, Racing Kings, Duck Chess dan bughouse.

Catur Undian sunting

Catur undian boleh dimainkan antara dua pasukan pemain di Chess.com. Pemain-pemain mengundi pilihan langkah seterusnya dan pergerakan undian tertinggi akan dimainkan. Catur undian mengikut kawalan masa harian dan pemain juga dibenarkan melihat undian pemain lain.

Komputer sunting

Chess.com membolehkan pemain bermain menentang komputer. Berserta dengan komputer standard, terdapat juga banyak komputer lain yang mewakili penstrim catur popular dan pemain catur bertaraf dunia. Satu enjin sedemikian merupakan Mittens, yang menjadi popular pada tahun 2023.

Teka-teki sunting

Chess.com mempunyai pangkalan data teka-teki yang dicipta secara manual (tidak seperti teka-teki Lichess yang diambil daripada permainan). Semasa ini, terdapat kira-kira 600,000 teka-teki dalam pangkalan data mereka. Pemain mendapat penilaian berdasarkan prestasi dan kelajuan mereka dalam menyelesaikan teka-teki. Chess.con juga menawarkan mod teka-teki khas lain seperti pecutan teka-teki (Puzzle Rush) dan perlawanan teka-teki (Puzzle Battle). Setiap hari, satu teka-teki dipilih sebagai teka-teki harian yang boleh dimainkan terus dari Laman Utama.

Pecutan teka-teki sunting

Pecutan teka-teki (Puzzle Rush) ialah mod teka-teki khas di mana pemain perlu menyelesaikan seberapa banyak teka-teki yang mereka boleh dalam tempoh masa yang dipilih. Jika pemain salah menyelesaikan 3 teka-teki, pecutan teka-teki mereka tamat.

Perlawanan teka-teki sunting

Perlawanan teka-teki (Puzzle Battle) ialah satu lagi mod khas teka-teki di mana pemain berlawan dengan pemain lain untuk menyelesaikan paling banyak teka-teki dalam masa 3 minit yang diberikan. Jika pemain salah menyelesaikan 3 teka-teki, mereka tidak dapat menyelesaikan sebarang teka-teki lagi. Sesiapa yang menyelesaikan teka-teki yang paling banyak ialah pemenang dan penilaian pemain berubah.

Pelajaran sunting

Chess.com mempunyai ciri unik iaitu pengajaran catur. Pelajaran-pelajaran tersebut mempunyai video yang menerangkan topik dan cabaran seperti teka-teki mengenai topik yang dijelaskan dalam video. Penyumbang boleh mencipta pelajaran tetapi terdapat pelajaran yang dicipta oleh pasukan teras chess.com.

Berita sunting

Chess.com juga mempunyai bahagian berita di mana wartawan melaporkan ulasan kejohanan besar catur di seluruh dunia serta keputusan kejohanan utama chess.com seperti Kejohanan Catur Pantas.

Ciri lebihan termasuk forum catur, artikel-artikel, muat turun, pangkalan data pembukaan catur, pasukan-pasukan, siaran langsung, [32] latihan dalam talian dan pangkalan data permainan yang mengandungi lebih 2 juta permainan.

Syarikat tersebut menerbitkan berbilang artikel mengenai pelbagai topik mengenai catur, termasuk strategi catur, teori pembukaan dan sejarah catur. Penyumbang tetap termasuk Gregory Serper, Bruce Pandolfini, Sam Shankland, Dan Heisman, Jeremy Silman, Simon Williams, Daniel Naroditsky, Natalia Pogonina dan Daniel Rensch.[33]

Chess.com mempunyai polisi terhadap penggunaan enjin catur dalam semua bentuk permainan, kecuali jika "dinyatakan dibenarkan (seperti kejohanan komputer)".[34] Laman web tersebut menggunakan algoritma dan data statistik untuk menangkap pemain yang menggunakan enjin dalam permainan dan menangkap ramai pemain setiap hari,[35] serta menggaji enam orang moderator untuk mengelakkan penipuan.[4]

