Cinta (filem)

Filem Malaysia 2006 arahan Kabir Bhatia

Cinta merupakan sebuah filem drama romantik antologi Malaysia 2006 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia. Filem ini merupakan filem cereka pertama arahan Khabir. Filem ini mengisahkan mengenai lima cerita yang meraikan keajaiban cinta, mengenai Harris dengan isterinya Airin; hubungan Dyan dengan adiknya, Dhani; cinta Elyas seorang pesara guru dengan pemilik gerai, Rubiah; hubungan Azlan & Azura, dan hubungan Arianna & Taufiq - di mana semuanya saling berkait di Kuala Lumpur. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Rita Rudaini, Sharifah Amani, Fasha Sandha, Nanu Baharudin, Fatimah Abu Bakar, Baizura Kahar, Eizlan Yusof, Pierre Andre, Gambit Saifullah, Que Haidar, Rashidi Ishak, Rahim Razali, Bell Ngasri, Vanida Imran, Tony Eusoff dan Soffi Jikan. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 November 2006.

Cinta
PengarahKabir Bhatia
Lakon layar
  • Ara
  • Mira Mustafa
Dihasilkan oleh
  • Ahmad Puah Onah
  • Ara
  • Dhojee
Dibintangi
SinematografiMadnor Kassim
Disunting oleh
  • Akashdeep Singh
  • Kabir Bhatia
Muzik olehPacai
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 30 November 2006 (2006-11-30)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1 Juta
Pecah panggungRM 2.2 Juta[1]

Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2007[2] dan empat anugerah dari sepuluh pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-20 termasuk Filem Terbaik.[3]

Pada tahun 2008, Indonesia telah mengadaptasikan filem ini dengan tajuk LOVE.[4] Filem ini turut telah diadaptasikan kepada bentuk teater melalui pementasan Terima Kasih Cinta di Istana Budaya pada tahun 2011.[5]

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan mengenai lima cerita yang mengisahkan mengenai cinta dari perspektif berbeza. Kesemua cerita, walau bagaimanapun, bergerak seiring sepanjang durasi filem ini.

Cerita 1 sunting

Arianna (Sharifah Amani) merupakan seorang wanita yang baru sahaja pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari Khalif (Gambit Saifullah) di tempat kerja. Setibanya dia di tempat kerja tersebut, dia diberitahu Khalif telah berhenti kerja. Ketika perjalanan pulang, dirinya telah diragut.

Taufiq (Pierre Andre) merupakan seorang editor yang lurus bendul bagi sebuah majalah mingguan yang hampir muflis. Dia sering dibuli di tempat kerjanya. Arianna telah datang ke pejabat Taufiq, meminta dia untuk mengiklankan rakannya yang hilang itu. Taufiq menurut permintaan Arianna dan membenarkan dia untuk tinggal di rumahnya memandangkan Arianna kini tinggal sehelai sepinggang.

Panggilan telefon dari mereka yang bernama Khalif telah memulakan perjalanan mereka berdua untuk mencari Khalif yang Arianna kenal. Sepanjang pengambaraan tersebut, Taufiq mulai jatuh hati terhadap Arianna. Setelah penat mencari, Taufiq cuba meluahkan perasaannya kepada Arianna tetapi Arianna pengsan.

Doktor mengesahkan Arianna mengandungkan anak Khalif. Taufiq berasa amat kecewa manakala Arianna meneruskan pencarian seorang diri. Arianna berjaya menemui Khalif yang sedang berfoya-foya dengan wanita lain. Arianna merasa tetipu dan perjalannya ke Kuala Lumpur sia-sia. Arianna, yang patah hati cuba menelefon ibunya tetapi kerana tekanan perasaan yang melampau, dirinya keguguran.

Arianna pulang ke rumah Taufiq untuk memaklumkan dia akan pulang ke Johor Bharu. Taufiq mengiringinya ke KL Sentral untuk menaiki bas. Setibannya mereka di KL Sentral, Khalif muncul dengan penuh penyesalan, ingin Arianna pulang kepadanya. Arianna merasa gembira sebelum sedar yang Taufiq telah memaklumkan kehamilannya kepada Khalif.Arianna mulai sedar bahawa Taufiq sahaja yang benar-benar jujur mencintainya.

