Cinta Fitri (Musim 5)

Cinta Fitri
Bilangan episod144 episod
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit (8.30 - 10.00 Malam)
Penyiaran
Saluran asalSCTV
Siaran asalIsnin, 11 Januari 2010 – Khamis, 3 Jun 2010
Kronologi
MengikutiCinta Fitri Season 4(Season Ramadhan)
Diikuti olehCinta Fitri Season 6

Pelakon sunting

Pelakon Pembantu sunting

Pelakon Sementara Awal Episod sunting

  • Aurelie Moeremans sebagai Reporter Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi
  • Maria Kristin Yulianti sebagai Presenter Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi
  • Deswita Maharani sebagai Reporter Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi oleh MD News
  • Dinda Kirana sebagai Reporter Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi oleh Emerlady Hutama News
  • Juwita Thofany Sanjaya sebagai Reporter Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi oleh Cinta Fitri News
  • Nia Daniaty sebagai Wartawan Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi
  • Hengky Kurniawan sebagai Cameraman Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi
  • Tommy Kurniawan sebagai Cameraman Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi oleh MD News
  • Reynold Surbakti sebagai Cameraman Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi Emerlady Hutama News
  • Bayu Kusuma Negara sebagai Cameraman Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi oleh Cinta Fitri News
  • Intan Ayu Purnama sebagai Direktur Jendral & Presiden Chairman (CEO - Chief Excluxive of Officer) Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi
  • Ananda Lontoh sebagai Wakil Direktur Jendral & Presiden Chairman (CEO - Chief Excluxive of Officer) Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi
  • Natasha Dewanti sebagai Entrances Pembaca Penyiar Jurnalis Berita Televisi

Alur Cerita sunting

Season 5 dibuka dengan kisah Lia yang terlibat dalam keruntuhan hotel setelah gempa bumi melanda Yogyakarta. Kejadian nahas itu bertepatan dengan terbongkarnya rahsia bahawa Faiz bukan anak kandungnya. Lia dalam keadaan tercedera parah, antara hidup atau mati. Mischa dan Faiz yang ketakutan memanfaatkan situasi tersebut untuk melarikan diri.

Farrel gelisah Lia setelah selesai bercakap dan menutup telefon dari seberang sana. Suatu perasaan tidak sedap menusuk hatinya. Dan itu benar, kerana tidak lama setelah itu Farrel mendapat khabar berita Yogyakarta dilanda gempa. Farrel jadi cemas dan panik. Apatahlagi ibunya tidak dapat dihubungi. Farrel secepat kilat memutuskan untuk berangkat ke Yogyakarta. Firasatnya mengatakan Lia dalam keadaan bahaya dan perlu pertolongan.

Oma sehingga terkejut dan dibawa ke hospital setelah mendengar khabar berita Yogyakarta dilanda gempa dan Lia terlibat dalam bencana itu. Seluruh keluarga menangis dan terus berdoa untuk keselamatan Lia dan Oma.

Sementara itu, Mischa terus berusaha mencari tahu, memastikan keadaan Lia. Dia berharap Lia meninggal. Meskipun Faiz sudah meminta dan memaksanya untuk larikan, Mischa bercadang tidak akan meninggalkan Yogyakarta sebelum betul-betul yakin bahawa Lia memang sudah meninggal.

Farrel tiba di Yogyakarta dengan susah payah akhirnya Farrel menemukan jenazah yang mirip Lia. Tepat pada waktu itu, Faiz melihatnya dan merasa bahawa jenazah yang dilihat Farrel adalah jenazah Lia. Faiz pun cepat-cepat memberitahu Mischa. Mischa gembira bukan main dan akhirnya setuju untuk pulang ke Jakarta.

Mischa dan Faiz ternyata salah. Jenazah itu bukan Lia. Allah Maha Besar. Lia ternyata masih hidup, bertahan di tengah bangunan hotel. Farrel pun akhirnya berjaya menyelamatkan Lia. Namun Faiz dan Mischa yang tidak menyedari kekeliruan ini, terkejut melihat Farrel berjaya membawa Lia pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sesampai di Jakarta, keadaan Lia menurun dan berubah koma. Kenyataan Mischa berbohong soal Faiz yang harusnya diungkapkan malah tidak terjadi. Mischa tidak berdiam diri dan berusaha menghabiskan Lia di hospital. Sewaktu usaha Mischa hampir berjaya, tiba-tiba Lia sedar dari komanya. Mischa sangat ketakutan dancuba cuba melarikan diri, tetapi Mischa tertangkap.

