Christine Jorgensen

Christine Jorgensen (lahir George William Jorgensen Jr.; 30 Mei 1926 – 3 Mei 1989) merupakan trans wanita pertama Amerika Syarikat yang dikenali sebagai individu pertama di A.S. yang melakukan pembedahan jantina (lelaki-ke-wanita). Jorgensen dibesarkan di Bronx, New York City. Sejurus selepas tamat belajar sekolah tinggi pada tahun 1945, beliau dipanggil menyertai [Tentera Darat Amerika Syarakat|tentera]] untuk Perang Dunia Pertama. Selepas tamat perkhidmatan, beliau menyertai beberapa kuliah, bekerja dan dalam masa yang sama mendengar mengenai pembedahan jantina. Beliau telah ke Eropah dan di Copenhagen, Denmark, beliau telah menerima kebenaran khas untuk menjalani satu siri pembedahan yang bermula pada tahun 1951.[1]

Christine Jorgensen
Jorgensen, 1954
Kelahiran(1926-05-30)30 Mei 1926
Meninggal duniaMei 3, 1989(1989-05-03) (umur 62)
WarganegaraAmerika Syarikat
PekerjaanPelakon, penyanyi kelab malamActress, night club singer
Terkenal keranaPerintis pembedahan jantina

Beliau kembali semula ke A.S. pada awal 1950-an dan transisi yang dilakukan oleh beliau telah menjadi topik utama muka surat hadapan akhbar New York Daily News. Beliau menjadi bintang segera dan mengunakannya untuk menyokong golongan transgender. Beliau turut berlakon dan menjadi penghibur kelab malam serta pernah merakamkan beberapa buah lagu.

Sejurus selepas pembedahan jantina, Jorgensen merancang untuk mengahwini seorang ahli statistik kesatuan buruh, John Traub, namun pertunangan mereka dibatalkan. Pada tahun 1959, beliau mengumumkan pertunangan bersama jurutaip Howard J. Knox di Massapequa Park, New York, di mana bapa beliau telah membina sebuah rumah untuknya selepas pembedahan tersebut. Walau bagaimanapun, pasangan tersebut tidak berjaya mendapatkan lesen perkahwinan kerana sijil kelahiran Jorgensen tertera jantina beliau sebagai lelaki. Dalam laporan mengenai pertunangan yang telah terputus, The New York Times turut melaporkan bahawa Knox telah kehilangan kerjanya di Washington, D.C. setelah berita pertunangan mereka diketahui umum.[2][3]

Jorgensen meninggal dunia pada tahun 1989 akibat barah pundi kencing dan paru-paru empat minggu sebelum hari jadinya yang ke-63. Abu mayat beliau ditabur di Dana Point, California.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "21 Transgender People Who Influenced American Culture". Time Magazine.
  2. ^ "Bars Marriage Permit: Clerk Rejects Proof of Sex from Christine Jorgensen". The New York Times. April 4, 1959.
  3. ^ Myers, Donald P. "A Changed Man - Medical Specialization". New York. Newsday. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Wilson, Scott. Resting Places: The Burial Sites of More Than 14,000 Famous Persons (ed. 3d). McFarland & Company, Inc. 2 (Kindle Locations 24299-24300).

Pautan luar sunting