Taufiq, pulang ke rumah dengan wajah yang sugul sebelum melihat Arianna sedang menunggunya di hadapan rumahnya. Mereka berpelukan selepas itu, kegembiraan.

Cerita 2 sunting

Azura (Fasha Sandha) merupakan seorang pekerja di sebuah kedai buku. Pada satu hari, Azlan (Eizlan Yusoff),pemilik sebuah majalah fesyen telah memasuki kedainya. Mereka mempunyai sedikit pertelagahan mengenai posisi majalah Azlan dipamerkan di kedai tersebut sebelum ketua kedainya menyelesaikan pertelagahan mereka. Sejak dari hari itu, Azlan mulai merasa gundah gulana kerana terkesima dengan kecantikkan dan keberanian Azura mengkritik majalahnya.

Azlan datang semula ke kedai Azura untuk meminta pendapatnya mengenai rekaan majalahnya yang terbaharu. Azlan kemudiannya mengajak Azura untuk makan malam bersama-sama. Azura menerima pelawaan tersebut. Sejak dari malam itu, hubungan mereka berdua semakin akrab dan bibit percintaan mulai mekar.

Selepas menyaksikan pementasan Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya,sepasang wartawan telah menangkap gambar mereka berdua berpegangan tangan. Azlan secara spontan, melepaskan genggaman tangannya dari tangan Azura. Di dalam sesi temu bual dengan wartawan mengenai majalah baharunya, Azlan telah ditanya mengenai hubungannya dengan Azura. Azlan mengatakan mereka berdua hanyalah kawan semata-mata. Azura merasa kecewa dan mulai menjauhi Azlan.

Azura meletak jawatan dan mahu pulang ke kampung. Bos Azura memaklumkan kepada Azlan mengenai hal ini dan Azlan sempat menemui Azura di KL Sentral. Azlan tidak lagi merahsiakan hubungannya dengan Azura.

Cerita 3 sunting

Dyan (Nanu Baharuddin) merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat. Dia sering bercinta dengan suami orang, suatu perbuatan yang menyakitkan hati adiknya, Dhani (Que Haidar). Dhani pula merupakan seorang lepasan Universiti yang bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni.

Pelakon sunting

 
Fasha Sandha berlakon di dalam filem ini sebagai Arianna, seorang pekerja kedai buku.

Produksi sunting

 
Pengambaraan babak Joe (Soffi Jikan) di Pasar Seni.

Filem ini merupakan filem cereka pertama arahan Khabir Bhatia.Dia juga menafikan filem ini meniru sebuah filem Inggeris, Love Actually. Rahim Razali mendedahkan bahawa dia jatuh cinta selepas membaca skrip filem ini dan terus menerima watak Cikgu Elyias.Fatimah Abu Bakar pula mengakui teruja untuk berlakon di samping idolanya selepas 22 tahun tidak berlakon filem.[6] Pengambaraan bagi filem ini dilakukan pada awal tahun 2006.[7]

Tayangan sunting

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 November 2006. Pada hari pertama tayangan, filem ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 200,00, di belakang pendahulu Cicak-Man dan Nana Tanjung.[8]

Ulasan sunting

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Russel Edwards dari Variety memberi ulasan "filem ini mempunyai...perasaan cinta yang membuak-buak dari Malaysia".[9] Suraya Al-Attas dari New Straits Times mengulas filem ini sebagai "berseni".[10] Wahida Asrani dari mStar memberi tiga patah perkataan untuk filem ini iaitu "...bukan cinta biasa".[11] Shazryn Mohd. Faizal dari Utusan Malaysia pula menganggap filem ini sebagai salah satu filem terbaik tahun 2006.[12]