Amarah Farrel meledak mendengar cerita dari Lia. Mischa dan Faiz akhirnya ditangkap oleh polis. Sidang dilakukan, Mischa dan Faiz didakwa dalam kes penipuan, percubaan pembunuhan, dan pembunuhan berancangan.

Setelah Mischa dan Faiz ditangkap, kebahagiaan menyelimuti keluarga Hutama, sayangnya Rumah Tangga Bram dan Maya makin terpuruk. Ditambah lagi, Handoko, kakak Alm. Hutama, muncul dan berniat merosak kebahagiaan keluarga. Lia dan Hutama sangat membenci Handoko, kerana dia pernah melibatkan Hutama dengan Asifa, setiausahanya seolah bermain kayu tiga. Sejak itu Handoko tidak dianggap sebagai keluarga lagi.

Mischa melahirkan anaknya di penjara, dan kemudian dirawat oleh Keluarga Hutama. Hutama ternyata pernah menitipkan DVD ke Fitri melalui bank. Setelah dilihat, ternyata Asifa betul-betul main kayu tiga dan mempunyai anak dari Hutama. Hutama meminta agar Fitri mencari anak itu. Handoko juga melihat DVD itu. Asifa ternyata berada di Jakarta. Handoko mencari tahu tentang anak itu dengan bertanya pada Asifa.

Setelah diselidik, ternyata anak Asifa dan Hutama adalah Faiz. Handoko memberitahu Asifa dan Asifa pun berniat untuk membantu anaknya, Faiz untuk keluar dari penjara. Faiz dan Mischa keluar dari penjara. Faiz membenci Mischa setelah tahu kalau sebenarnya Faiz telah membunuh ayah kandungnya sendiri.

Mischa masih tetap mahu menghancurkan kebahagiaan Keluarga Hutama dengan kerjasama Handoko. Tetapi Faiz dan Asifa tidak menghiraukannya. Faiz mulai bertaubat dan mahu mendirikan syarikat dan tidak mahu menggangu kebahagian keluarga itu.

Semua mulai berubah ketika Fahmi, anak Faiz dan Mischa meninggal dunia dilanggar oleh orang yang mengendali kereta Farrel. Faiz dan Mischa yang sangat sedih berjanji untuk membalas dendam pada Farrel atas kematian anaknya.

Faiz dan Mischa menuntut Farrel agar dipenjara dan dihukum seberat-beratnya. Keluarga Farrel yakin bahawa Farrel tidak bersalah, berusaha membebaskan Farrel dari penjara. Mischa kemudian mengetahui bahawa yang membunuh Fahmi adalah Handoko. Mischa menjadi marah dan tidak mahu bekerjasama lagi dengan Handoko. Tetapi setelah dihasut Handoko, akhirnya Mischa setuju.

Semua saksi dan bukti dipegang oleh Mischa. Mischa menawarkan bukti untuk membebasan Farrel dengan Retro dan Metro. Keluarga Hutama setuju. Farrel bebas dan setelah mengetahui hal itu Farrel marah besar, lalu bertujuan mendirikan syarikat baru. Semua pekerja Retro yang tidak mahu bekerjasama dengan Mischa, keluar dari Retro dan bergabung dengan Farrel.

Revolution, syarikat Farrel bersaing dengan Retro. Mischa dan Faiz berusaha untuk menjatuhkan Farrel dengan Revolution. Farrel pun tidak berdiam. Farrel mengutus Bram untuk menjadi mata-mata Mischa.

Kerjasama Handoko dan Mischa hampir terbongkar, tetapi Mischa segera menjadikan Hartawan kambing hitam. Pernikahan Maya dan Bram hampir menuju perceraian. Fitri hamil. Mischa yang tidak sanggup berusaha membunuh anak Fitri. Faiz yang merasa tidak adil kerana Fitri hamil sementara anaknya meninggal, ikut membantu Mischa dalam usaha membunuh anak Fitri.

Farrel menjadikan Bram sebagai mata-mata Mischa dengan berpura-pura menjadi kawan Mischa, sayangnya Bram ketahuan dan kemudian difitnah Mischa sehingga Bram masuk penjara. Maya marah kepada Farrel dan tidak mengizinkan Farrel bertemu Raffa sebelum Bram di bebaskan. Usaha menakut-nakutkan Mischa agar mengakui tetang kebenaran Fahmi pada Faiz pun gagal.

