CINTA BLUEBERRY dihasilkan oleh Maharatu Rafidah Mohamad yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher pada tahun 2012. Ia adalah i-Novel keempat yang dihasilkan secara E-buku dan mendapat hadiah sebagai i-Novel BestSeller Romance oleh penerbitan. i-Novel Cinta Blueberry ini mengisahkan tentang Seorang gadis bernama Iwanna Ahmad memiliki sebuah cita-cita untuk bekerja di sebuah syarikat majalah fesyen terkenal Malaysia ECARTE, milik seorang wanita yang bernama Hanna Mohsin, Namun, tidak mudah untuk dia mencapai impiannya memandangkan dia hanyalah seorang pekerja yang menjaga kedai runcit di kampungnya.

Cinta Blueberry
Buku Cinta Blueberry ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreCereka
Penerbitan
PenerbitEyeroom editor & publisher
Tarikh penerbitan
2012
Jenis media
Buku eletronik

Tetapi, Iwanna akhirnya berjaya juga bekerja di syarikat milik Hanna itu apabila dia mendapat tawaran bekerja di syarikat tersebut. Dalam pada masa yang sama, Iwanna terpaksa ditolak kerana syarat syarikat tersebut telah menetapkan bahawa pekerja yang diambil mestilah cantik, berperwatakan menarik dan juga seksi. Akhirnya, Iwanna terpaksa menyamar menjadi seorang gadis yang cantik, elegan dan anggun walaupun pada hakikatnya, dia hanya seorang gadis yang cemerkap dan biasa. Dalam pada masa yang sama, seorang model terkenal yang juga adalah anak kepada seorang jutawan iaitu Sheikh Mohamad Faisal yang suka berfoya-foya itu bertemu dengan Iwanna dan Faisal merasakan dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu.

Dan Faisal juga turut bertemu dengan seorang gadis yang bernama Kalsom yang mana dikenali sebagai teman rapat Iwanna yang turut bekerja di syarikat itu sebagai pencuci. Walaupun, hakikat sebenarnya, Kalsom itu juga sebenarnya adalah Iwanna sendiri tanpa disedari oleh Faisal bahawa kedua-dua orang gadis yang ditemuinya itu adalah orang yang sama. Iwanna yang ingin mencapai kegemilangan cita-cita untuk berjaya di syarikat majalah fesyen itu akhirnya terpaksa berusaha keras untuk menjadi Iwanna, seorang gadis yang cantik dan juga Kalsom seorang tukang cuci dalam satu masa.

Waktu itu juga, ibu Faisal juga turut mengatur strategi agar Faisal berkahwin dalam masa 72 jam yang mana ibu itu sedang nazak dan mengharapkan benar anaknya untuk berkahwin. Pilihan terakhir Faisal adalah Iwanna sendiri dan di situlah semuanya terbongkar bahawa Iwanna dan Kalsom adalah gadis yang sama. Ia telah diterjemahkan ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Itali dan Bahasa Jerman.

Pautan luar sunting