Anak syarikat sunting

ChessKid.com sunting

Chess.com juga mengendalikan laman web anak syarikat chesskid.com untuk pemain catur dari semua peringkat umur. ChessKid memfokuskan pada persekitaran yang mesra kanak-kanak, bertujuan untuk membimbing meningkatkan penilaian catur, dari pemula hingga pemain kelab. Laman web ini juga mempunyai program penjagaan di mana ibu bapa dan jurulatih berkuasa boleh memerhati kemajuan kanak-kanak dari semasa ke semasa, untuk melihat statistik tentang kemajuan mereka dalam taktik atau berapa banyak video yang mereka tonton supaya penjaga mereka boleh memberi galakan dan petua tentang cara untuk menambah baik.[36] ChessKid tidak ada pengiklanan.

ChessKid.com telah menjalankan kejohanan dalam talian tahunan yang dipanggil CONIC (ChessKid Online National Invitational Championship), sejak 2012 yang diiktiraf oleh Persekutuan Catur Amerika Syarikat.[37][38] Menurut David Petty, penganjur acara tersebut pada 2013,

The online component [of CONIC] makes it unique because, normally, national championships require the players to fly in and stay in the same place. We had to ask special permission for the tournament because it is a rated tournament and there is a much higher chance for cheating.

Terjemahan:

Aspek atas talian CONIC menjadikannya unik kerana, kebiasaannya, kejohanan kebangsaan memerlukan pemain mengambil penerbangan dan kekal di tempat yang sama. Kami perlu meminta kebenaran khas untuk kejohanan ini kerana kejohanan ini merupakan kejohanan yang dinilai dan terdapat peluang yang lebih tinggi untuk menipu.

ChessKid telah menandakan perjanjian dan membuat perkongsian dengan persatuan-persatuan catur untuk menyediakan kelebihan pendidikan catur kepada kanak-kanak di sekolah. Pada tahun 2014, sebagai tempoh percubaan, semua pendaftaran ke ICA (Illinois Chess Association) disertakan langganan ahli emas percuma untuk ChessKid.[36] Chess.com juga mempunyai perkongsian jangka panjang dengan NTCA (North Texas Chess Academy) yang memberikan kanak-kanak peluang untuk belajar dengan pengajar dalam talian. [39]

Play Magnus Group sunting

Pada Ogos 2022, Play Magnus Group menerima tawaran untuk dibeli oleh Chess.com dengan harga 800 juta kr (AS$80 juta). Play Magnus Group memiliki jenama dan perniagaan termasuk pelayan catur chess24, aplikasi mudah alih Play Magnus, Champions Chess Tour dan laman web penambahbaikan tahap catur Chessable. Pada 16 Disember 2022, pengambilalihan telah dilaksanakan secara rasmi.[40][41] Menurut Dot Esports, Play Magnus Group tidak dapat membuat "keuntungan yang lestari" pada apa-apa selain Chessable, dan gabungan itu meninggalkan "tiada pesaing catur lain" kecuali Lichess, yang bebas dan sumber terbuka. [42]

Kejohanan dan acara sunting

Kejohanan Catur Pantas sunting

Chess.com telah menganjurkan Kejohanan Catur Pantas (Speed Chess Championship) secara tahunan sejak 2016, melibatkan kejohanan penyingkiran tunggal yang menampilkan beberapa pemain terbaik dunia. Nakamura telah memenangi lima kejuaraan, manakala Carlsen telah memenangi dua.[43]

Pemenang Tempat kedua Markah akhir Dana Hadiah
2016 [44] Magnus Carlsen Hikaru Nakamura 14.5–10.5 $40,000
2017 [45] Magnus Carlsen Hikaru Nakamura 18–9 $50,000
2018 [46] Hikaru Nakamura Wesley So 15.5–12.5 $55,000
2019 [47] Hikaru Nakamura Wesley So 19.5–14.5 $50,000
2020 [48] Hikaru Nakamura Maxime Vachier-Lagrave 18.5–12.5 $100,000
2021 [49] Hikaru Nakamura Wesley So 23–8 $100,000
2022 [50] Hikaru Nakamura Magnus Carlsen 14.5–13.5 $100,000

