Cinta Fatamorgana ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2018 arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Azar Azmi, Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 13 April hingga 22 Mei 2018, menggantikan Zahir Tak Terucap.[1][2]

Cinta Fatamorgana
GenreDrama, cinta, konflik
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Fatamorgana Cinta" nyanyian Asfan Shah
Lagu penutup"Mengejar Rindu" nyanyian Hyper Act
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod27
Penerbitan
Penerbit eksekutifLuqman Haqeem
Luq Adam Heydhani
PenerbitPuan Hajah Bibi Hasnah Mohammad
Suraya Elai
Sarah Heyrissa (penyelaras)
Dealova Heylinna (penyelaras)
Aurora Heyricca (penyelaras)
PenyuntingSelamat Yusof
Zaidi Malik
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Luqsar Kreatif
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal13 April 2018 – 22 Mei 2018
Kronologi
MengikutiZahir Tak Terucap
Diikuti olehHalalkan Hati Yang Ku Curi

Sinopsis sunting

Kisah persahabatan antara Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi) telah terjalin sekian lama. Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair.

Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir, namun ibunya, Puan Karmila menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.

Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya.

Namun, Tuan Deraman pula tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

Lagu tema drama ini ialah "Fatamorgana Cinta" yang dipersembahakan oleh Asfan Shah[3] serta "Mengejar Rindu" oleh kumpulan Hyper Act.

Rujukan sunting

  1. ^ Kisah cinta yang dikorbankan Diarkibkan 2018-06-23 di Wayback Machine Kosmo! (22 April 2018). Dicapai pada 1 Mei 2018.
  2. ^ Drama Cinta Fatamorgana lakonan Azar Azmi, Syazuwan Hassan dan Aeril Zafrel Diarkibkan 2018-08-27 di Wayback Machine Kepala Bergetar. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  3. ^ Bunyi, melodi lebih ‘kaya’ Harian Metro (7 Jun 2018). Dicapai pada 27 Ogos 2018.

Pautan luar sunting

: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 Petang
Sebelumnya Cinta Fatamorgana Berikutnya
Zahir Tak Terucap Halalkan Hati Yang Ku Curi