Chile di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Chile telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Chile juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1896, kecuali lima edisi iaitu pada tahun 1900, 1904, 1908, 1932 dan 1980.

Chile di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCCHI
NOCMajlis Olimpik Chile
Laman sesawangwww.coch.cl (dalam bahasa Sepanyol)
di Tokyo, Jepun
Peserta57 dalam 23 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Francisca Crovetto
Marco Grimalt
Pembawa bendera (penutupan)María Mailliard
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Peserta sunting

Seramai 20 orang atlet lelaki dan 37 orang atlet wanita mewakili Chile dalam 23 sukan;[2]

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Angkat berat 1 1 2
Bola tampar 2 0 2
Bola sepak 0 22 22
Ekuestrian 1 1 2
Gimnastik 1 1 2
Golf 2 0 2
Gusti 1 0 1
Judo 0 1 1
Lawan pedang 0 1 1
Lumba basikal 1 2 3
Lumba dayung 2 0 2
Lumba kanu 0 2 2
Lumba layar 1 0 1
Luncur air 1 0 1
Memanah 1 0 1
Menembak 0 1 1
Olahraga 2 1 3
Papan luncur 0 1 1
Pentatlon moden 1 0 1
Pingpong 0 1 1
Renang 1 1 2
Tenis 1 0 1
Triatlon 1 1 2
Jumlah 20 37 57

*Bilangan atlet yang dihantar ialah 58 orang. Namun, seorang atlet taekwondo wanita tidak dapat bertanding disebabkan positif COVID-19.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Team Chile - entries". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-28. Dicapai pada 2021-09-10.
  3. ^ "Chilean player to withdraw from Games due to COVID-19". NHK. 21 Julai 2021.