Liga Catur Amerika Syarikat sunting

Liga Catur Amerika Syarikat (US Chess League/USCL) merupakan liga catur kebangsaan seluruh negara di Amerika Syarikat antara 2005 dan 2016. Chess.com menganjurkan acara itu pada 2013.[51]

Liga Catur PRO sunting

Liga Catur PRO (Professional Rapid Online (PRO) Chess League) adalah hasil daripada Liga Catur AS menukar nama dan formatnya, dengan kawalan masa yang lebih pantas dan fokus pada fleksibiliti membentuk dan mengurus pasukan.[52] Chess.com telah menganjurkan PCL dua kali bermula pada 2017, mempunyai siri biasa dan siri musim panas.[53]

Pemenang Tempat kedua Markah akhir
2017 [54] St. Louis Arch Bishops Norway Gnomes 9 - 7
2018 [55] Armenia Eagles Chengdu Pandas 12 - 11
2019 [56] St. Louis Arch Bishops Baden-Baden Snowballs 10 - 6
2020 St. Louis Arch Bishops Kanada Chessbrahs/Chengdu Pandas

Titled Tuesdays sunting

Titled Tuesdays merupakan kejohanan catur blitz 3+1 sistem Swiss 11 pusingan yang dianjurkan pada setiap hari Selasa.[57] Peserta grandmaster termasuk Hikaru Nakamura, Maxime Vachier-Lagrave, Alexander Grischuk, Dmitry Andreikin, Wesley So dan Fabiano Caruana.[57] Acara pertama telah diadakan pada 28 Oktober 2014, dengan dana hadiah $500 dan dimenangi oleh Baadur Jobava.[58] Dana hadiah ditingkatkan secara beransur-ansur kepada $5000 setiap minggu.[59] GM Hikaru Nakamura telah memenangi acara terbanyak dengan (setakat September 2022) sejumlah 35 kemenangan kejohanan sejak Oktober 2020, diikuti oleh GM Dmitry Andreikin dan Jeffery Xiong dengan 9 kemenangan.[59] Magnus Carlsen telah memenangi tiga daripada acara di mana dia telah menyertai setakat 2017.[60]

Pada Jun 2018, Chess.com mengadakan versi khas kejohanan tersebut di mana pemenang akan dapat menyertai Isle of Man International yang mempunyai dana hadiah sebanyak £144,000.[61] GM Iran Pouria Darini telah memenangi acara itu.[62]

Death Matches sunting

Death Matches telah diperkenalkan pada Januari 2012. Mereka menampilkan pemain bertajuk mengambil bahagian dalam satu siri permainan blitz dalam tempoh 3 jam tanpa henti (5 minit, 3 minit dan 1 minit, semuanya dengan kenaikan satu saat).[63] Telah diadakan 38 deathmatch, peserta termasuk grandmaster Hikaru Nakamura, Dmitry Andreikin, Maxime Vachier-Lagrave, Lê Quang Liêm, Wesley So, Fabiano Caruana, Judit Polgár dan Nigel Short.[64]

Kejohanan Komputer Catur Chess.com sunting

Pada November 2017, Chess.com mengadakan kejohanan terbuka, yang dipanggil Kejohanan Komputer Catur Chess.com (Chess.com Computer Chess Championship (CCCC, kemudiannya CCC)), dengan sepuluh enjin catur terkuat, dengan hadiah wang $2,500. Dua enjin teratas bersaing dalam kejohanan "Superfinale" antara dua finalis tersebut - Stockfish dan Houdini. Dalam Superfinal 20 pusingan itu, Stockfish menang melawan Houdini dengan skor 10.5-9.5. Lima perlawanan ditentukan, manakala 15 selebihnya berakhir dengan keputusan seri. Daripada permainan yang ditentukan, tiga perlawanan dimenangi oleh Stockfish, dan dua oleh Houdini.[65][66]

