Cinta Hilang Kata

(Dilencongkan dari Cinta Hilang Kata (drama))

Cinta Hilang Kata adalah merupakan drama 2022 arahan Kyoll Hamzah, terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Dibintangi oleh Sophia Albarakbah, Shah Jaszle, Hariz Hamdan, Nelissa Nizam dan ramai lagi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Prima (Slot Tiara) bermula 18 Julai 2022 menggantikan Dendam Seorang Isteri yang telah melabuhkan tirainya pada 15 Julai 2022.[1]

Cinta Hilang Kata
GenreCinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir
PenciptaStarmax
PengarahKyoll Hamzah
Dibintangi oleh
Shahz Jaszle
Sophia Albarakbah
Iqram Dinzly
Nelissa Nizam
Lagu pembukaanBahagiakan Dia nyanyian Shila Amzah & Liza Hanim
Lagu penutupBahagiakan Dia nyanyian Shila Amzah & Liza Hanim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
Syarikat penerbitan
Country & Universal Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Disney+ Hotstar Malaysia
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Julai 2022 – 9 September 2022
Kronologi
MengikutiDendam Seorang Isteri
Diikuti olehTakdir Cinta Dhia

Sinopsis sunting

Nurul Masmin dalam diam sukakan Rain Akhtar tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul. Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah.

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Nurul hanya alat untuk dia hidup mewah. Sepanjang perkahwinan, Nurul tidak pernah bahagia, semua dilakukan untuk menjaga hati arwah ibunya.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai, tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul menderita akibat terkena sihir. Mujur Nurul mempunyai rakan baik Ezra, Wanie dan Deens yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon jemputan sunting

Pelakon kanak-Kanak sunting

  • Mikael Noah Mohd Nazrul Izham
  • Airis Amanda

Muzik dan Runut Bunyi sunting

Bahagiakan Dia ialah lagu tema OST Cinta Hilang Kata yang dinyanyikan oleh Shila Amzah dan Liza Hanim. Selain itu, terdapat juga lagu sisipan lain yang dimuatkan dalam drama ini:

  1. "Sempurna" - Insomniacks
  2. "Nekad" - Anna Hanifa
  3. "Tanda Setia" - Nomad
  4. "Menunggu" - Meerqeen
  5. "Semakin" - Siti Sarah
  6. "Pesona Kamu" - Hanbyul Jang

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Cinta Hilang Kata mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.