Cillian Murphy (disebut [ˈkɪliən ˈmɜːrfi terdekat ki.li.ĕn mĕr.fi]; lahir 25 Mei 1976) seorang pelakon berkebangsaan Ireland.[1]

Cillian Murphy
Murphy semasa Berlinale 2017
Kelahiran (1976-05-25) 25 Mei 1976 (umur 47)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996–present
PasanganYvonne McGuinness (k. 2004)
Anak-anak2

Awal hidup dan pendidikan sunting

Cillian Murphy lahir pada 25 Mei 1976[2] di kejiranan Douglas, Cork, kota terbesar kedua di Republik Ireland; beliau turut membesar dalam kota tersebut.[3] Murphy lahir dari keluarga banyak pengajar, ayahnya seorang Inspektor Sekolah yang kemudian bekerja dalam Jabatan Pendidikan Ireland sementara ibunya seorang guru Bahasa Perancis.[3]

Beliau dibesarkan sebagai penganut agama Katolik, dan bersekolah di Presentation Brothers College.[3] Meskipun memiliki prestasi akademis yang baik di sekolah tersebut, tetapi Murphy tidak memiliki minat terhadap sukan yang berperanan besar dari dalam pendidikan di sana.[3] Lalu, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Cork, di mana beliau mula terlibat dalam drama dan teater, hingga akhirnya beliau tampil dalam drama sandiwara berjudul Disco Pigs; hal ini mendorongnya menghentikan pengajiannya kerana merasakan telah menemui cita-cita utamanya.[3]

Dalam bidang muzik sunting

Beliau juga tertarik terhadap muzik, dan pernah giat dalam sebuah kugiran rock bernama The Sons of Mr. Green Genes bersama adiknya, Páidi.[4] Kugiran ini dipengaruhi The Beatles dan Frank Zappa yang menjad masyhur besar dan bahkan mendapat tawaran kontrak dari label muzik Acid Jazz Records di London.[4] Walau bagaimanapun, adik-beradik itu menolak tawaran tersebut menurut orang tua mereka yang merasakan mereka terlalu muda dan sudah terlalu sibuk belajar - Páidi saat itu masih bersekolah di tingkat sekolah menengah atas sementara Cillian baru memulakan pengajian universiti.[4] Cillian mengakui bahawa beliau bersyukur atas keputusan yang mereka ambil saat itu, bahkan menyatakan tidak mahu kembali menceburi alam muzik.[4]

Kerjaya lakonan sunting

Titik mula sunting

Minat lakonan Cillian mula berputik semasa menghadiri suatu modul pementasan drama kelolaan Corcadorca Theatre Company diarahkan Pat Kiernan semasa zaman sekolah menengah yang sangat mengujakannya; beliau pertama kali berlakon pentas dalam Disco Pigs arahan Enda Walsh pada September 1996.[5] Beliau tampil dalam seberapa pementasan drama[6] dan filem-filem mandiri beberapa tahun selepas itu; Cillian berpindah ke Dublin dan kemudiannya ke London pada 2001 agar memudahkan perkembangan kerjayanya.[7]

Masuk ke arus utama sunting

Beliau dipilih Danny Boyle membarisi filem 28 Days Later tahun 2002 sebagai seorang peselamat wabak yang terjaga dari suatu koma menyaksikan London menjadi padang jarak padang terkukur;[8] filem ini sendirinya memberi nafas baru terhadap genre seram zombi[9][10][11] dan Cillian sendiri tidak sahaja menjadi terkenal luar dunia wayang mandiri Ireland[12][13] bahkan dicalonkan untuk kategori Pelakon Baru Terbaik Anugerah Empire tahun 2003 dan kategori Penampilan Lelaki Terbaik Anugerah Filem MTV setahun kemudian.[14][15]

Beliau melakonkan watak Dr. Jonathan Crane/Scarecrow dalam filem Batman Begins (2005) arahan Christopher Nolan setelah mencuba nasib menguji bakat menjiwai watak Bruce Wayne/Batman[16] yang akhirnya diberikan kepada Christian Bale, tetapi Nolan tetap memberikannya watak Scarecrow kerana tertarik akan kehandalannya.[17] Murphy menerukan lakonan watak ini dalam filem sekuel The Dark Knight Rises pada tahun 2012.[18]

2010-an sunting

Pada 2011, Murphy berlakon dalam pementasan ekatokoh Misterman arahan Enda Walsh yang diadakan di Galway dan Brooklyn[19] memenanginya seberapa anugerah lakonan drama pentas terbaik.[20][21] Beliau turut muncul dalam filem In Time seganding Justin Timberlake dan Amanda Seyfried pada tahun sama.[22]

