Christian Dannemann Eriksen (lahir 14 Februari 1992) merupakan pemain bola sepak Denmark yang kini bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan bermain di posisi pemain tengah menyerang. Beliau membuat debut untuk skuad Denmark sejak 2010 dan telah menyertai tiga edisi kejohanan Piala Dunia dan dua edisi Kejohanan Eropah.[2][3]

Christian Eriksen
Maklumat peribadi
Nama penuh Christian Dannemann Eriksen
Tarikh lahir (1992-02-14) 14 Februari 1992 (umur 32)
Tempat lahir Middelfart, Denmark
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester United
Nombor 14
Kerjaya remaja
1995–2005 Middelfart G&BK
2005–2008 OB
2008–2010 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Ajax 113 (25)
2013–2020 Tottenham Hotspur 210 (50)
2020–2021 Inter Milan 43 (4)
2021–2022 Brentford F.C. 11 (1)
2022– Manchester United 33 (2)
Pasukan kebangsaan
2007–2009 Denmark B17 27 (9)
2009 Denmark B18 5 (1)
2009–2010 Denmark B19 3 (1)
2011 Denmark B21 3 (1)
2010– Denmark 124 (40)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 September 2023

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Eriksen mula bermain bola sepak di kampung halamannya di Middelfart sebelum hari lahir ketiganya. Pada tahun 2005, beliau berpindah ke Odense Boldklub yang mengambil bahagian dalam kejohanan remaja Denmark. Pasukannya tewas pada separuh akhir kepada Brøndby IF, tetapi beliau menerima anugerah Best Technical Player pada kejohanan tersebut. Pada tahun berikutnya, pasukannya menjuarai kejohanan itu dan Eriksen menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir. Selepas aksi terbaik di pasukan bawah-16 dan bawah-19 OB dan juga pasukan bawah-17 Denmark, banyak kelab gergasi Eropah berminat dengan khidmat beliau termasuk Chelsea dan FC Barcelona. Eriksen juga telah berunding dengan Chelsea, Barcelona, Real Madrid, Manchester United dan juga AC Milan tetapi beliau berkehendak untuk berpindah ke Ajax.

Ajax sunting

Pada 17 Oktober 2008, Eriksen diumumkan telah menandatangani kontrak dua tahun setengah bersama kelab Ajax Amsterdam dari Belanda. Bayaran perpindahan dari OB sebanyak 1 juta euro. Beliau ditawar ke skuad senior pada Januari 2010 dan diberikan jersi 51. Beliau telah membuat debut di Eredivisie (Liga Belanda) pada 17 Januari 2010 menentang NAC Breda.

Pada 25 Mac 2010, beliau menjaringkan gol pertama untuk Ajax ketika menang besar 6-0 ke atas Go Ahead Eagles pada saingan Piala KNVB. Pada 10 April 2010, Eriksen melanjutkan kontraknya sehingga musim panas 2014. Pada 6 Mei 2010, Eriksen bermain pada perlawanan kedua perlawanan akhir Piala KNVB 2009-10 dengan Ajax menewaskan Feyenoord Rotterdam 4-1 dan dengan agregat menang 6-1 untuk Ajax. Pada penghujung musim pertama Eriksen di Ajax, beliau telah bermain 21 perlawanan dan menjaringkan satu gol. Pada musim keduanya di Ajax, Eriksen diberikan jersi 8.

Eriksen memulakan musim 2010-11 dengan baik apabila menjaringkan gol liga pertama untuk Ajax pada 29 Ogos 2010 menentang De Graafschap. Pada 11 November 2010, Eriksen menjaringkan gol pertamanya di Amsterdam ArenA ketika menang 3-0 ke atas BV Veendam pada saingan Piala KNVB. Pada Disember, Eriksen telah dinobatkan sebagai Pemain Berbakat Denmark. Pada 17 Februari 2011, Eriksen menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Eropah ketika Ajax menewaskan Anderlecht dari Belgium, 2-0 pada saingan Liga Europa UEFA 2010-11.

Ketika pengakhiran musim 2010-11, beliau bersama Ajax memenangi Eredivisie pada musim yang sama. Beberapa hari kemudian, beliau dinobatkan sebagai Pemain Berbakat Ajax. Pada 23 Mei 2011, beliau dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Berbakat Belanda membuatkan pemain kedua Denmark yang menang akan anugerah itu selepas Jon Dahl Tomasson pada 1996. Beliau juga dipilih oleh pemain lagenda Belanda, Johan Cruyff sebagai pemain berbakat yang hebat. Cruyff juga berkata Eriksen setanding dua pemain lagenda Denmark, Brian dan Michael Laudrup.

Pada 18 Oktober 2011, Eriksen menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara Eropah ketika Ajax menewaskan Dinamo Zagreb, 2-0 pada peringkat kumpulan membuatkan pemain kedua termuda menjaringkan gol pada musim 2011-12. Pada perlawanan kedua menentang lawan yang sama, beliau membuat dua hantaran kepada Gregory van der Wiel dan Siem de Jong untuk Ajax menang 4-0. Beliau juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Denmark pada 7 November selepasa membantu Ajax menjuarai Eredivisie. Selepas menjulang trofi liga musim 2012–13, beliau tidak ditawarkan kontrak baru bersama Ajax dengan berbaki setahun di Belanda. Beliau juga dikaitkan ke Tottenham dan akhirnya beliau meninggalkan Ajax dengan 113 perlawanan liga, menjaringkan 25 gol dan membuat 41 hantaran. Beliau bermain 16 perlawanan di Piala KNVB, menjaringkan empat gol dan empat hantaran. Beliau juga membuat 30 penampilan di kejohanan Eropah, menjaringkan tiga gol dan membuat tiga hantaran. Beliau juga mengambil bahagian di Perisai Johan Cruiff sebanyak tiga tahun berturut-turut.