Pada Ogos 2018, laman web tersebut mengumumkan bahawa Kejohanan Komputer Catur Chess.com telah dikembalikan, kali ini sebagai kejohanan tanpa henti untuk enjin catur.[67][68]

Acara Utama
Acara Tahun Kawalan Masa Pemenang Tempat kedua Rujukan
Computer Chess Championship 2017 15+2 Stockfish (1) Houdini [66][65]
CCC 1: Rapid Rumble 2018 15+5 Stockfish (2) Houdini [69]
CCC 2: Blitz Battle 2018 5+2 Stockfish (3) Komodo [70]
CCC 3: Rapid Redux 2019 30+5 Stockfish (4) Leela Chess Zero [71]
CCC 4: Bullet Brawl 2019 1+2 Stockfish (5) Leela Chess Zero [72]
CCC 5: Escalation 2019 10+5 Stockfish (6) Leela Chess Zero
CCC 6: Winter Classic 2019 10+10 Stockfish (7) Leela Chess Zero [73]
CCC 7: Blitz Bonanza 2019 5+2 Leela Chess Zero (1) Stockfish [74]
CCC 8: Deep Dive 2019 15+5 Stockfish (8) Leela Chess Zero [75]
CCC 9: The Gauntlet 2019 5+2, 10+5 Stockfish (9) Leelenstein [76]
CCC 10: Double Digits 2019 10+3 Leelenstein (1) Stockfish [77]
CCC 11 2019 30+5 Leela Chess Zero (2) Stockfish [78]
CCC 12: Bullet Madness! 2020 1+1 Leela Chess Zero (3) Leelenstein [79]
CCC 13: Heptagonal 2020 5+5 Leela Chess Zero (4) Stockfish [80]
CCC 14 2020 15+5, 5+2, 1+1 Leela Chess Zero (5) Leelenstein [81]
CCC Blitz 2020 2020 5+5 Stockfish (10) Leela Chess Zero [82]
CCC Rapid 2021 2021 15+3 Stockfish (11) Leela Chess Zero [83]
CCC Blitz 2021 2021 5+5 Stockfish (12) Leela Chess Zero [84]
CCC Chess 960 Blitz 2021 5+5 Stockfish (13) Dragon [85]
CCC 16: Rapid 2021 15+3 Stockfish (14) Leela Chess Zero [86]
CCC 16: Bullet 2021 2+1 Stockfish (15) Dragon [87]
CCC 16: Blitz 2022 5+5 Stockfish (16) Dragon [88]
CCC 17: Rapid 2022 15+3 Stockfish (17) Dragon [89]
CCC 17: Bullet 2022 2+1 Stockfish (18) Dragon [90]
CCC 17: Blitz 2022 5+5 Stockfish (19) Leela Chess Zero [91]
CCC 18: Rapid 2022 15+3 Stockfish (20) Leela Chess Zero [92]
CCC 19: Blitz 2022 5+5 Stockfish (21) Dragon [93]
Tambahan
Acara Tahun Kawalan Masa Pemenang Tempat kedua Rujukan
CPU Blitz Madness 2020 3+2 Stockfish versi lama Stockfish [94]
Trillion-Node Throwdown III 2020 150+5 Stockfish Leela Chess Zero atas CPU [95]
No-Castle II 2020 5+2 Stockfish versi lama Stockfish [96]
Bullet Chess is Fun 2020 2+1 Stockfish Leela Chess Zero [97]
Checkmate in 4 2020 3+2 Stockfish Leela Chess Zero [98]
Odds Ladder 2020 3+2 Stockfish Leela Chess Zero [99]
Merry Queen Sac 2020 2+1 Stockfish Stoofvlees [100]
Budapest Bullet 2020 2+1 Leela Chess Zero Stockfish [101]
King Gambit Madness 2021 5+5 Stockfish Leela Chess Zero [102]
Drawkiller Update Party 2021 2+1 Stockfish Leela Chess Zero [103]
To Castle Or Not To Castle II 2021 3+2 Stockfish Leela Chess Zero [104]
Eco Mega-Match 2 (part 1) 2021 1+1 Stockfish Leela Chess Zero [105]
Eco Mega-Match 2 (part 2) 2021 1+1 Stockfish Leela Chess Zero [106]
Caro-Kann Special 2021 5+2 Stockfish Leela Chess Zero [107]
King's Indian Defense Special 2021 10+2 Leela Chess Zero Stockfish [108]
Dutch Defense Special 2021 10+2 Stockfish Leela Chess Zero [109]
Evans Gambit Madness 2021 10+2 Leela Chess Zero Stockfish [110]
Sicilian Najdorf Special 2021 10+2 Stockfish Dragon [111]
Belgian Stew 2021 2+1 Stockfish Leela Chess Zero [112]
Saragossa 2021 2+1 Leela Chess Zero Stockfish [113]
Double Bongcloud, Rapid 2021 10+2 Leela Chess Zero Stockfish [114]
The Hillbilly Attack 2021 10+2 Leela Chess Zero Dragon [115]
Romantic Openings: Danish Gambit Accepted 2021 3+2 Stockfish Dragon [116]
Romantic Openings: Evans Gambit Accepted 2021 3+2 Stockfish Leela Chess Zero [117]
Romantic Openings: Urusov Gambit Accepted 2021 5+2 Stockfish Dragon [118]
Romantic Openings: Blackmar-Diemer Gambit 2021 5+2 Stockfish Dragon [119]
Romantic Openings: Stafford Gambit 2021 1+2 Leela Chess Zero Stockfish [120]
Romantic Openings: Calabrese Countergambit 2021 5+2 Stockfish Leela Chess Zero [121]
Romantic Openings: Traxler Counterattack 2021 5+2 Leela Chess Zero Stockfish [122]
No Black Castling 2022 5+5 Stockfish Dragon [123]
Draw Killer 2022 15+5 Stockfish Leela Chess Zero [124]
Romantic Openings: Wing Gambit 2022 5+2 Stockfish Leela Chess Zero [125]

