Buka menu utama

Cinta Beruang merupakan sebuah filem yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012 di Malaysia. Filem ini juga dilakukan dalam dua versi iaitu Melayu dan India serta dibintang oleh Nabil Ahmad , Jue Aziz , Sathiya , Angelina Tan , Khatijah Tan , Tauke Raja Lawak , Ropies Cecupak dan Mat Over. [1]

Cinta Beruang
PengarahRamanarayanan
Dibintangi olehNabil Raja Lawak
Jue Aziz
Sathiya
Angeline Tan
Khatijah Tan
Syarikat
penerbitan
Fantastic Villa
PengedarGrand Brilliance Sdn Bhd
Mula ditayangkan
11 Oktober 2012
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM RM50,000

SinopsisSunting

Cinta Beruang mengisahkan ibu kota Kuala Lumpur digemparkan berita seekor beruang terlepas dari sangkar jagaan dua penjaga Zoo Negara, Nabu dan kawannya. Bagi menyelamatkan keadaan, Nabu membuat satu tindakan yang melampaui batas pemikiran iaitu mengenakan sut beruang bagi menyelamatkan kerjayanya dengan menyamar menjadi beruang. Taktik menjadi apabila tidak seorang pekerja Zoo Negara perasan akan ketiadaan beruang. Bagaimanapun, konflik berlaku apabila Nabu ditugaskan mencari beruang yang hilang, pada masa sama, dia terpaksa menyamar menjadi binatang itu. Nabu sebelum itu didesak keluarga mencari kerja supaya boleh berkahwin dengan Liza (Jue Aziz).

PelakonSunting

  • Nabil Ahmad sebagai Nabu
  • Jue Aziz sebagai Liza
  • Sathiya
  • Angeline Tan
  • Khatijah Tan
  • Tauke Raja Lawak
  • Ropie Cecupak
  • Mat Over

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ 21 Oktober 2012. Cinta Beruang tangkap muat - Hiburan. Kosmo Online.

Pautan luarSunting