Cikori ialah tumbuhan herba saka, sedikit berkayu yang mempunyai bunga berwarna biru terang, jarang sekali putih atau merah jambu. Pelbagai varieti ditanam untuk daun salad, chicon (tunas putih), atau akar (var. sativum), yang dibakar, digilis dan dijadikan sebagai pengganti kopi dan penambahrasa. Ia juga ditanam sebagai tanaman foraj. Ia tumbuh sebagai tumbuhan liar di tepi tepi jalan di kawasan asalnya iaitu di Eropah, dan Amerika Utara. Di Australia pula ia telah menjadi sebati di sana.

Cikori (biasa)
Illustration Cichorium intybus0 clean.jpg
Gambaran dari Flora von Deutschland, Österreich und der Schweiz, 1885, Otto Wilhelm Thomé
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Asterids
Order: Asterales
Keluarga: Asteraceae
Tribus: Cichorieae
Genus: Cichorium
Spesies: C. intybus
Nama binomial
Cichorium intybus

"Chicory" juga nama biasa di Amerika untuk "curly endive" (Cichorium endivia); kedua spesis ini hampir sama membuatkan ia sering disalah kelirukan.

Pautan luarSunting