PogChamps sunting

Chess.com telah menganjurkan PogChamps, kejohanan amatur dalam talian yang menampilkan penstrim Twitch, sejak 2020. PogChamps pertama menampilkan penstrim yang terkenal termasuk xQcOW, MoistCr1TiKaL, Ludwig Ahgren dan forsen. Peserta baharu yang terkenal daripada PogChamps 2 termasuk itsHafu dan Hafþór Júlíus Björnsson.[126] PogChamps 3, bermula pada Februari 2021, menampilkan rangkaian personaliti dan selebriti Internet yang lebih meluas, dengan pesaing baharu termasuk MrBeast, Neekolul, Myth, Pokimane, pelakon Rainn Wilson dan penyanyi rap Logic.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Chess.com chooses Azul Zing to enhance real-time gaming experience". marketwired.com. April 26, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2018. Dicapai pada September 4, 2018.
  2. ^ "About Chess.com". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 10, 2022. Dicapai pada May 21, 2021.
  3. ^ a b "Chess.com: A Social Networking Site For...Well You Can Probably Guess". TechCrunch. July 8, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2021. Dicapai pada November 30, 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "techcrunch" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b Waldstein, David (March 15, 2020). "Think Cheating in Baseball Is Bad? Try Chess". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada December 22, 2021. Dicapai pada December 22, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "nyt" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ "Chess Mentor by Aficionado". July 10, 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada July 10, 1997. Dicapai pada November 30, 2013.
  6. ^ "How two BYU grads launched the world's most popular chess website". Deseret News (dalam bahasa Inggeris). January 31, 2023. Dicapai pada January 31, 2023.
  7. ^ "Chesspark And Chess.com Put Their Pawns Together". TechCrunch. December 22, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2021. Dicapai pada November 30, 2013.
  8. ^ Peter Doggers (October 3, 2013). "Breaking: Chess.com to acquire". ChessVibes. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada November 30, 2013.
  9. ^ Mike Klein (October 3, 2013). "Chess.com to Acquire ChessVibes". USCF. Diarkibkan daripada yang asal pada January 24, 2020. Dicapai pada September 5, 2018.
  10. ^ Pete Cilento (December 15, 2014). "Chess.com: 1 Billion Games Served". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2015. Dicapai pada January 6, 2015.
  11. ^ "Introducing The New Chess.com (Version 3)". Chess.com. January 21, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2017. Dicapai pada September 4, 2018.
  12. ^ Angelica Cabral (June 15, 2017). "Chess.com App Crashes on Older Apple Devices After People Played One Game Too Many". Slate Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  13. ^ Keith Collins (June 14, 2017). "A popular chess app inadvertently broke the mathematical limits of older Apple devices". QZ. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  14. ^ "Why Chess.com Broke on 32-bit iOS Devices". Drinkingcaffeine.com. June 13, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2021. Dicapai pada September 5, 2018.
  15. ^ "Chess.com Acquires Komodo; Launches New 'Monte Carlo' Version Similar To AlphaZero". Chess.com. May 24, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2022. Dicapai pada September 4, 2018.
  16. ^ "Komodo 12 with AlphaZero techniques". Chessbase. May 28, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 4, 2018.
  17. ^ RS, Prasad (November 18, 2020). "Chess.com acquires broadcast rights for 2021 FIDE World Championship". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 22, 2021. Dicapai pada December 22, 2021.
  18. ^ "Russia blocks chess website over Ukraine". France24. April 24, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada April 25, 2022.
  19. ^ "Роскомнадзор заблокировал самый популярный шахматный сайт chess.com — там заменяли флаг России на статью об Украине". Tjournal. May 2, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada April 25, 2022.
  20. ^ "Сергей Карякин призвал РКН заблокировать шахматный сайт chess.com". Oblgazeta. May 2, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada April 25, 2022.
  21. ^ "On The Invasion Of Ukraine". Chess.com. May 2, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada May 1, 2022.
