China Express Airlines

China Express Airlines (华夏航空; 華夏航空; Huáxià Hángkōng) ialah syarikat penerbangan serantau dengan ibu pejabat korporatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei, Chongqing, China . [4]

China Express Airlines
Syarikat Penerbangan China Express Airlines
华夏航空
IATA ICAO Pengenal
G5[1] HXA CHINA EXPRESS[2]
Ditubuhkan18 April 2006; 17 tahun yang lalu (2006-04-18)
Hab
Bandar tumpuan
Pesawat53 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini)
DestinasiLebih daripada 70 (jumlah keseluruhan destinasi)
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Lapangan Terbang Jiangbei
Chongqing, China
Orang pentingHu Xiaojun (Ketua Pengerusi), Wu Longjiang (Presiden)
PekerjaLebih daripada 2000
Laman webwww.chinaexpressair.com


China Express
Cina Ringkas: 华夏航空股份有限公司
Cina Tradisional: 華夏航空股份有限公司

Data Kod sunting

  • Kod IATA : G5
  • Kod ICAO : HXA
  • Panggilan: China Express

Sejarah sunting

Syarikat Penerbangan China Express Airlines, juga dikenali sebagai Huaxia Airlines (华夏航空), adalah syarikat penerbangan serantau swasta pertama di China. Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada Mei 2006 dan dimiliki oleh Cathay Fortune (40%), High Zero (25%), Tampines International (24%) dan lain-lain (11%). [5]

Pada Tarikh 28 Ogos 2011, Pesawat serantau China Express Airlines iaitu jet Bombardier siri Bombardier CRJ200 mengikis tanah ketika mendarat di Lapangan Terbang Guiyang di barat daya China. Tiada yang cedera semasa insiden itu. Pada Tarikh 1 September 2010, Pentadbiran Penerbangan Awam China memerintahkan syarikat penerbangan itu untuk menghentikan operasi selepas insiden pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Guiyang Longdongbao di mana sayap kanan pesawat bersentuhan dengan landasan semasa mendarat. Syarikat penerbangan itu diperintahkan untuk mengkaji peraturan keselamatannya dan melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut. [6] Pada 6 September, pihak berkuasa China membenarkan syarikat penerbangan itu meneruskan operasi separa; menurut jurucakap, syarikat itu merancang untuk beroperasi semula dalam masa dua minggu. [7]

Urusan korporat sunting

Syarikat penerbangan China Express Airlines sebelum ini beribu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei di Chongqing . [8]

Destinasi dengan Bandar Tumpuan dan Hab utama China Express Airlines sunting

Setakat Tahun 2023 [9][10]:

Asia sunting

Asia Timur sunting

  Republik Rakyat China (lebih daripada 70 [11])

Asia Tenggara sunting

  Laos

  Negara Thai

Armada sunting

 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan China Express Airlines dengan siri CRJ200 di Lapangan Terbang Dalian
 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan China Express Airlines dengan siri CRJ900 di kilang Bombardier di Montreal-Mirabel

Setakat September 2020, Armada China Express Airlines merangkumi jenis pesawat sebagai berikut:[13][14]

Armada China Express Airlines
Kapal terbang Dalam Perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
C Y Jumlah
Airbus A320-200 11 4 168 172
Airbus A320neo 3 4 168 172
Bombardier CRJ900 38 6 78 84
Comac ARJ21-700ER 1 [15] 49 [16] Y90
Jumlah 53 49

Pada Oktober 2011, Syarikat Penerbangan China Express menandatangani tempahan bersyarat untuk sebanyak enam pesawat CRG900 NextGen dengan pilihan untuk tambahan lima pesawat. Perjanjian itu diumumkan pada Tarikh 10 Februari 2012. [17] Pada Tarikh 7 Julai 2012, tempahan bersyarat ditukar menjadi tempahan tegas. [18]

Pada Tahun 2014 syarikat penerbangan itu menandatangani perjanjian untuk sebanyak 16 pesawat Bombardier CRJ900 (termasuk 8 pilihan). [19]

Pada Tarikh 30 April 2015, Syarikat Penerbangan China Express telah menghentikan operasi Penerbangan dengan Armada CRJ 200 terakhirnya dengan penerbangan terakhir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai keLapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei yang beroperasi sebagai penerbangan G52006. Pada Tarikh 31 Disember 2015, syarikat menggunakan lapan pilihannya dan membuat tempahan tegas untuk sebanyak 10 Pesawat siri CRJ 900 . [20]

Galeri Armada Syarikat Penerbangan China Express Airlines (G5) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ name="FI"
  2. ^ Airline Codes
  3. ^ "China Express Airlines eyes international expansion". 9 November 2012. Dicapai pada 16 March 2013.
  4. ^ "联系我们."
  5. ^ "Directory: World Airlines". Flight International. 2007-04-03. m/s. 91.
  6. ^ "China Express grounded by authorities after CRJ200 landing incident". Flightglobal.com. 2 September 2010. Dicapai pada 5 September 2010.
  7. ^ "China Express resumes operations". Flightglobal.com. 6 September 2010. Dicapai pada 6 September 2010.
  8. ^ "联系我们."
  9. ^ "MAINLAND CHINESE CARRIERS NS23 INTERNATIONAL / REGIONAL NETWORK – 23APR23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 24 April 2023. Dicapai pada 25 April 2023.
  10. ^ "MAINLAND CHINESE CARRIERS NS23 INTERNATIONAL / REGIONAL NETWORK – 14MAY23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 16 Mei 2023. Dicapai pada 16 Mei 2023. The following is the latest summary of 26 Mainland Chinese carrier’s planned international and regional operation, between 15MAY23 and 28OCT23, as of 14MAY23 OAG schedules listing. Further changes to this list remain possible, as individual carriers continue to add new routes or resuming service cancelled due to the pandemic. Planned frequency, aircraft and effective dates remain fluid.
  11. ^ "MAINLAND CHINESE CARRIERS AUG - OCT 2022 INTERNATIONAL SERVICE - 07AUG22". aeroroutes.com. 8 Ogos 2022. Dicapai pada 9 Ogos 2022.
  12. ^ a b "MAINLAND CHINESE CARRIERS NS23 INTERNATIONAL / REGIONAL NETWORK – 23APR23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 24 April 2023. Dicapai pada 26 April 2023. China Express (G5): Chongqing – Bangkok Don Mueang eff 26APR23 3 weekly A320.
  13. ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World. October 2019: 9.
  14. ^ "China Express Airlines Fleet Details and History". www.planespotters.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-24.
  15. ^ Chua2020-11-11T02:42:00+00:00, Alfred. "Comac delivers first ARJ21 to China Express". Flight Global (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-12.
  16. ^ https://simpleflying.com/china-express-comac-arj21-c919/
  17. ^ "Bombardier wins order for up to 11 regional jets". The Globe and Mail. February 10, 2012.
  18. ^ "China Express Airlines Confirms Order for Six Bombardier CRJ900 NextGen Aircraft". Bombardier. 2012-07-07.
  19. ^ "CRJ900 Customer Revealed". Airliner World (January 2015): 16.
  20. ^ "China Express Airlines Orders 10 More Bombardier CRJ900 Jetliners". 31 December 2015.

Pautan luaran sunting