Tottenham Hotspur sunting

Musim 2013–14 sunting

Pada 30 Ogos 2013, Tottenham Hotspur mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan perpindahan Eriksen dari Ajax dan bayaran perpindahan telah dilengkapkan sebanyak 11 juta euro. Eriksen sertai kelab England itu pada hari yang sama bagi pemain Erik Lamela dari Roma dan Vlad Chiricheș dari Steaua București. Tottenham menanggung bayaran pada musim itu sebanyak 109,5 juta euro.

Pada 14 September 2013, beliau membuat debut di Liga Perdana Inggeris menentang Norwich City dan membuat hantaran kepada Gylfi Sigurðsson untuk menjaringkan gol. Pada 19 September 2012, Eriksen menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham ketika menentang Tromsø IL, 3-0 pada saingan Liga Europa. Beliau menjaringkan gol keduanya di halaman sendiri ketika menang mengejut 2-1 ke atas Manchester United pada 1 Januari 2014. Pada 23 Mac, selepas gol yang dijaringkan oleh Jay Rodriguez dan Adam Lallana untuk memberikan kelebihan kepada Southampton 2-0, Eriksen berjaya menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan sebelum membuat hantaran kepada Gylfi Sigurðsson untuk jaringkan gol kemenangan tiga mata penuh.

Musim 2014–15 sunting

Pada 10 Januari 2015, Eriksen diundi sebagai Pemain Terbaik Denmark sebanyak dua kali berturut-turut membuatkan beliau pemain pertama berbuat demikian sejak William Kvist. Beliau kemudian menjaringkan dua gol ke atas Sheffield United sebelum menghantar Tottenham ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris. Gol cantik beliau melalui sepakan percuma sejauh jarak 30 meter telah menerima "like" oleh Michael Owen dan Gary Neville di laman Twitter.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Eriksen menjalani latihan bersama pasukan Denmark pada 2014.

Beliau menerima panggilan oleh skuad senior Denmark pada Februari 2010 dan beliau membuat debut untuk Denmark pada perlawanan persahabatan menentang Austria pada Mac membuatkan pemain keempat termuda membuat penampilan penuh antarabangsa.

Pada 28 Mei 2010, jurulatih Denmark Morten Olsen menyenaraikan 23 pemain yang mengambil bahagian ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan termasuk Eriksen. Di Piala Dunia, Eriksen bermain dua perlawanan iaitu ketika menentang Belanda dan Jepun tetapi Denmark akhirnya terkandas di peringkat kumpulan.

Pada 4 Jun 2011 Eriksen menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Denmark ketika menang 2-0 ke atas Iceland pada kempen kelayakan UEFA Euro 2012. Beliau menjadi pemain termuda Denmark menjaringkan gol di kelayakan Eropah, 9 hari lebih muda berbanding Michael Laudrup ketika beliau menjaringkan gol pada 1983.

Antarabangsa sunting

Sehingga 30 Mac 2015
Pasukan kebangsaan Denmark
Tahun Kmncln Gol
2010 10 0
2011 10 2
2012 11 0
2013 11 2
2014 7 1
2015 2 0
Jumlah 51 5

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
4 Jun 2011 Reykjavík, Iceland   Iceland
2–0
2–0
Kelayakan UEFA Euro 2012
2
10 Ogos 2011 Glasgow, Scotland   Scotland
1–1
1-2
Persahabatan
3
5 Jun 2013 Aalborg, Denmark   Georgia
2–1
2–1
Persahabatan
4
14 Ogos 2013 Gdańsk, Poland   Poland
1–1
2–3
Persahabatan
5
22 Mei 2014 Debrecen, Hungary   Hungary
1–1
2–2
Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Ajax

Individu sunting

  • Pemain Berbakat Masa Hadapan AFC Ajax (1): 2010
  • Pemain Berbakat AFC Ajax (1): 2011
  • Pemain Berbakat Belanda (1): 2011
  • Pemain Berbakat bawah-17 Denmark (1): 2008<
  • Pemain Berbakat Denmark (2): 2010, 2011
  • Pemain Terbaik Denmark (2): 2013, 2014
  • Kasut Gangsa Denmark (1): 2012
  • Pemain Terbaik Musim Tottenham Hotspur (1): 2013–14

Rujukan sunting

  1. ^ "Christian Eriksen Tottenham Hotspur Profile". Tottenham Hotspur Football Club. 5 September 2013.
  2. ^ "World Cup squads: The story of the stats | FIFA World Cup 2010 | STV Sport". Sport.stv.tv. 2 June 2010. Dicapai pada 2 June 2010.
  3. ^ Berend Scholten (23 May 2011). "Eriksen: I've got a lot to learn". Uefa.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-21. Dicapai pada 22 January 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting