Chew Wei Lun

pemain boccia Malaysia

 

Chew Wei Lun
Maklumat peribadi
Nama samaranSilent Kiler (Bahasa Melayu: Pembunuh Senyap)
Lahir (1995-08-26) 26 Ogos 1995 (umur 28)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Ketinggian162 cm (5 ka 4 in)
Sukan
NegaraMalaysia
SukanBoccia
Pengelasan kecacatanBC1
Dilatih olehAiman Hafizi
Rekod pingat
Boccia
Mewakili  Malaysia
Sukan Paralimpik
Pingat perak – tempat kedua 2020 Tokyo BC1 Individu
Kejohanan Dunia Boccia
Pingat perak – tempat kedua Hong Kong 2019 BC1 Individu
Kejohanan Kawasan Boccia
Pingat gangsa – tempat ketiga 2019 Guangzhou BC1/BC2 Berkumpulan
Pingat gangsa – tempat ketiga 2019 Dubai BC1 Individu
Sukan Para ASEAN
Pingat perak – tempat kedua Kuala Lumpur 2017 BC1/BC2 Berkumpulan
Pingat perak – tempat kedua Singapura 2015 BC1 Individu
Pingat perak – tempat kedua Singapura 2015 BC1/BC2 Berkumpulan

Chew Wei Lun (Cina Ringkas: 周伟伦; Cina Tradisional: 周偉倫; pinyin: Zhōu wěi lún, lahir pada 26 April 1995) merupakan seorang pemain boccia Malaysia. Pada Paralimpik Musim Panas 2020, beliau memenangi pingat perak dalam acara individu campuran BC1, dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam sukan boccia di Paralimpik.[1][2]

Kehidupan awal sunting

Wei Lun telah didiagnosis oleh doktornya menghidap penyakit palsi serebrum.[3] Beliau ditinggalkan oleh ibunya semasa beliau berusia empat tahun. Sejak itu, beliau dijaga oleh datuknya. Pada umur sembilan, beliau dihantar ke rumah orang-orang cacat.[4] Dengan bantuan rakannya, beliau berpindah ke Kuala Lumpur pada umur 19 dan bekerja dalam bidang teknologi maklumat. Kini, beliau bermastautin dengan rakannya di Seri Kembangan.[3]

Kerjaya sunting

Beliau mula bermain boccia semasa beliau berumur 19 tahun, selepas diperkenalkan oleh gurunya.[5] Beliau mula bertanding dalam Sukan Para ASEAN pada tahun 2015 dan mendapat pingat perak dalam acara individu dan berkumpulan.[6] Beliau turut bertanding dalam Kuala Lumpur 2017 dan mendapat tempat kedua dalam acara BC1/BC2 berkumpulan. Pada masa itu juga beliau bertemu dengan jurulatihnya, Aiman Hafizi, yang merupakan penjaganya.[7]

Pada 15 Mei 2019, Wei Lun meraih pingat perak dalam Kejohanan Terbuka Dunia Hong Kong 2019.[8] Beliau turut membantu pasukan boccia malaysia merangkul pingat gangsa dalam Kejohanan Terbuka Kawasan Guangzhou 2019.[9] Beliau juga mendapat pingat gangsa dalam Kejohanan Terbuka Kawasan Dubai 2019.[10]

Dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Wei Lun dan jurulatihnya asalnya hanya menyasar untuk melayak ke peringkat suku akhir sahaja.[11] Misi asal mereka adalah untuk mempromosikan sukan ini kepada rakyat Malaysia melalui penyertaan mereka.[12] Semasa bertanding dalam peringkat kumpulan, Wei Lun telah menewaskan pemain berkedudukan kedua dunia, Witsanu Huadpradit dari Thailand dan atlet Korea Selatan berkedudukan lapan, Jung Sungjoon.[13] Beliau juga mengalahkan Katerina Curinova dari Republik Czech, Zhang Qi dari China dan Andre Ramos dari Portugal untuk melayak ke peringkat akhir.[14] Beliau mendapat pingat perak apabila dikalahkan oleh David Smith (UK) yang berada di ranking pertama dunia dengan skor 2-4.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tokyo Paralympics 2020 day eight: wheelchair basketball, road cycling, badminton begins and more – live!". The Guardian. 1 September 2021. Dicapai pada 1 September 2021.
  2. ^ "Wei Lun first Malaysian to win Paralympics boccia medal". The Star. 2 September 2021. Dicapai pada 2 September 2021.
  3. ^ a b "伟伦:既然无法改变原生环境勇敢向前-活出自我" [Wei Lun: Oleh sebab tidak mampu mengubah persekitaran yang asal "berani maju ke depan, hidup mengikut keinginan sendiri"]. Sin Chew Jit Poh (dalam bahasa Cina). 7 September 2021. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  4. ^ "Chew Wei Lun, 22 – Boccia". Laman Facebook rasmi Kuala Lumpur 2017. 12 September 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  5. ^ "WEI LUN Chew". Tokyo 2020. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  6. ^ "The National Squad At The 2015 ASEAN Para Games". Astro Awani. 8 Disember 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  7. ^ Fadhli Ishak (3 September 2021). "Wei Lun hopes silver medal feat will offer recognition". NST. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  8. ^ Buku Keputusan BISFed. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  9. ^ Pairs and Teams medalists – BISFed 2019 Guangzhou Boccia Regional Open BISFed. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  10. ^ Buku Keputusan BISFed. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  11. ^ "National spirit the spur for Wei Lun to go beyond target". The Star. 31 Ogos 2021. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  12. ^ Amiril Muttaqien Meketar, Misi Wei Lun promosi boccia tercapai. Bernama. 1 September 2021. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  13. ^ Fadhli Ishak (30 Ogos 2021). "Wei Lun stuns World No 2 to extend win streak". NST. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  14. ^ "WEI LUN Chew". Tokyo 2020. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  15. ^ Saiful Affendy Sapran, Wei Lun rangkul perak [METROTV]. hmetro.com.my. 1 September 2021. Dicapai pada 17 Oktober 2021.