Cinta Bersemi di Putih Abu-Abu The Series

Cinta Bersemi di Putih Abu-Abu The Series merupakan sebuah sinetron. Pelakonnya antara lain ialah Jessica Anastasya, Rizky Nazar, Nahza Soebijakto, Kevin Lukas, Rizky Julio, Nur Husna, dan masih banyak lagi. Sinetron ini ditayangkan di SCTV dan kini sedang tayang di Malaysia melalui Astro Ria pada 14 November 2012 dan tamat pada 2 Januari 2013.

Cinta Bersemi di Putih Abu-Abu The Series
FormatSinetron
PenciptaScreenplay Productions
PengarahAsep Kusdinar
Jogi Dayal
Dibintangi oleh
Jessica Anastasya
Rizky Nazar
Nahza Soebijakto
Kevin Lukas
Rizky Julio
Surya Saputra
Arzetti Bilbina
Nur Husna
Lagu pembukaanCinta Buta, Tina With D'Girls
Lagu penutupCinta Buta, Tina With D'Girls
Negara asalIndonesia
Bilangan episod34
Penerbitan
PenerbitSukhdev Singh
Wicky V. Olindo
LokasiJakarta
Tempoh siaran1 Jam
Penyiaran
Saluran asalSCTV dan Astro Ria
Format audioStereo
Dolby Digital 5.1
Siaran asal28 Jun 201210 Ogos 2012

Pelakon sunting

Nama Pelakon Hubungan
Jessica Anastasya Luna Kekasih Alex
Rizky Nazar Alex Kekasih Luna
Kevin Lukas Billy Kawan Alex
Nahza Soebijakto Cindy Ketua Kumpulan Wow/Kumpulan Gedik
Rizky Julio Bima Kawan Luna
Putra Dinata Julian Kawan Alex
Febrian Putra Kusuma Leo Kawan Alex
Mike Lewis Encik Andrew Guru Biologi
Surya Saputra Tony Ayah Luna
Arzetti Bilbina Elinda Ibu Luna
Panji Saputra Encik Bara Guru Sukan
Andhara Early Puan Pretty Similikiti Guru Sejarah
Vinessa Inez Clara Kawan Cindy
Priyanka Melodia Aurel Kawan Cindy
Emy Chaniago Sherley Ibu Alex
Nabilah Haizmyth Riri Kawan Luna
Nadia Celia Fifi Kawan Luna
Bella Luna Ferlin Laura Kekasih Billy
Cecep Reza Mang Ucup Ketua Kumpulan Kebersihan
Natasha Dewi Puan Ella Guru Kesenian
Nur Husna Rini Adik Riri

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler LUNA berasal dari keluarga sederhana. Ibu Luna memiliki sebuah gerai, sementara ayahnya bekerja sebagai tukang jahit yang terletak berdekatan SMU Antara, SMU paling berprestij di Jakarta. Kisah bermula ketika Luna hendak menghantarkan minuman untuk guru-guru di SMU Antara. Tiba-tiba Luna melihat seorang murid perempuan hendak bunuh diri dengan melompat dari tingkat lima. Rupanya gadis itu tertekan lantaran sentiasa menjadi mangsa buli dari Kumpulan R4 (Rich Four).

Kebaikan hati Luna menolong murid perempuan tersebut terus mendapat perhatian orang ramai, sekaligus menaik kemarahan orang awam terhadap SMU Antara. Untuk meredahkan kemarahan orang awam, Luna mendapat tawaran biasiswa dari SMU Antara.

Luna menerima tawaran tersebut atas desakan keluarga, setelah sebelumnya menolak. Hari pertama masuk SMU Antara, Luna mencuba untuk menghindari konfrontasi dengan R4 sesuai amanah dari ibu bapanya. Berani menentang R4, bererti harus berani menanggung semua risiko.

Kumpulan R4 terdiri dari Alex, Billy, Leo, dan Julian. Mereka merupakan anak-anak orang kaya, kacak, hebat dan paling berkuasa di SMU Antara sekaligus di Jakarta. Hobi keempat lelaki itu pun sama iaitu berlumba dengan kereta build up. Mereka tidak takut untuk menggunakan kekuasaan mereka untuk membuli murid yang lemah atau orang-orang yang tidak suka pada R4.

Luna yang pada mulanya berkesan pada R4, kini balik menjadi marah dan muak terutama kepada Alex, pemimpin dan penggagas paling banyak tindakan membuli. Keberanian Luna mula terasa ketika Dara, satu-satunya murid perempuan yang tidak sinis pada Luna, secara tidak sengaja menumpahkan ais krim sehingga mengenai Kasut Alex. Terus saja Alex menyuruh Dara untuk menjilat kasutnya.

Luna membela Dara dengan menggantikan dirinya untuk menjilat kasut Alex. Ketika membongkok, Luna melemparkan ais krim tepat mengenai wajah pemimpin R4 itu. Alex yang marah dengan menyatakan perang terhadap Luna, serta menyuruh murid lelaki lain untuk mengenakan Luna.

