Cinderella (Apakah Cinta Hanyalah Mimpi?)

Cinderella merupakan sebuah drama lipur lara tentang percintaan yang telah ditayangkan di SCTV dan TV2 di Malaysia.

Poster "Cinderella"

Pelakon sunting

Watak Utama sunting

Cinta sunting

Seorang gadis cantik dan periang. Membenci Rasya sejak kali pertama mereka bertemu. Setelah dibayar oleh Argha, Cinta setuju untuk menjadi pacar bohongan Rasya. Cinta sanggup berkorban demi ibunya dan saudara tirinya walaupun sering dipinggirkan. Dia sangat disukai kerana sikapnya yang periang itu.

Cinta tidak dapat mengetahui perasaan sebenarnya kerana adanya ego yang menjadi tembok percintaan antaranya dan Rasya.Cinta sebenarnya mencintai Rasya tetapi sentiasa menafikannya kerana takut Rasya tidak menyintainya dan akan menolaknya. Dia sering menafikan perasaannya terhadap Rasya kerana sikapnya rasya.

Rasya sunting

Seorang cowok yang kaya dan kacak. Walaupun ego tetapi baik hati. Rasya pertama kali jatuh cinta dengan gadis yang dahulu dia benci, Cinta. Pada mulanya, Argha memberitahu Rasya yang Cinta itu cewek matre tetapi setelah mengetahui apa sebenarnya terjadi, Rasya mengakui yang dia sudah jatuh cinta dengan Cinta.Pernah punya pacar bernama Nia selama 4 tahun dan berpisah ketika Rasya kemalangan dan kakinya patah.Nia enggak mau punya pacar yang cacat dan putuskan hubungan sama Rasya. Kemunculan Nia menjadikan cinta antara Rasya dan Cinta berantakan.

Rasya tetap mencintai Cinta walaupun statusnya dan Cinta amat berbeda. Dia sering membantu Cinta dalam masalah kewangan.

Nia sunting

Bekas ceweknya Rasya 4 tahun yang lalu. Kembali dari Amerika setelah mtahu bahawa penyakitnya sudah tudak dapat disembuhkan lagi. kembali merebut Rasya dari tangannya Cinta walaupun tahu bahawa Rasya sudah punya pacar yang lain iaitu cinta. mendapat sokongan kuat dari Tia iaitu ibunya Rasya yang turut membenci Cinta.

nia meninggalkan Rasya 4 tahun yang lalu kerana penyakit kanser ususnya. tetapi menjadi jahat kerana keinginannya untuk memiliki Rasya.

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler Cinta, gadis cantik dan juga periang. Sejak kecil, Cinta diasuh oleh Marlina yang hidup sederhana. Sebenarnya, kedua orang tua Cinta (Tia dan Bayu) masih hidup. Tia dan Bayu adalah pasangan kaya raya yang memiliki jaringan hotel mewah di Indonesia. Marlina menculik Cinta pada saat bayi kerana dendam kepada Tia dan Bayu.

Dalam asuhan Marlina, Cinta hidup dalam kesengsaraan. Marlina dan kedua-dua anaknya, Lulu dan Lala selalu menimbulkan banyak kesulitan kepada Cinta. Marlina melampiaskan dendamnya kepada Cinta. Namun Cinta selalu menerima perlakuan Marlina dan kedua saudara angkatnya dengan tabah.

Kejamnya hidup, tidak membuat Cinta menyerah begitu saja. Takdir bahkan membawanya mengenal Rasya, cowok kaya yang dikenal sebagai anak Tia. Rasya meminta Cinta untuk berpura-pura menjadi pacarnya. Rasya melakukan hal itu kerana ingin menghindari perjodohan dengan seorang gadis bernama Monica. Cinta yang sedang membutuhkan wang untuk mengubati Marlina yang sakit, akhirnya menyetujui permintaan Rasya tersebut.Tapi,munculnya seorang lagi lelaki kaya, Alan yang ingin meniduri Cinta dan menganggap bahawa Cinta itu perempuan materialistik. Selepas itu, Cinta dan Alan menjadi sahabat baik. Ini terjadi kerana Cinta telah mengubah sikap Alan yang sering meniduri wanita-wanita.

Alan berasa terhutang budi terhadap Cinta dan menawarkan bantuan kerana Cinta telah dihalau dari rumah Marlina. Sejurus itu,Alan juga telah menawarkan Cinta untuk menjadi rakan kongsi bisnes dalam sebuah restoran yang ingin dibukanya. Restoran meraka amat berjaya. Alan telah jatuh cinta akan Cinta tetapi Cinta hanya menganggap Alan sebagai teman baiknya.

Hubungan Cinta dan Rasya makin baik namun munculnya Nia kembali dalam hidup Rasya. Nia merupakan teman wanita lama Rasya yang telah meniggalkan Rasya kerana Rasya cacat 4 tahun lepas. Rasya berhadapan dengan Nia walaupun dia amat membencinya. Namun semua bencinya hilang dan dia berasa bersalah kerana Nia menghidap penyakit kanser usus dan tidak mahu menghampakan Nia yang berharap bahawa Rasya masih cintakannya.

Waktu terus bergulir, lambat laun tumbuh getar cinta di antara Rasya dan Cinta. Mereka sama sekali tidak menyedari kenyataan bahawa sesungguhnya Cinta adalah anak kandung Tia. Pada hari pertunangan mereka, Rasya dan Cinta mengalami kemalangan dan Rasya terjatuh ke dalam jurang sehingga hilang ingatannya. Cinta adalah anak Tia yang diculikoleh Marlina sedangkan Rasya hanyalah anak yang dibawa Bayu untuk menggantikan Cinta yang hilang. Akhirnya, Tia dapat tahu bahawa Cinta anak kandungnya sementara Rasya menjadi Riski kerana dia hilang ingatan dan Cinta sangat memebencinya.