Cik Bunga dan Encik Sombong

Cik Bunga dan Encik Sombong ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Airisz, dikeluarkan pada 2012 oleh Karya Seni.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk sama yang disiarkan di Astro Prima pada 2015.

Cik Bunga dan Encik Sombong
Umum
PengarangAirisz
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman593
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246154

Sinopsis sunting

Aku? Aku Intan Asmidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima. Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”. Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asmidar itu hak milik kekal Harris Isqandar?

Keluaran dan legasi sunting

Cik Bunga dan Encik Sombong dikeluarkan pada 2012 oleh Karya Seni. Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana bermula 15 Jun di Astro Ria, dibintangi oleh Amar Baharin dan dan Amyra Rosli.

Rujukan sunting

  1. ^ "Cik Bunga Dan Encik Sombong by Airisz". Goodreads. Dicapai pada 13 Mac 2015.