Runut bunyi sunting

Cinta Original Motion Picture Soundtrack
 
Runut bunyi oleh
Pelbagai
Dilancarkan pada2006
GenreRunut bunyi
BahasaBahasa Melayu  
SyarikatSony BMG Music Entertainment
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi filem Cinta memuatkan 13 lagu yang di nyanyikan artis tempatan Malaysia dan juga artis luar negara.Runut bunyi ini telah dilancarkan pada 1 Januari 2006 sebelum terjual sebanyak 100,000 keping dan berjaya mendapat pengiktirafan Cakera Emas.[13]

No.TajukPenyanyiMasa
1."Perpisahan"Anuar Zain4:17
2."Sewaktu Dulu"Andy Flop Poppy3:21
3."Ikhlas tapi Jauh"V.E5:31
4."Selamanya"Anggun2:19
5."Tiada Yang Kedua"Khafi3:48
6."Cinta"Misha Omar & Jaclyn Victor4:38
7."Belaian Jiwa"Innuendo4:49
8."Pantun"Zainal Abidin7:56
9."Kasih Berubah"Ferhad4:30
10."Bila Engkau Jauh"Shannon
11."January"Gleen Fredly3:47
12."Without You"Same Same feat Jaclyn Victor3:33
13."Tema"Alisa
  • Lagu Kaulah Segalanya nyanyian oleh Hazrul Nizam tidak muatkan dalam album OST

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-20 Filem Terbaik Ahmad Puah Omar Menang
Poster Terbaik Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mira Mustapha Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rahim Razali Menang
Penyunting Terbaik Akash Singh Menang
Pelakon Wanita Terbaik Sharifah Amani Tercalon
Penataan Seni Terbaik Tee Kim Tercalon
Sinematografi Terbaik Madnor Kassim Tercalon
Cerita Asal Terbaik MIRA Mustapha & Ara Tercalon
Pereka Kostum Terbaik Moon Tercalon
Anugerah Skrin 2007 Filem Terbaik Ahmad Puah Omar Menang
Lakon Layar Terbaik Mira Mustapha Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Rahim Razali Menang
Anugerah Era 2007 Pilihan Kaki Wayang ERA Ahmad Puah Omar Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2006". FINAS. Dicapai pada 2015-11-11. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ "Anugerah Skrin Ke-9 -- Cinta ulangi kejayaan". Utusan Malaysia. 16 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 11 November 2015.
  3. ^ Tengku Bidin, Tengku Khalidah (5 Ogos 2007). "Cinta gondol Anugerah Filem Terbaik FFM Ke-20". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 11 November 2015.
  4. ^ "Filem LOVE Filem Malaysia Terlaris Di Indonesia?". Budiey.com. 3 April 2008. Dicapai pada 2015-12-12. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ (Inggeris)Mei Li, Lee (26 Februari 2011). "What's happenin". The Star. Dicapai pada 16 November 2015.
  6. ^ Mohd. Faizal, Shazryn (1 Januari 2006). "10 bintang ternama dalam CINTA". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 15 November 2015.
  7. ^ Asrani, Wahida (25 Januari 2006). "Fasha Sandha mahu jadi bohsia". mStar. Dicapai pada 15 November 2015.
  8. ^ Itar, Abd. Aziz (9 Disember 2006). "Cicak-Man kutip RM350,000 hari pertama tayangan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-19. Dicapai pada 11 November 2015.
  9. ^ (Inggeris)Edwards, Russel (10 Oktober 2007). "Review: 'Cinta'". Variety. Dicapai pada 2015-11-11. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ (Inggeris)Al-Attas, Suraya (2 Disember 2006). "Cinta a lovely tale, simply artful and compelling". New Straits Times. |access-date= requires |url= (bantuan)
  11. ^ Asrani, Wahida (6 Disember 2006). "Tarikan kisah 'CINTA' hebat!". mStar. Dicapai pada 11 November 2015.
  12. ^ Mohd. Faisal, Shazryn (16 November 2006). "Cinta filem terbaik tahun ini?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 11 November 2015.
  13. ^ "Album runut 'Cinta' terima Cakera Emas". mStar. 26 Disember 2006. Dicapai pada 11 November 2015.

Pautan luar sunting