Buka menu utama

Cinta Buatan Malaysia ialah album studio pertama yang dirakam oleh kugiran Search sejak diasaskan pada tahun 1981. Album terbitan M. Nasir (dengan bantuan Eric Yeo sebagai pengurus penerbitan) ini dirakam di Lion Studio, Singapura, di bawah bimbingan jururakam Johnny Herbert dan Eddie Seet sebelum keluar di pasaran pada Julai 1985.

Cinta Buatan Malaysia
Album studio oleh Search
Dikeluarkan pada1985
SyarikatPolygram Records
PenerbitM. Nasir
Kronologi Search
Cinta Buatan Malaysia
(1985)
Langit Dan Bumi
(1986)

Kumpulan Search pada ketika itu dianggotai oleh 3 orang sahaja iaitu Suhaimi Abdul Rahman @ Amy (vokal), Nordin Mohd Taib @ Din (gitar irama) dan Yazit Ahmad @ Yazit (dram) setelah Hillary Ang (gitar utama) dan Nasir Daud (bass) tidak dapat menyertai Search atas sebab-sebab tertentu. Tempat mereka digantikan oleh Amran Marsiman @ Yan (bass) dan Abdul Rahman Mahmood @ Man Kidal (gitar utama) dari kumpulan Lefthanded selaku anggota pinjaman.

Tiga daripada sepuluh lagu dalam album ini adalah rakaman semula, iaitu "Sirih Gambir" (asalnya lagu "You Really Got Me" oleh the Kinks), "Nombor" (asalnya lagu "Tokyo" oleh Earth Shaker), dan "Jiwa-Jiwa Luka" (asalnya lagu "Rupa Tanpa Wajah" oleh M. Nasir); yang selebihnya merupakan karya asli. Dua buah lagu iaitu "Cinta Pertama" dan "Jiwa Jiwa Luka" adalah nyanyian Yan selainnya oleh Amy.

Senarai runutSunting

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Isi Atau Kulit"  S. Amin ShahabM. Nasir 4:40
2. "Cinta Buatan Malaysia"  S. Amin ShahabM. Nasir 3:50
3. "Cinta Sepi"  S. Amin ShahabM. Nasir 6:00
4. "Cinta Pertama"  S. Amin ShahabAmran Marsiman (Yan) 3:48
5. "Sirih Gambir"  Bakri JohariThe Kinks 2:51
6. "Balada Pemuzik Jalanan"  S. Amin ShahabZainol Ali 4:42
7. "Kejora"  S. Amin ShahabM. Nasir 4:56
8. "Nombor"  S. Amin ShahabEarthshaker 4:04
9. "Jiwa-Jiwa Luka"  M. NasirM. Nasir 2:51
10. "Musafir"  S. Amin ShahabRahman Mahmud (Man Kidal) 4:22

Pautan luarSunting