Fitri pun akhirnya turun tangan, dan berjaya mengungkapkan kebenaran pada Faiz, dan Faiz berniat membantu Keluarga Hutama. Kerjasama Farrel dan Faiz mendatangkan hasil. Tino, suruhan Mischa berjaya ditangkap, namun sayangnya ketika Farrel mengetahui niat buruk Handoko, Farrel didorong ke jurang oleh Handoko. Mischa mahu tidak sedih, kerana orang yang dicintainya meninggal. Fitri yang bersedih kembali bangkit dan menjadi pemimpin Revolution meneruskan Farrel dan melawan Mischa.

Ternyata, Farrel masih hidup kerana ditolong oleh Mischa dan disimpan di sebuah rumah. Farrel sedar namun sayangnya Farrel hilang ingatan. Bagaimanapun juga, kejahatan tidak akan kekal. Benar saja, usaha Mischa menyembunyikan Farrel tercium. Keluarga Hutama menemukan Farrel. Namun sayangnya Fitri harus berkorban demi Farrel. Farrel terancam meninggal dunia kalau Farrel berusaha untuk mengingatkan semula masa lalunya.

Mahu atau tidak mahu sekali lagi Mischa masuk dan tinggal di rumah Hutama sebagai "istri" Farrel, dan Fitri berlakon sebagai pembantu. Sekali lagi Fitri harus menghadapi ujian cinta nya dengan Farrel. Fitri kembali menentang Mischa yang merebutkan Farrel, sedangkan Farrel perlahan-lahan mulai mengingat masa lalunya.

Farrel yang melihat keadaan Fitri bertanya-tanya. Mana suami Fitri? Teringat akan perjuangan Farrel yang menyamar menjadi Fathan untuk merebut hati Bu Lik, Fitri pun menceritakan tentang Fathan. Fitri pun memanfaatkan nama Fathan untuk semakin dekat dengan Farrel. Keadaan itu juga dimanfaatkan oleh Mischa.

Mischa membayar Yadi untuk berlakon sebagai Fathan. Fitri tidak kalah dengan bantuan seluruh keluarganya, Fitri dapat bertahan melawan Mischa dan Yadi, dan memojokkannya. Usaha Mischa sia-sia. Yadi berjaya disingkirkan oleh Fitri dengan bantuan Faiz, Norman, Bram, dan keluarga Hutama. Hendak menghalau Mischa, Fitri mengutus orang baru, Henry yang berlakon sebagai Erwin, pegusaha kaya dari Australia.

Fitri dan keluarga memanfaatkan sifat materialistis Mischa untuk menghalaunya dari rumah dengan membuat seolah-olah Mischa bermain kayu tiga dengan Henry atau Erwin. Akhirnya usaha Fitri berjaya, Mischa dikeluarkan dari rumah keluarga Hutama oleh Farrel sendiri. Kerana Mischa telah keluar dari kediaman Hutama, Handoko mahu atau tidak harus membereskan semua ini dengan cara membunuh Farrel. Farrel mengalami kecederaan di tangga Masjid. Dituduh mencuba membunuh Farrel, Mischa larikan diri.

Fitri menanyakan khabar Farrel kepada Handoko lantaran risau dengan keadaan Farrel . Handoko pun menjelaskan bahawa dia berjaya menghalang Mischa masuk ke bilik Farrel. Mischa yang kesal kerana Handoko telah memfitnah dia, bersumpah akan membongkar rahsia Handoko di depan keluarga Farrel. Sementara itu, di depan Pak Iman, Aldo mengaku bahawa bayi yang dikandung Angel adalah anak dia. Sementara Moza terlihat histeris ketika menyedari Aliza tidak bergerak.

Episode "Final 777" sunting

Cinta Fitri
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit (8.30 - 10.00 Malam)

Episode "Final 777" membawa Cinta Fitri masuk ke dalam Muzium Rekod Indonesia (MURI) sebagai sinetron terlama yang ditayangkan di television. Namun, episode ini bukanlah episode final dari rangkaian peristiwa dalam sinetron ini, kerana Cinta Fitri akan bersambung ke season 6.

Episod (Ep.777 dari Season 1-Season 5) Akhir Cinta Fitri Musim 5 sunting

Fitri bersama Mischa mencari keberadaan Handoko. Fitri tidak menyedari yang Mischa sedang membohongi dia. Bersama Faiz, Bram, dan polis, Fitri berjaya menjumpai tempat persembunyian Handoko yang ditunjuk Mischa. Ternyata, Farrel tidak ada di sana. Fitri, Bram, dan Faiz lalu mengkhabarkan hal tersebut kepada Lia yang terus histeris dan menangis. Oma segera menyusul Fitri dan Mischa yang sedang mencari Farrel. Ketika Fitri akan dibunuh oleh orang suruhan Mischa, Oma datang dengan membawa sebatang kayu untuk memukul orang suruhan Mischa tersebut. Orang suruhan Mischa berjaya ditangkap. Begitu juga orang suruhan Handoko. Sementara itu, Lia sedar dari pingsannya dan langsung pergi mencari Farrel. Bu Lik dan Maya tidak dapat berbuat apa-apa ketika Lia sedar dari pingsannya.