  22. ^ "Chess: Carlsen expands on 'cheating' suspicions against Niemann | DW | 26.09.2022". Deutsche Welle. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2022. Dicapai pada September 28, 2022.
  23. ^ Chappell, Bill (September 21, 2022). "The cheating scandal roiling the chess world has a new wrinkle". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2022. Dicapai pada September 28, 2022.
  24. ^ "Chess Grandmaster Maxim Dlugy Admitted to Cheating on Chess.com, Emails Show". www.vice.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2022. Dicapai pada September 28, 2022.
  25. ^ Team (CHESScom), Chess com. "Chess.com Global Championship 2022: All The Information". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 8, 2022.
  26. ^ West (NM_Vanessa), Vanessa. "Wesley So Becomes First-Ever Chess.com Global Champion". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 8, 2022.
  27. ^ https://www.chess.com/article/view/chesscom-reaches-100-million-members
  28. ^ Team (CHESScom), Chess com. "Cat Bots: The Purrfect Way To Start The Year". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 29, 2023.
  29. ^ Team (CHESScom), Chess com. "Battle Against The A.I. Bots!". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 4, 2023.
  30. ^ https://esports.gg/news/chess/chess-com-crashes-as-it-hits-the-highest-ever-daily-active-users/
  31. ^ McClain, Dylan Loeb (March 13, 2010). "Wherever You Are, a Game Is Just a Point and Click Away". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2013. Dicapai pada December 15, 2013.
  32. ^ "Chess.com, red social para los jugadores de ajedrez". GenBeta.com. July 8, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2012. Dicapai pada November 11, 2012.
  33. ^ "Video Authors". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  34. ^ "What are the site's policies?". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada June 6, 2017.
  35. ^ Rensch, Daniel. "Cheating on Chess.com" (dalam bahasa Inggeris). Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2017. Dicapai pada January 24, 2017.
  36. ^ a b "ICA Offers Free ChessKid Gold Upgrade to K-12 Members". Illinois Chess Association. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 4, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "chesskid" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  37. ^ David Pruess (May 31, 2012). "The United States Chess Federation – Nation's Top Chess Kids to Battle in Online Invitational". United States Chess League. Diarkibkan daripada yang asal pada December 3, 2013. Dicapai pada November 30, 2013.
  38. ^ "Bay Area kids look to checkmate opponents from a computer screen". Contra Costa Times. June 15, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2014. Dicapai pada November 30, 2013.
  39. ^ "ChessKid Gold Membership". NTCA. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 4, 2018.
  40. ^ Hermann, Lene Marita Berg (August 24, 2022). "Chess vil by 13 kroner aksjen for hele Play Magnus Group" [Chess will offer NOK 13 a share for the entire Play Magnus Group]. Dagens Næringsliv (dalam bahasa Norwegian). Diarkibkan daripada yang asal pada August 25, 2022. Dicapai pada August 26, 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "Chess.com Officially Acquires Play Magnus, Carlsen Signs As Ambassador". Chess.com. December 21, 2021. Dicapai pada December 23, 2022.
  42. ^ Kelemen, Luci (August 24, 2022). "Chess.com to acquire Play Magnus Group". Dot Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2022. Dicapai pada August 26, 2022.
  43. ^ Mark Crowther (October 27, 2016). "Carlsen-Nakamura chess.com GM Blitz Battle Final 2016". TWIC. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  44. ^ Mike Klein (July 1, 2016). "GM Blitz Battle Historical Archive". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 4, 2018.
  45. ^ Pete Cilento (May 2, 2017). "2017 Speed Chess Championship Schedule, Results, Information". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2019. Dicapai pada September 4, 2018.
  46. ^ "Speed Chess Championship 2018 - Official Information". Chess.com. August 18, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2020. Dicapai pada September 4, 2018.
  47. ^ "Nakamura Defeats So To Repeat As Speed Chess Champion". Chess.com. April 20, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2020. Dicapai pada October 22, 2020.
  48. ^ "Nakamura Wins 2020 Speed Chess Championship Final Presented By OnJuno". Chess.com. December 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2020. Dicapai pada January 3, 2021.