Sejak ketika itulah Luna tidak pernah habis menjadi korban buli, terutama dari Cindy, Clara, dan Aurel. Ketiganya adalah kumpulan murid perempuan kaya dan cantik yang merupakan peminat Alex. Suatu hari ketika Cindy sedang mengena Luna, tiba-tiba Billy menghampiri Luna untuk menanyakan tugas yang harus dia jawab di kelas.

Kedatangan Billy terus membuat Cindy menghentikan keusikkan mereka dan bergegas pergi. Semenjak itulah Luna jatuh hati kepada Billy. Namun Luna harus memendamkan dalam-dalam perasaan tersebut kerana patah hati setelah mengetahui kalau hati Billy hanya untuk Laura.

Sementara itu Alex hairan melihat Luna bersungguh melawan dirinya. Murid itu terus mengubah perancangan. Sewaktu Luna hendak ke sekolah, tiba-tiba gadis itu diganggu beberapa lelaki berpakaian Luna elegan dan diheret ke dalam kereta mewah. Di sebuah rumah mewah, penampilan Luna diubah seluruhnya sehingga Luna terkejut melihat penampilan dirinya.

Tanpa disedari Alex jatuh hati pada Luna. Dengan segala cara Alex berusaha mendekati Luna. Pemuda itu kerap cemburu setiap kali melihat Luna memberi perhatian kepada Billy. Walaupun masih menyimpan sedikit perasaan, Luna berusaha mengikhlaskan Billy untuk Laura.

Semakin lama, Luna mampu melupakan Billy dan benar-benar jatuh cinta pada Alex. Dalam waktu singkat, Luna menjadi gadis kesayangan R4, kerana memiliki peribadi yang lucu dan selalu ceria. Sayang, kisah cinta Alex dan Luna tampaknya harus berakhir karena sebuah alasan.

Suatu hari, ketika Encik Tony menerima sebuah tempahan dari SMU Antara untuk menjahit beberapa helai pakaian Muslim. Puan Shirley mendengar berita itu dari Cindy dan geng Wow telah bersepakat untuk mensabotaj tempahan Encik Tony dengan menggunting semua pakaian Muslim yang dijahit olehnya lalu menyalahkan Riri yang kebetulan lalu di tempat kejadian dengan menuduh dia yang merosakkan semmua pakaian itu. Persahabatan Riri dan Luna semakin tegang kerana hal itu tapi mereka percaya bahawa Riri tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti itu kepada Luna.

Pada malam terakhir Minggu Agama SMU Antara, Cindy menerima sebuah panggilan dari Puan Shirley untuk menjauhkan Alex dan Luna buat selama - lamanya. Cindy setuju dengan tawaran itu dan geng Wow sekali lagi mengambil bahagian untuk mensabotaj malam terakhir Minggu Agama dengan menutup semua bekalan air yang ada di dalam tandas. Mereka bercadang untuk memerangkap Luna dan memfitnah dia bahawa dia seorang perempuan yang curang apabila Luna dengan tidak sengaja diselamatkan oleh Billy lalu jatuh di dalam dakapannya ketika Luna tergelincir sewaktu mengambil air wuduk di laman belakang.

Sementara itu, Tuan Pengetua dan Puan Shirley sibuk membuat liputan media dan lantas Puan Pretty memberitahu dia bahawa tiada bekalan air di dalam tandas lalu Tuan Pengetua mengarahkan mereka ke laman belakang untuk menyaksikan acara mengambil wuduk oleh pelajar-pelajar SMU Antara. Ketika mereka tiba di tempat itu, mereka menyaksikan aksi Billy memeluk Luna dan kebetulan Alex dan ahli R4 yang lain pergi ke tempat itu untuk mengambil wuduk.

Puan Shirley mula kesal dengan perbuatan mereka tetapi Alex tidak berasa Luna bukan perempuan jenis begitu lalu dia membela Luna atas dasar cinta dan menyatakan bahawa dia amat bangga dan bahagia kerana mempunyai ibu dan kekasih yang penyayang dan dia tidak dapat hidup tanpa mereka di sisi. Alex segera meminta maaf kepada ibunya kerana derhaka dengannya selama ini dan berharap yang dia akan menerima Luna seadanya.

Hubungan persahabatan antara Julian, Bima dan Riri dengan kumpulan R4 kembali erat selepas mendengar penjelasan Alex terhadap ibunya. Begitu juga dengan hubungan Luna dengan Alex, mereka tidak lagi saling menjauhi dan hubungan mereka kembali akrab seperti dahulu. Malang bagi geng Wow kerana rancangan mereka selama ini gagal dan kejahatan mereka dibalas dengan teruk apabila mereka mula menggunakan mercun untuk mencederakan Luna tetapi sebaliknya mereka yang terkena letupan mercun tersebut.

Pada majlis berbuka puasa di SMU Antara, Mang Ucup menyampaikan amanat Encik Andrew kepada Puan Pretty bahawa Encik Andrew mempunyai perasaan terhadap Puan Pretty. Puan Pretty lantas pengsan selepas mendengar amanat dari Encik Andrew. Puan Shirley pula menerima Luna seadanya dan hubungan mereka telah menjadi baik dari sebelumnya. Templat:Endspoiler

Rujukan luar sunting