Pada 2013, Murphy membarisi siri TV Peaky Blinders sebagai Thomas Shelby, seorang ketua samseng judi yang bermaharajalela.[23] Watak tersebut direbutkan bersama Jason Statham, tetapi pengarah Steven Knight akhirnya memutuskan agar watak itu diberikan kepada Cilian[24] setelah beliau sendiri melihat kelakuan Cillian yang cuba memahamkan watak Thomas dengan sangat mendalam.[25] Pada tahun sama juga, Murphy memulakan kerjaya sebagai pengarah menghasilkan video muzik untuk lagu Hold Me Forever dari kugiran Money.[26]

Beliau disahkan membintangi filem Oppenheimer arahan Nolan sebagai J. Robert Oppenheimer yang bakal tayang pada 21 Julai 2023.[27]

Rujukan sunting

  1. ^ "Cillian Murphy Biography - Facts, Birthday, Life Story - Biography.com". bio. Dicapai pada 2014-04-21.Templat:Pranala mati
  2. ^ Boland, Yasmin (August 16, 2021). "Horoscope". TV Guide. m/s. 72.
  3. ^ a b c d e "Murphy's lore: Meet the action hero who looks on the verge of tears - Features, Film & TV". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Apr 2008. Dicapai pada 21 Apr 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b c d "Sean O'Hagan meets Cillian Murphy - Film - The Observer". The Observer. Dicapai pada 2014-04-21.
  5. ^ Jackson, Joe (8 February 2004). "From Cork to Gotham". Sunday Independent Life Magazine.
  6. ^ Willis, John A.; Blum, Daniel C. (2002). Screen World. Crown Publishers. ISBN 9781557834782. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2014. Dicapai pada 27 February 2016.
  7. ^ Heller, Scott (1 January 2006). "Murphy's law: seek diversity". The Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2008. Dicapai pada 22 August 2007.
  8. ^ Dendle 2012, m/s. 200.
  9. ^ "How '28 Days Later' Changed the Horror Genre". The Hollywood Reporter. 29 June 2018. Dicapai pada 31 May 2019.
  10. ^ "Is The Zombie Revival Dead?". HuffPost. 10 May 2013. Dicapai pada 31 May 2019.
  11. ^ Moore, Sam (25 June 2019). "The new '28 Days Later' film — everything we know so far about the third instalment". NME.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2020. Dicapai pada 9 February 2020.
  12. ^ Diorio, Carl (3 August 2003). "Summer summary: A fish tale". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2020. Dicapai pada 17 August 2007.
  13. ^ DiOrio, Carl (18 August 2003). "Summer of love for specialty labels". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2020. Dicapai pada 19 October 2007.
  14. ^ "2004 MTV Movie Awards". MTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2007. Dicapai pada 21 October 2007.
  15. ^ "The Eighth Annual Empire Awards". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 21 October 2007.
  16. ^ Riley, Jenelle (18 November 2005). "Luck of the Irish". Back Stage'. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2013. Dicapai pada 9 August 2007.
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Back Stage 2005 tidak disediakan
  18. ^ "'Batman Begins' actor back for 'The Dark Knight Rises'". NME. IPC Media Entertainment Network. 30 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 January 2012. Dicapai pada 21 September 2012.
  19. ^ Lyall, Sarah (26 September 2011). "One stage can barely contain him; Cillian Murphy packs lots of emotion and energy into one-man show". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2014. Dicapai pada 3 March 2014. (langganan diperlukan)
  20. ^ "Inception actor Cillian Murphy wins theatre award for Misterman". Irishcentral.com. 29 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2015. Dicapai pada 29 May 2012.
  21. ^ "Cillian Murphy wins Drama Desk Award for Misterman". Cultureireland.ie. 7 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013. Dicapai pada 10 June 2012.
  22. ^ "In Time". Rotten Tomatoes. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2017. Dicapai pada 11 March 2014.
  23. ^ "BBC Two announces drama series Peaky Blinders". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2019. Dicapai pada 3 March 2014.
  24. ^ White, Adam (3 June 2020). "Peaky Blinders: Jason Statham lost Tommy Shelby role over text message, Steven Knight reveals". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2020. Dicapai pada 15 September 2020.
  25. ^ Williams, Holly (8 September 2013). "Cillian Murphy: 'My foot's in the door... I hang out with musicians". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2020. Dicapai pada 11 March 2014.
  26. ^ "Watch: 'Inception' Star Cillian Murphy's Directorial Debut, a 'Meh'-Worthy Ballet Music Video". Indiewire.com. 3 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 July 2013. Dicapai pada 3 July 2013.
  27. ^ Knoll, Justin (October 8, 2021). "Cillian Murphy Confirmed to Star As J. Robert Oppenheimer In Christopher Nolan's Next Film At Universal, Film Will Bow in July 2023". Deadline Hollywood. Dicapai pada October 8, 2021.

Pautan luar sunting