  49. ^ (Samcopeland), Sam Copeland (December 19, 2021). "Nakamura Wins 2021 Speed Chess Championship Final With Double-Digit Dominance". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2021. Dicapai pada December 19, 2021.
  50. ^ "2022 Speed Chess Championship Main Event". Dicapai pada December 18, 2022.
  51. ^ Klein, Mike (August 5, 2013). "Chess.com to Host 2013 US Chess League". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 6, 2021. Dicapai pada August 22, 2020.
  52. ^ Peter Doggers (August 25, 2016). "U.S. Chess League Becomes PRO Chess League". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  53. ^ Isaac Steincamp (May 22, 2019). "PRO Chess League Summer Series: 16 Teams, 16 Stories". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2019. Dicapai pada May 26, 2019.
  54. ^ Mike Klein (March 26, 2017). "St. Louis Arch Bishops Win Inaugural PRO League Title". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 27, 2017. Dicapai pada September 5, 2018.
  55. ^ Devanshi Rathi (April 11, 2018). "The PRO Chess League Finals: The biggest event in Chess e-sports history". sportskeeda.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  56. ^ Mike Klein (May 8, 2019). "Arch Bishops Capture 2nd PRO Chess League Title". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2019. Dicapai pada May 26, 2019.
  57. ^ a b John Lee Shaw (February 8, 2017). "Safarli Wins Chess.com 'Titled Tuesday' for February". hotoffthechess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  58. ^ Mike Klein (October 28, 2014). "Jobava Stays Up Late, Routs Chess.com's First Titled Tuesday". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  59. ^ a b "Titled Tuesday: All The Information". Chess.com. September 27, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2022. Dicapai pada October 6, 2022.
  60. ^ Dennis Monokroussos (November 15, 2017). "Carlsen Wins November's "Titled Tuesday"". thechessmind.net. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  61. ^ "Announcement of the 2018 Chess.com Isle of Man International". Isle of Man International. Diarkibkan daripada yang asal pada December 12, 2021. Dicapai pada September 5, 2018.
  62. ^ Sam Copeland (June 9, 2018). "Iranians Darini, Hejazipour Win IoM Trips In Titled Tuesday". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2018. Dicapai pada September 5, 2018.
  63. ^ "Deathmatch historical archive". Chess.com. May 17, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada January 1, 2014. Dicapai pada January 1, 2014.
  64. ^ Klein, Mike (May 30, 2013). "Death Match 15: Caruana vs. Aveskulov". USchess.org. Diarkibkan daripada yang asal pada January 2, 2014. Dicapai pada January 1, 2014.
  65. ^ a b Pete Cilento (November 18, 2018). "Chess.com announces computer chess championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada December 12, 2017. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "cccc" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  66. ^ a b Pete Cilento (November 18, 2017). "Stockfish wins chess.com computer championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada December 12, 2017. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "stockfishwins" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  67. ^ Pete (Pete). "Live Now: The New Computer Chess Championship". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada November 17, 2020.
  68. ^ Pete (Pete). "Machine-Learning Lc0 Joins 'Big 3' Engines Atop Computer Chess Championship At Half". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 6, 2021. Dicapai pada November 17, 2020.
  69. ^ Cilento, Pete. "Stockfish Wins Computer Chess Championship Rapid; Lc0 Finishes 3rd". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2018. Dicapai pada June 20, 2019.
  70. ^ Cilento, Pete. "Stockfish Wins Computer Chess Championship Blitz". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2018. Dicapai pada June 20, 2019.
  71. ^ Cilento, Pete. "Stockfish Wins Rapid Computer Championship Over Lc0; Bullet Chess Next". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 7, 2020. Dicapai pada June 20, 2019.
  72. ^ Cilento, Pete. "Stockfish Wins Computer Chess Championship Bullet; 'Escalation' Next". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2021. Dicapai pada June 20, 2019.
