Cinta Antara Benua

Cinta Antara Benua ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 1997 arahan Tony Francis Gitom, dibintangi oleh Ahmad Idham, Azhar Sulaiman dan Asdayanti Daut. Ia mengisahkan suka duka sekumpulan pelajar dari Malaysia yang mengharungi pelbagai cabaran, dugaan dan percintaan ketika menuntut di Newcastle dan London. Drama ini ditayangkan di slot Identiti TV3 dari 10 Februari 1997 hingga 17 April 1997.[1]

Cinta Antara Benua
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehTony Francis Gitom
PengarahTony Francis Gitom
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Renungan Terakhir" oleh Nora
Lagu penutup"Cinta Antara Benua" oleh Arni Nazira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
Penerbit eksekutifZarina Abd Rahman
PenerbitMohd Noor Kadir
Lokasi
SinematografiAzri Izhar
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
Kuasatek Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar576i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal10 Februari 1997 – 17 April 1997

Pada Disember 2017, Media Hiburan menyenaraikan Cinta Antara Benua sebagai salah satu daripada 5 drama Melayu terkenal pada dekad 1990-an.[2] Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Berkisah tentang kehidupan pahit manis pelajar-pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pelajar ke Newcastle, United Kingdom dan Kota London. Wahid (Ahmad Idham) dan Zack (Azhar Sulaiman) bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Zack telah ditunangkan dengan Halimah (Asdayanti) atas permintaan keluarga mereka.

Zack melanjutkan pelajaran di University di Kota London manakala Wahid dan Halimah melanjutkan pelajar di Universiti yang sama di New Castle, United Kingodm. Siti (Maznah) tunang kepada abang sulung Wahid, Mahadi yang juga bertunang atas permintaan keluarga melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama. Kuat (Effendi) dan Ooi (arwah Sarifudin Marzuki) sahabat baik bekerja sebagai crew production drama, tv dan pelakon tambahan melanjutkan pelajaran di New Castle dalam bidang Pengarahan dan Perfileman.

JR (Rozisham) pelajar cemerlang yang juga bekas kekasih Nora, berasal dari Kelantan berubah arah tuju ketika melanjutkan pelajaran di New Castle kesan pengaruh buruk dan akibat tersalah pilih kawan. Haniza (Nik Farina) yang bekerja sebagai pengacara hiburan tv melanjutkan dalam bidang yang sama dengan Kuat dan Ooi di New Castle. Berperwatakan tomboy, Kuat dan Haniza sering bertegang leher sehinggalah berlaku kejadian buruk kepada Haniza ketika Malam Halloween, Kuat antara orang yang banyak membantu Haniza dan bermulalah percintaan antara mereka.

Uncle Sam (arwah M. Rajoli) lelaki tua yang berasal dari Kelantan tetapi sudah lama menetap di New Castle memiliki rumah dan menyewakan bilik bilik di rumahnya kepada Wahid, JR, Kuat, Ooi, Halimah, Siti dan Haniza dan mengganggap mereka seperti anak anaknya sendiri. Uncle Sam membawa diri ke New Castle kerana terkilan dengan tindakan ayahnya dan orang-orang kampung dan tidak mahu kembali semula ke kampung halamannya.

Ooi anak orang berada tetapi tidak sombong. Seorang yang sangat baik dan lucu. Sering menjadi bahan usikkan dan gurauan rakan-rakannya namun tidak mudah terasa hati malah berlaku baik dan suka membantu rakan-rakannya terutama skali Kuat. Ooi ada menaruh hati pada Liza (Liza Ismail, sekarang pengarah), kawan sekuliah Haniza, yang baru putus cinta dengan senior bernama Ramli Salleh. Namun Ooi tidak bernasib baik dalam soal cinta tetapi berjaya menumpukan perhatiannya pada pelajaran. Zack telah bertemu dengan Sally (Chempaka) di London. Zack pada mulanya hanya menganggap Sally sekadar teman biasa namun semakin lama, Zack mencintai Sally dan bertekad ingin memutuskan pertunangannya dengan Halimah tetapi dihalang oleh Wahid. Zack sedar akan perasaan Wahid terhadap Halimah, dan meminta Wahid menggantikan tempatnya.

Namun, dalam usaha Wahid menawan hati Halimah, bapa Halimah meninggal dunia dan meminta Halimah dan Zack segera berkahwin sebagai wasiat yang terakhir. Rich (Richard) terpaksa berterus-terang dengan Sally yang Zack sudah berkahwin dan Wahid pula terlalu kecewa sehingga menimbulkan pergaduhan besar antara dia dan Zack. Siti yang selama ini memendam perasaan terhadap Wahid cuba memujuk dan menemani Wahid ketika ini. Hubungan mereka semakin lama semakin intim sehinggakan Siti terlupa yang dia bakal berkahwin dengan Mahadi abang sulung Wahid, sendiri. Halimah menasihati agar berhati-hati kerana khuatir perkara sama berulang kembali.

Pelakon sunting

Utama sunting

  • Ahmad Idham - Wahid
  • Azhar Sulaiman - Zack
  • Asdayanti Daut - Halimah
  • M. Rajoli - Uncle Sam
  • Efendi Abu Seman - Kuat
  • Sarifudin Marzuki - Ooi
  • Rozisham Haron - Jr
  • Nik Farina Nik Fadzil - Haniza
  • Maznah Zolkifli - Siti
  • Richard D.R. Hughes - Rich
  • Chempaka Emalin - Sally

Pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Runut bunyi sunting

  • "Renungan Terakhir" - Nora
  • "Naluri" - Nora
  • "Cinta Antara Benua" - Arni Nazira

Rujukan sunting

  1. ^ Nurul Izza (5 Januari 2017). Drama-Drama TV Yang Menjadi Kegilaan Era 90-an Rojak Daily. Dicapai pada 23 April 2016.
  2. ^ Izzati Ramli (28 Disember 2017). Cinta Antara Benua, Salam Taj Mahal, antara drama, ini dia 5 drama Melayu popular sekitar tahun 90 an Media Hiburan. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  3. ^ Cinta Antara Benua (1997): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 April 2019.