Cinta Itu Milikku merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Emma Maembong, Fazren Rafi dan Ana Dahlia. Sebuah novel bertajuk sama telah diterbitkan, namun cerita dan wataknya amat berbeza. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dari 12 November 2012 hingga 20 Disember 2012 menggantikan Julia.[1][2]

Cinta Itu Milikku
Poster Cinta Itu Milikku - Akasia.jpg
GenreDrama, cinta
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal Singh
Penerbit
  • Mohd Ruhazmi Hamzah
  • Jaspal S. Korotana
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Kuljit Singh
  • Azzalina Anuar
  • Ayen Manjoi
  • Loy Zami
SinematografiWan Thrash
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 November 2012 – 20 Disember 2012
Kronologi
MengikutiJulia
Diikuti olehSetia Hujung Nyawa

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua Datuk Harun (Mustapha Kamal) daripada 3 orang adik beradik, bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.

Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya. Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik. Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya. Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dalam masa sama, adik bongsu Rania, Farah (Fiffy Natasya) pulang dari belajar di luar negara. Keluarga Rania segera mencari jodoh untuk Farah demi untuk mengelakkan Farah terlalu bebas bergaul di luar. Dalam masa yang sama juga, ibu tiri Rania meninggal akibat kanser. Ayah Rania membawa Zara (Puteri Balqis) yang berumur tujuh tahun tinggal bersama mereka. Rania dan Zafril sangat menyayangi Zara, tetapi tidak untuk Dini, Farah dan Ridzuan..

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah ahli keluarga Rania yang lain turut tertipu dengan sikap Dini yang pandai berpura-pura lemah lembut. Dini masih menyimpan cinta terhadap Zafril. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa. Begitu juga ayah Rania dan Zara.

Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas jalanraya semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah selesai tugasan di luar negara. Kereta Zafril hangus terbakar dalam kemalangan itu. Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh. Atas dendam terhadap Rania walaupun Zafril telah tiada, Dini merancang pelbagai perkara termasuk membunuh ayah mertuanya serta menculik bayi Rania. Tanpa disedari, beberapa kali Zara terdengar perancangan atau ternampak tindakan Dini itu.

Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. Sebenarnya, Doktor Syafiq memang telah lama menaruh hati terhadap Rania. Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya. Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril? Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon undanganSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (2 November 2012). "Drama bersiri Cinta Itu Milikku". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Jun 2013.
  2. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (6 November 2012). "'Cinta Itu Milikku' Bakal Dapat Sambutan Penonton TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Jun 2013.
  3. ^ Cinta Itu Milikku (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 April 2018.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Cinta Itu Milikku Berikutnya
Julia Setia Hujung Nyawa