  73. ^ Cilento, Pete. "Computer Chess Championship Plays Blitz After Stockfish Defends Title". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2020. Dicapai pada June 20, 2019.
  74. ^ Cilento, Pete (April 17, 2019). "Lc0 Wins Computer Chess Championship, Makes History". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 7, 2020. Dicapai pada April 18, 2019.
  75. ^ Pete (pete). "Stockfish Strikes Back, Tops Lc0 In Computer Chess Championship". Chess.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 25, 2019. Dicapai pada May 29, 2019.
  76. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada July 9, 2019.
  77. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada July 30, 2019.
  78. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada December 27, 2019.
  79. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada January 28, 2020.
  80. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada April 30, 2020.
  81. ^ "CCC 14". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 16, 2022.
  82. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  83. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  84. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 6, 2022.
  85. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 6, 2022.
  86. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada November 23, 2021.
  87. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada January 6, 2022.
  88. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 16, 2022.
  89. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada July 20, 2022.
  90. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada July 20, 2022.
  91. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada July 20, 2022.
  92. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada August 18, 2022.
  93. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Dicapai pada October 18, 2022.
  94. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  95. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  96. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  97. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  98. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  99. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  100. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  101. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  102. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  103. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  104. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  105. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  106. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  107. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  108. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  109. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  110. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  111. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  112. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  113. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  114. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  115. ^ "Computer Chess Championship". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 24, 2022.
  116. ^ "Romantic Openings: Danish Gambit Accepted". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  117. ^ "Romantic Openings: Evans Gambit Accepted". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  118. ^ "Romantic Openings: Urusov Gambit Accepted". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  119. ^ "Romantic Openings: Blackmar-Diemer Gambit". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  120. ^ "Romantic Openings: Stafford Gambit". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  121. ^ "Romantic Openings: Calabrese Countergambit". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  122. ^ "Romantic Openings: Traxler Counterattack". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  123. ^ "No Black Castling Bonus". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada February 7, 2022.
  124. ^ "Draw Killer Bonus". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada August 19, 2022.
  125. ^ "Romantic Openings: Wing Gambit". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2018. Dicapai pada August 12, 2022.
  126. ^ "Chess.com Launches PogChamps With Top Twitch Streamers". Chess.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2020. Dicapai pada August 6, 2020.

Pautan luar sunting