Cinta Itu Milikku (novel)

Cinta Itu Milikku ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Dayana Darwisy, diterbitkan oleh Kaki Novel. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2012.[1]

Cinta Itu Milikku
Umum
PengarangDayana Darwisy
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
2012 (cetakan pertama), 2013 (cetakan kedua)
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman688
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789675067532

Sinopsis sunting

Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.

Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.

Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.

Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.

Keluaran dan legasi sunting

Cinta Itu Milikku dikeluarkan pada 2012 oleh Kaki Novel. Pada tahun yang sama, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 12 November di TV3, dibintangi oleh Emma Maembong, Fazren Rafi dan Ana Dahlia.

Rujukan sunting

  1. ^ Cinta Itu Milikku by Dayana Darwisy Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.