Norman yang sedang kesusahan mencari wang, terpaksa bersama kawan-kawannya menjadi waria. Ketika Norman pulang, Yuga dan Iman memarahi Norman. Koko dan Cecep memberikan surat kepada Yuga dan Iman yang bertulis kepergian Norman. Kepergian Norman membuat Yuga dan Iman menjadi sedih kerana menyesal memarahi Norman.

Sementara itu, Maya dan Bram mengadakan majlis di rumah Bram sebelum keesokan harinya mereka menandatangani surat perceraian mereka. Malam itu menjadi malam terakhir mereka bersama. Maya dan Bram masih bingung kerana siapa yang akan mengasuh Alif.

Aldo dan Moza nampak cemas kerana Aliza pingsan. Pada mulanya, Moza tidak menerima anak yang dikandung Angel. Namun, setelah dipujuk oleh Aldo, Moza mulai menerima anak Angel kerana kesihatan Aliza. Kemudian, Aldo menerima anak yang dikandung Angel dengan syarat, bayi yang dikandung Angel untuk didonorkan oleh Aliza. Angel juga memiliki satu syarat, yaitu Aldo harus menikahi Angel secara sah dan ini membuat Aldo merasa bingung.

Kemudian, Fitri, Mischa, Oma dan Lia pergi ke tempat persembunyian Handoko dan Farrel. Di sana, Farrel berjaya keluar dan bertemu dengan keluarganya. Namun sayang, ingatan Farrel masih belum pulih. Sehingga ketika Fitri memeluknya, Farrel masih bersikap biasa sahaja padanya. Pada waktu polis masih mencari Handoko, Handoko pergi menemui keluarga Farrel yang ada di sana sambil membawa tongkat yang cukup tajam. Keluarga Farrel merasa taku kerana Farrel menjadi sasaran pembunuh, tetapi Farrel berjaya menyerang semula Handoko.

Terjadilah pertarungan sengit diantara Handoko dan Farrel untuk mendapatkan tongkat itu. Mereka saling berdorongan. Mischa mengambil kesempatan ini untuk melukakan Handoko dengan melemparkan tong sampah yang ada di belakang Handoko ke dirinya. Dengan melemparkan tong sampah itu, Handoko pun jatuh dan tongkat berada di tangan Farrel. Namun kerana Farrel masih mendorong dirinya maka tongkat itu pun tertikam ke perut Mischa, yang ada di belakang Handoko. Mischa merintih kesakitan dan terjatuh, Sementara Handoko lari kerana menjadi buruan polis.

Penghargaan sunting

Juara prestasi kemenangan emas "golden" very good excelent memberikan ambil terima kepada piala super extra raksasa besar panjang mulai berhasil sang juara kemewahan semangat kerja keras masyarakat di luas menang berada 3 juara oleh Nickleodeon Indonesia Kids' Choice Awards dan Panasonic Gobel Awards berjayalah Nickleodeon Indonesia Kids' Choice Awards berada 2 piala dan Panasonic Awards berada 12 piala mengumpulkan 14 piala.

Tahun Award Kategori Drama Hasil
2010 Panasonic Gobel Awards 2010 Drama Seri Terfavorit Cinta Fitri Season 5 Menang
Sinetron Serial Televisi Terfavorit Cinta Fitri Season 5 Menang
Aktor Terfavorit Teuku Wisnu Menang
Aktris Terfavorit Shireen Sungkar Menang
Aktor Pemeran Pendamping Adly Fairuz Menang
Aktris Pemeran Pendamping Dinda Kanyadewi Menang
Aktor Bintang Televisi Terfavorit Teuku Wisnu Menang
Aktris Bintang Televisi Terfavorit Shireen Sungkar Menang
Aktor Direktur Bintang Televisi Terfavorit Teuku Wisnu Menang
Aktris Direktur Bintang Televisi Terfavorit Shireen Sungkar Menang
Aktor Selebritis Guess Televisi Terfavorit Teuku Wisnu Menang
Aktris Selebritis Guess Televisi Terfavorit Shireen Sungkar Menang
Nickleodeon Indonesia Kids' Choice Awards 2010 Aktor Terfavorit Teuku Wisnu Menang
Aktris Terfavorit Shireen Sungkar Menang