Cinta Kita ialah sebuah filem genre cinta dan drama Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Kamal Ishak.

Cinta Kita
PengarahKamal Ishak
PenulisKamal Ishak
Dihasilkan olehPansha
DibintangiSheema Kamarudin
Muzik olehZulkifli Nadzar
Masa tayangan
1995
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Latifah, seorang atlet Taekwondo menembusi pintu apartmen dan menemui teman lelakinya, Remy sekatil dengan wanita lain. Dia juga kalah dalam perlawanan akhir pertandingan Taekwondo. Dia pergi ke kelab disko dan bertembung dengan Remy di tandas lelaki, lalu membelasahnya. Latifah pulang ke rumahnya dan menguncikan dirinya di dalam bilik lantas memotong rambutnya menjadi pendek. Dia juga membeli dan memakai pakaian lelaki.

Latifah mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Pulau Pinang. Di sini, dia melakukan pelbagai aktiviti untuk meredakan perasaan patah hatinya itu. Pada suatu hari dia berenang di kawasan larangan dan hampir lemas. Dia diselamatkan oleh Arman dan penyelamat air yang lain. Latifah pergi ke disko untuk berterima kasih kepada Arman, tetapi dia tidak mengendahkannya. Dia juga dapat tahu bahawa Arman merupakan penulis novel yang dibacanya.

Pada keesokan harinya, dia datang ke menara penyelamat untuk mendapatkan tandatangan Arman. Latifah, kini dikenali sebagai Dino, dinasihati oleh Arman untuk tidak mengikuti perangai watak Arfah dalam bukunya. Arman kemudiannya mengajak Dino untuk makan malam bersamanya. Apabila Arman pulang ke pondoknya, dia mendapati Azimah, seorang lagi pekerja hotel sedang menunggu ketibaannya. Azimah cuba untuk mencium Arman tetapi ditolak oleh Arman.

Arman meletakkan jawatan sebagai penyelamat agar dapat menjadikan tulisan sebagai kerjayanya. Dino merayu kepada Arman untuk tinggal tetapi Arman telah membuat keputusannya. Beberapa hari kemudian, Dino mendapat panggilan telefon daripada Arman. Dia diajak untuk tinggal bersama Arman dan keluarganya. Dino tiba dan memperkenalkan dirinya kepada keluarga Arman di samping memasak makan malam mereka. Di jeti, Dino menyaksikan Arman bersajak berseorangan diri secara kuat. Mereka berbincang tentang sifat cinta dan Dino jatuh daripada jeti tersebut. Setelah diurut, Dino mengikuti Arman dan ayahnya pergi menangkap ikan. Ribut melanda dan Dino tercampak dari bot.

Setelah sembuh, Dino mengikuti Arman ke Merapok menggunakan kereta api. Mereka mengembara melalui kampung orang asli agar dapat ke pondok Arman, iaitu tempat dia menulis buku-bukunya. Mereka tidur berasingan dan menikmati suasana di kawasan air terjun itu. Pada masa yang sama, Remy dibelenggu perasaan kesal atas perlakuannya terhadap Dino. Dia tiba di rumah Arman dan mendapati bahawa Azimah pun ada di situ. Mereka berdua dibawa oleh Ah Lay menuju ke pondok Arman.

Dino menghabiskan novel yang dibacanya dan mengambil keputusan untuk tidak mengikuti tindakan Arfah lagi. Dia memakai semula pakaian wanita dan tidak memanggil dirinya Dino lagi. Latifah memperagakan baju kurungnya ke arah sungai dan mendapat perhatian Arman. Mereka mengakui perasaan mereka sesama sendiri dan bercium. Pada detik ini Remy dan Azimah tiba di pondok itu. Remy naik angin dan menumbuk Arman, lalu melurukan mesin taipnya ke dalam sungai. Ah Lay menahan Remy daripada melakukan perkara yang lebih teruk. Tifah memilih untuk tidak mengikuti Remy dengan menggunakan petikan Arman kepada dirinya. Remy pergi dan Azimah pun beransur pulang.

Arman menyelam ke dalam sungai untuk memungut semula mesinnya serta manuskrip yang basah. Latifah membantu Arman dan mereka bersetuju untuk berkahwin. Kamera bergerak dari arah mereka dan ayat "Cinta itu adalah apabila kita melakukan pilihan yang tepat" muncul di kaca.

Pelakon sunting

  • Sofia Jane sebagai Latifah @ Dino, seorang perempuan yang kecewa apabila teman lelakinya menduakannya kemudian menukar imej tomboi kerana novel Arman
  • Aman Graseka sebagai Arman, seorang penulis novel dan pekerja hotel kemudian menjadi kawan dan teman lelaki Latifah
  • Fauzi Kamaruddin sebagai Remy, Teman lelaki yang curang dengan Latifah
  • Sharifah Shahirah sebagai Azimah, Pekerja housekeeping dan kawan kepada Arman sejak dari kecil dan mempunyai perasaan terhadap beliau.
  • Ismail Hutson sebagai Mansur, Bapa kepada Latifah
  • Fetty Dzul sebagai Maimunah, Ibu kepada Latifah
  • Mariati Hussin sebagai sebagai Ibu Arman
  • Bell Ngasri sebagai Epi, Adik kepada Arman
  • Aleeza Kasim sebagai Teman Wanita Remy
  • Abdul Razak Md Yusuf –Ah Lay
  • Rosyam Nor (penerbit & tidak kreditkan) sebagai pejalan kaki yang bergaduh dengan Latifah

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Filem Cinta Kita membuat penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Merapoh, Pahang

Pautan luar sunting