'Hazmeer bin Hassan (lahir 23 April 1990) atau lebih dikenali sebagai ', Chot XOXO dan Hazmeer Hassan merupakan pelawak, pelakon dan penyampai radio di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang anggota Kumpulan Chot dalam rancangan Raja Lawak Musim Ke-3 dan Kumpulan XOXO dalam rancangan Maharaja Lawak Mega pada tahun 2017. Selain itu, Chot juga pernah sertai rancangan Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013, Skool of Lawak pada tahun 2014 dan Projek Komedi Warna pada tahun 2015 sebagai peserta.

Chot Hazmeer
Kelahiran
Hazmeer bin Hassan

(1990-04-23) 23 April 1990 (umur 33)
Nama lainChot, Hazmeer
Pekerjaanpenyampai radio, pelawak
Tahun aktif2009 - kini
PasanganSiti Zafirul azzah binti Mohd Idris (2017 - 2021)

ZURINA BADRON

(2022-kini)
Anak-anak2
Laman web rasmiInstagram : @hazmeerhassan

Latar Belakang sunting

Chot Hazmeer dilahirkan pada 23 April 1990 di Negeri Sembilan.

Kehidupan Peribadi sunting

Pada 18 Ogos 2017, Chot Hazmeer telah berkahwin bersama wanita pilihan hatinya iaitu Siti Zafirul azzah binti Mohd Idris dan mereka dikurniakan Dua cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Sher Harraz bin Hazmeer dan Ahmed Sher Hayyaz bin Hazmeer

Rancangan Realiti TV sunting

  1. Raja Lawak (2009)
  2. Bintang Mencari Bintang (2013)
  3. Skool of Lawak (2014)
  4. Projek Komedi Warna (2015)
  5. Maharaja Lawak Mega (2017)

Penyampai Radio sunting

  1. Melaka FM (2017 - kini)

Drama, Telefilem, Filem sunting

  1. Tuyul Ke London (2018)
  2. Kisah Yang Hilang (2018)
  3. This Is Pilah (2018)
  4. Serba Serbi Servis (2019)