Buka menu utama

Cinta Belum Tamat Tempoh ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Jamal Khan lakonan Bella Astillah, Nafiz Muaz dan Fendy Bakry. Drama ini diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Rehal Nuharis dan bersiaran di Slot MegaDrama Astro Ria dari 9 September 2019 hingga 3 Oktober 2019 menggantikan Sweet Dreams.[1]

Cinta Belum Tamat Tempoh
GenreDrama
Keluarga
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
novel oleh Rehal Nuharis
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Bella Astillah
Nafiz Muaz
Fendy Bakry
Hun Haqeem
Dayang Areeda
Sissy Imann
Lagu pembukaan"Ratu" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim
PenerbitMejar (K) David Teo
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal9 September 2019 – 3 Oktober 2019
Kronologi
MengikutiSweet Dreams
Diikuti olehDemi Rindumu

SinopsisSunting

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara (Bella Astillah) bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish (Hun Haqeem) sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. 

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa (Dayang Areeda) dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin kerana ditakuti langkah bendul. 

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin (Nafiz Muaz) untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya, Puan Iris (Liza Abdullah) untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Namun Radin harus bersaing dengan Megat Haikal (Fendy Bakry), seorang CEO dan pewaris syarikat yang merupakan cinta pertama dan bekas kekasih Qaisara sewaktu zaman universiti. Perpisahan mereka terjadi apabila Megat Haikal meminta Qaisara memilih dirinya atau keluarga Qaisara. Qaisara memilih untuk bersama keluarganya . Megat Haikal pula disukai oleh pembantunya yang dia anggap sebagai sahabat, Aween (Sissy Imann).

Dapatkah Radin memikat hati Qaisara?. Siapakah yang bertakhta di hati Qaisara? Radin atau Megat Haikal?.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

RujukanSunting

  1. ^ Info drama Cinta Belum Tamat Tempoh Iluminasi (22 Ogos 2019). Dicapai pada 30 November 2019.
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam
Sebelumnya Cinta Belum Tamat Tempoh Berikutnya
Sweet Dreams Demi Rindumu