Chuck Grassley

senator Amerika Syarikat dari Iowa

Charles Ernest Grassley (lahir 17 September 1933) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat berkhidmat sebagai presiden pro tempore emeritus Senat Amerika Syarikat. Beliau merupakan senator kanan Amerika Syarikat dari Iowa. Beliau berkhidmat selama tujuh penggal dalam Senat sejak pertama kali dipilih pada tahun 1980.

Chuck Grassley
Presiden pro tempore emeritus Senat Amerika Syarikat
Memegang jawatan
20 Januari 2021
Didahului olehPatrick Leahy
Presiden pro tempore Senat Amerika Syarikat
Dalam jawatan
3 Januari 2019 – 20 Januari 2021
Didahului olehOrrin Hatch
Digantikan olehPatrick Leahy
Senator Amerika Syarikat
dari Iowa
Memegang jawatan
3 Januari 1981
Berkhidmat dengan Joni Ernst
Didahului olehJohn Culver
Butiran peribadi
LahirCharles Ernest Grassley
(1933-09-17) 17 September 1933 (umur 90)
New Hartford, Iowa, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganBarbara Speicher (k. 1954)
Anak-anak5
Alma materUniversiti Northern Iowa
Universiti Iowa
Tandatangan
Laman web rasmiLaman web Senat

Dilahirkan di New Hartford, Iowa, Grassley dibesarkan di sebuah ladang.,[1] Beliau lulus dari sekolah menengah bandar. Di Maktab Perguruan Negeri Iowa (kini University of Northern Iowa), beliau memperoleh ijazah B.A. pada tahun 1955 dan M.A. dalam sains politik pada tahun 1956. Beliau berusaha memperoleh ijazah Ph.D. dalam sains politik di University of Iowa, tetapi akhirnya tidak menyelesaikan pengajiannya. Dari tahun 1967 hingga 1968, Grassley mengajar di Charles City College.[2]

Seorang anggota Parti Republikan, Grassley berkhidmat selama lapan penggal di dewan perwakilan Iowa (1959–1975) dan tiga penggal di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (1975–1981). Beliau telah menjalani tiga tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Senat dalam tempoh majoriti Senat Republikan.[3][4] Apabila penggal Senator Orrin Hatch berakhir pada 3 Januari 2019, Grassley menjadi senator Republikan paling kanan di Senat. Beliau dipilih sebagai presiden pro tempore Senat untuk Kongres Amerika Syarikat ke-116.[5][6] Beliau menjawat jawatan itu sehingga 20 Januari 2021 apabila Senat A.S. dikuasai majoriti parti Demokrat). Beliau kemudiannya menjadi presiden pro tempore emeritus.

Grassley berkahwin dengan Barbara Ann Speicher pada 22 Ogos 1954. Mereka mempunyai lima anak iaitu Lee, Wendy, Robin, Michele, dan Jay.[7] Cucu lelakinya Pat Grassley ialah ahli Dewan Perwakilan Iowa. Pada 17 November 2020, Grassley mendedahkan bahawa beliau disahkan positif COVID-19.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ancestors of Charles Ernest Grassley Diarkibkan Mei 9, 2007, di Wayback Machine. rootsweb.com.
  2. ^ "Charles Grassley". www.legis.iowa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2012. Dicapai pada May 25, 2012.
  3. ^ Breuninger, Kevin (November 16, 2018). "Sen. Chuck Grassley opts for Finance Committee chairman, setting up Sen. Lindsey Graham to lead Judiciary Committee". CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2018. Dicapai pada 17 November 2018.
  4. ^ Bolton, Alexander (November 16, 2016). "Trump set to have close ally Graham in powerful chairmanship". The Hill. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2018. Dicapai pada November 17, 2018.
  5. ^ Felton, Ellyn. "Grassley set to become Senate pro tempore". KCRG-TV9. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2019. Dicapai pada January 25, 2019.
  6. ^ Bunge, Mike. "Chuck Grassley to be third in line for the Presidency". KIMT News. Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2018. Dicapai pada January 25, 2019.
  7. ^ "Barbara Grassley". Iowa State University Plaza of Heroines. 2015-02-26. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2019. Dicapai pada August 26, 2019.
  8. ^ Segers, Grace (November 17, 2020). "Chuck Grassley, second oldest senator, tests positive for COVID-19". CBS News. Washington, D.C. Dicapai pada November 17, 2020.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

 
Wikisource