Cinta Balqis sebuah drama malaysia tahun 2009 arahan Shahrulezad Mohameddin lakonan Eira Syazira, Zamarul Hisham dan Fezrul Khan.

Cinta Balqis
Poster Cinta Balqis.
Poster Cinta Balqis
GenreDrama
Cinta
Melodrama
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanIstana Cinta - Eira Syazira
Lagu penutupIstana Cinta - Eira Syazira
Negara asalMalaysia
Bahasabahasa Melayu
Bilangan episod44
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Radius One Production Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
Siaran asal2 November 2009 – 18 Januari 2010
StatusTamat
MengikutiMatahari
Diikuti olehNa O Mei

Sinopsis sunting

Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.

Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.

Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.

Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.

Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.

Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

  • Azad Jasmin sebagai Ray
  • Jobot Maheran sebagai Don
  • Yana Samsudin sebagai Mimi
  • Mat Zain B. Jusoh sebagai Pink
  • Hishamuddin Yusoff (Sham Meow) sebagai Eoon
  • Adik Carl Eqmal Hazali sebagai Irfan
  • Ramah Harun sebagai Senah
  • Norlidawati Shahibullah sebagai Joyah
  • Norizan Tan Nipah sebagai Mak Mah
  • Zulkarnain Abdullah sebagai Tok Imam
  • Yusnidar Abdullah Ismail sebagai Doktor
  • Ramassuntran sebagai Rajoo
  • Norehan Yakob sebagai Mak Andam Siah
  • L/Koperal 153414 Ari / Wijaya
  • KW 155053 Noorzilawati
  • L/Koperal 151637 Mohd Faizal Zakaria
  • Koperal Wahab Aman
  • Koperal Hamidah

Rujukan sunting

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Cinta Balqis Berikutnya
Matahari Na O Mei