Cik Bunga dan Encik Sombong (drama)

(Dilencongkan dari Cik Bunga Encik Sombong)
Rencana ini ialah mengenai siri drama televisyen. Untuk novel asal 2012 di mana drama ini diadaptasi, sila lihat Cik Bunga dan Encik Sombong.

Cik Bunga dan Encik Sombong merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 dibintangi oleh Amar Baharin dan Amyra Rosli. Diadaptasi daripada novel 2012 bertajuk sama karya Airisz, drama ini bersiaran di Astro Prima dan Astro Maya HD dari 15 Jun 2015 hingga 22 Julai 2015.

Cik Bunga dan Encik Sombong
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Airisz
PengarahKeoi Hj. Khalid
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Marry Me" oleh Mark Adam
Lagu penutup"Marry Me" oleh Mark Adam
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Karya Seni
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal15 Jun 2015 – 22 Julai 2015

SinopsisSunting

Drama ini mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar (Amyra Rosli) yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar (Amar Baharin). Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan tempat Erny Humairah (Sasqia Dahuri) yang telah menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora (Jasmin Hamid) memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

RujukanSunting