Christian Atsu

Pemain bola sepak Ghana

Christian Atsu Twasam ( 10 Januari 1992 - 6 Februari 2023) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain untuk kelab Inggeris, Newcastle United dan Pasukan kebangsaan Ghana di posisi pemain sayap.

Christian Atsu
Maklumat peribadi
Nama penuh Twasam Christian Atsu
Tarikh lahir 10 Januari 1992
Tempat lahir Ada Foah, Ghana
Tarikh kematian 6 Februari 2023
Tempat kematian Antakya,, Turkey
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in) [1]
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Newcastle United
Kerjaya remaja
–2009 Feyenoord Fetteh
2009–2011 Porto
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Porto 17 (1)
2011–2012Rio Ave (pinjam) 27 (6)
2013–2017 Chelsea 0 (0)
2013–2014Vitesse (loan) 28 (5)
2014–2015Everton (loan) 5 (0)
2015–2016Bournemouth (loan) 0 (0)
2016Málaga (loan) 12 (2)
2016–2017Newcastle United (loan) 32 (5)
2017–2023 Newcastle United 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2012–2023 Ghana 42 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 April 2017 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Januari 2016 (UTC)

Karier kelab sunting

Porto sunting

Atsu tiba di F.C. Porto ketika berumur 17 tahun. Pada 14 Mei 2011, dia dipanggil oleh pengurus pasukan utama, André Villas-Boas untuk perlawanan divisyen teratas menentang C.S. Marítimo, tetapi tidak beraksi ketika kemenangan 2–0.

Dipinjamkan ke Rio Ave sunting

Seperti rakan sepasukannya Kelvin, Atsu dipinjamkan kepada Rio Ave F.C. untuk musim 2011–12. Dia membuat penampilan sulungnya pada 28 Ogos 2011, ketika kekalahan 0–1 kepada S.C. Olhanense.

Musim 2011-12 sunting

Pada 16 Disember 2011, Atsu membuka jaringan di S.L. Benfica pada minit ke-24, tetapi tuan rumah menang 5–1.[2]

Musim 2012-13 sunting

Dia kembali ke Porto untuk musim 2012–13, bermain dalam kesebelasan utama dalam sembilan penampilan liga dan Porto menang liga kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut.

Chelsea sunting

Pada 1 September 2013, Atsu bersetuju untuk menyertai Chelsea atas kontrak selama lima tahun, dengan yuran perpindahan dilaporkan £3.5 juta.[3]

Pinjam ke Vitesse sunting

Tidak lama selepas itu, dia dipinjamkan kepada kelab Belanda, Vitesse, untuk baki musim 2013-14.[4] Dia bermain 30 perlawanan untuk Vitesse dan menjaringkan 5 gol. Vitesse mengakhiri liga di tempat ke-6 dan layak ke play-off.

Pinjam ke Everton sunting

Pada 13 Ogos 2014, Atsu menyertai Everton secara pinjaman sehingga akhir musim 2014–15.[5] Atsu membuat penampilan pertamanya untuk Toffees masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-81 ketika seri 2-2 dengan Arsenal.

Karier antarabangsa sunting

Atsu membuat penampilan sulungnya untuk Ghana pada 1 Jun 2012 ketika menentang Lesotho, menjaringan gol dalam proses itu.[6] Dia digambarkan oleh BBC sebagai seorang "prospek cemerlang",[7] manakala ESPN menambah dia seorang yang "pantas dan secara tekniknya mengagumkan", dan berpotensi menjadi seorang bintang masa hadapan untuk pasukan kebangsaannya.[8]

Atsu dipilih ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014,[9] dimana dia bermain dalam semua perlawanan Ghana.

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Porto

Statistik sunting

Kelab sunting

Sehingga perlawanan pada 11 Disember 2014.[10]
Kelab Musim Liga Piala Taça da Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Rio Ave 2011–12 27 6 2 0 2 0 31 6
Jumlah 27 6 2 0 2 0 31 6
Porto 2012–13 17 1 2 0 1 0 8 0 28 1
Jumlah 17 1 2 0 1 0 8 0 28 1
Vitesse (pinjam) 2013–14 28 5 2 0 30 5
Everton (pinjam) 2014–15 3 0 1 0 0 0 5 0 9 0
Jumlah keseluruhan 75 12 7 0 3 0 13 0 98 12

Rujukan sunting

  1. ^ "Barclays Premier League Player Profile Christian Atsu". web page. Premier League. 2014. Dicapai pada 3 November 2012.
  2. ^ "Benfica cruise past Rio Ave". PortuGOAL. 16 December 2011. Dicapai pada 17 December 2011.
  3. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/23923446
  4. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/23923446
  5. ^ "Atsu Deal Complete". Everton. 13 August 2014. Dicapai pada 17 August 2014.
  6. ^ "Atsu makes debut statement". Ghana Web. 1 June 2012. Dicapai pada 4 June 2012.
  7. ^ Michael Oti Adjei (12 September 2012). "Ghana hails exciting new talent". BBC Sport. Dicapai pada 13 September 2012.
  8. ^ Atkins, Christopher (12 June 2013). "World Cup 2014: Ten potential breakout stars". ESPN FC. Dicapai pada 14 June 2013.
  9. ^ "Ghana World Cup 2014 squad". The Daily Telegraph. 2 June 2014. Dicapai pada 21 June 2014.
  10. ^ "Christian Atsu". Soccerway. Dicapai pada 8 June 2012.

Pautan luar sunting