Cinta (lagu 2006)
Lagu Cinta (Inggeris: "Love") adalah sebuah lagu pop berentak perlahan ciptaan komposer Melly Goeslaw. Ia dirakamkan buat kali pertama sebagai lagu tema asal filem Tentang Dia yang juga ditulis berdasarkan cerpen tulisan Melly pada tahun 2005. Melly merakamkan lagu ini bersama Krisdayanti. Lagu ini mempunyai tema yang cukup berat mengenai perasaan dua wanita yang terperangkap dalam dilema percintaan, pengharapan dan kekecewaan.
"Cinta" | ||||
---|---|---|---|---|
Fail:Tentang Dia.jpg | ||||
Single oleh Melly Goeslaw & Krisdayanti | ||||
daripada album Intuisi Cahaya (Repackaged) | ||||
Dilancarkan | 12 Mei 2005 | |||
Format | CD | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 4:41 minit | |||
Syarikat | Aquarius Musikindo | |||
Penulis | Melly Goeslaw | |||
Penerbit | Anto Hoed | |||
Kronologi single single oleh Melly Goeslaw | ||||
| ||||
Kronologi single single oleh Krisdayanti | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Lagu ini dimuatkan dalam album studio Melly berjudul Intuisi dan kemudian ditampilkan sebagai lagu bonus dalam album Cahaya (Repackaged) oleh Krisdayanti.
Versi Malaysia
sunting"Cinta" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Misha Omar & Jaclyn Victor | ||||
daripada album OST Cinta Misha Omar | ||||
Dilancarkan | 10 November 2006 | |||
Format | CD | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 4:41 minit | |||
Syarikat | Sony BMG | |||
Penulis | Melly Goeslaw | |||
Penerbit | Nai Kong | |||
Kronologi single single oleh Misha Omar | ||||
| ||||
Kronologi single single oleh Jaclyn Victor | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Cinta dirakam kembali pada tahun 2006 di Malaysia untuk dijadikan sebagai salah satu lagu runut bunyi filem berjudul Cinta arahan Kabir Bhatia. Ia dinyanyikan semula oleh dua penyanyi wanita terbaik Malaysia, Misha Omar & Jaclyn Victor dan dimuatkan dalam album runut bunyi filem tersebut. Kedua mereka sebenarnya terlebih dahulu menyanyikan lagu ini secara live dalam program tv Konsert Fenomena Misha/Jac pada tahun 2005.
Lagu ini juga dimuatkan dalam album ketiga Misha berjudul Misha Omar pada 2008. Ia tidak dikira sebagai salah satu single dalam album yang dipasarkan secara "delay-released" itu.
Tenaga Produksi
suntingLagu dan lirik: Melly Goeslaw
Hak cipta lagu dan lirik: PT Aquarius Pustaka Music Indonesia & Warner Chappell
Penerbit: Nai Kong
Susunan muzik: Nai Kong
Jururakam, Juruadun, Programming: Nai Kong
Studio rakaman: I0I Studio
Cover
suntingMisha, Melly, Krisdayanti dan Jaclyn pernah menyanyikan lagu ini bersama ramai artis serantau. Antara yang pernah menyanyikan lagu ini secara langsung di kaca televisyen dan konsert adalah :
- Melly / Kris - Konser Intuisi 2005 (Indonesia)
- Misha / Jac - Konsert Fenomena 2006 (Malaysia)
- Farhan Azizan / Velvet Aduk - Akademi Fantasia 4 2006 (Malaysia)
- Misha / Jac - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (Malaysia)
- Misha / Kris - Konsert Dari Studio 1 KD 2006 (Malaysia)
- Jac / Salma Asis - Konsert Akhir Mentor 5 2011 (Malaysia)
- Misha / Jac - Konsert 3 Jewels 2012 (Singapura)
- Melly / Kris - Konser Cinta Love, Life dan Music @ANTV 2014 (Indonesia)
- Zaskia Gotik / Ayu Tinting - Konser Lucky 13 GlobalTV 2015 (Indonesia)
- Kris (solo) - Konser Traya 22 2015 (Indonesia)
- Kris (solo) - Konser Romansa 2017 (Malaysia)
- Misha / Idayu - Bintang Minggu Ini (Astro) & Alha Alfa Annual Dinner 2019 (Malaysia)
- Melly / Kris - Konser HUT ANTV23 2021 (Indonesia)
- Melly / Zya Magnolya - Konser Samudra Cinta Musical Concert 2021 (Indonesia)