China Southwest Airlines

bekas Syarikat penerbangan serantau Republik Rakyat China

China Southwest Airlines (CSWA, 中国西南航空公司; 中國西南航空公司) (Zhōngguó Xīnán Hángkōng Gōngsī) adalah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di harta tanah Lapangan Terbang Shuangliu di Daerah Shuangliu, Chengdu, Sichuan, Republik Rakyat China . [1]

China Southwest Airlines
Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines
中国西南航空
IATA ICAO Pengenal
SZ CXN CHINA SOUTHWEST
Ditubuhkan15 Oktober 1987; 36 tahun yang lalu (1987-10-15)
Operasi ditamatkan28 Oktober 2002; 21 tahun yang lalu (2002-10-28) (bergabung dengan Syarikat Penerbangan Air China)
Hab
Hab kedua
Bandar tumpuan-
Pesawat46 (jumlah keseluruhan armada)
Destinasi13 (jumlah keseluruhan destinasi)
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Lapangan Terbang Shuangliu, Chengdu, Sichuan, Republik Rakyat China
Laman webcswa.com (laman web tidak aktif)


China Southwest Airlines
Cina Ringkas: 中国西南航空公司
Cina Tradisional: 中國西南航空公司
Maksud harfiah: Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines

Data Kod sunting

  • Kod IATA : SZ
  • Kod ICAO : CXN
  • Panggilan: China Southwest

Sejarah sunting

Pada Tarikh 28 Oktober 2002, Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines digabungkan menjadi Air China .

Destinasi sunting

Hab utama Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu, Wilayah Sichuan dan hab sekundernya berada di Bandar Chongqing . Ia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang ke Lhasa hingga Tahun 2002. Walaupun kebanyakan laluan dari pusatnya Chengdu dan Chongqing adalah domestik, ia juga terbang ke Bangkok, Chiangmai, Kathmandu, Kuala Lumpur, Singapura, Osaka dan Seoul sebagai destinasi Antarabangsa.

Senarai Destinasi sunting

Nota: kesemua destinasi ini telah ditamatkan sejak Tarik 28 Oktober 2002.

Asia sunting

Asia Selatan sunting

  Nepal

Asia Tenggara sunting

  Malaysia

  Negara Thai

  Singapura

Asia Timur sunting

  Republik Rakyat China

  Jepun

  Korea Selatan

  Hong Kong

Oceania sunting

  Australia

Armada sunting

 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines dengan siri Boeing 737-300

Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines mengendalikan armada pesawat Boeing 737-300, Boeing 737-600, Boeing 737-800, Boeing 757-200 dan Airbus A340-300 . Ia sebelumnya pernah mengoperasikan pesawat lain, termasuk Ilyushin Il-18D, Tupolev Tu-154, dan Boeing 707 . [2]

Senarai Armada sunting

Galeri Armada Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines (SZ) sunting

Insiden dan kemalangan sunting

  • Pada Tarikh 18 Januari 1988, Penerbangan 4146 China Southwest Airlines, dengan pesawat siri Ilyushin 18D terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Chongqing . Semua 108 orang yang berada di dalamnya terbunuh. [3]
  • Pada Tarikh 2 Oktober 1990, sebuah pesawat Xiamen Airlines yang dirampas (dikendalikan sebagai Penerbangan 8301 Xiamen Airlines) menyapu kapal terbang China Southwest Airlines Boeing 707 sebelum menabrak kapal terbang ketiga. Tiada seorangpun yang meninggal pada 707. [4]
  • Pada Tarikh 24 Februari 1999, Penerbangan 4509, sebuah pesawat siri Tupolev Tu-154 jatuh ke sebuah lapangan ketika sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Wenzhou Longwan, membunuh semua 61 penumpang dan anak kapal di dalamnya, dan menyebabkan penarikan semua armada Tu-154 milik Syarikat Penerbangan China Southwest Airlines. [5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "World Airline Directory." Flight International. 1–7 April 1998. 57. "Shuangliu Airport, Chengdu, 610202, Sichuan, China"
  2. ^ "China Southwest Airlines Fleet Details and History". www.planespotters.net. Dicapai pada 2020-03-03.
  3. ^ "Aircraft accident Ilyushin 18D B-222 Chongqing Airport". aviation-safety.net. Dicapai pada 2012-08-09.
  4. ^ Ranter, Harro. "ASN Aircraft accident Boeing 707-3J6B B-2402 Guangzhou-Baiyun Airport (CAN)". aviation-safety.net. Dicapai pada 2020-03-03.
  5. ^ Ranter, Harro. "ASN Aircraft accident Tupolev Tu-154M B-2622 Ruian". aviation-safety.net. Dicapai pada 2020-03-03.

Pautan luaran sunting